omniture

Perunding Digital Asia Tenggara Crossfinity Digital Asia Dijenamakan Semula sebagai oRo Digital Asia

oRo Digital Asia
2019-02-25 09:37 740

Pertukaran nama susulan kejayaan pemerolehan oleh oRo Co., Ltd. tersenarai dalam Bursa Saham Tokyo

KUALA LUMPUR, Malaysia, 25 Februari 2019 /PRNewswire/ -- Crossfinity Digital Asia ("CDA"), perunding pemasaran digital rintis di Asia Tenggara, hari ini mengumumkan bahawa ia dijenamakan semula sebagai oRo Digital Asia. Pertukaran nama ini berlaku selepas kejayaan pemerolehan CDA oleh oRo Co., Ltd. ("oRo") daripada syarikat e-pemasaran Jepun, Opt Inc.

Pemerolehan CDA oleh oRo dibuat sebagai sebahagian daripada strategi syarikat Jepun itu untuk mengukuhkan perniagaan globalnya melalui keupayaan pemasaran digital dalaman, pakar-pakar pemasaran digital yang berpengalaman dan ketangkasan CDA. Pemerolehan ini akan menyaksikan Akira Hirose yang ditugaskan untuk mendorong peluasan global oRo bakal menyandang jawatan pengarah urusan oRo Digital Asia.

Selain pertukaran nama, oRo Digital Asia akan turut memperoleh peluasan segera perkhidmatan pemasaran untuk pelanggan dan akses langsung ke dalam lebih banyak pasaran seperti tanah besar China, Taiwan, Thailand dan Vietnam.

"Pasukan jurutera oRo membawakan keupayaan dalaman melibatkan pembangunan laman sesawang, pembangunan aplikasi mudah alih dan penerbitan video berdurasi pendek. Selain itu, kini kami berupaya menawarkan perkhidmatan pengurusan acara. Pelanggan-pelanggan oRo Digital Asia kini mengharapkan suit perkhidmatan pemasaran digital yang lancar dan bersifat sehenti memandangkan kesemuanya dilakukan secara dalaman," kata Hirose.

oRo Co., Ltd., tersenarai dalam Bahagian Pertama Bursa Saham Tokyo, ditubuhkan pada tahun 1999 dengan bermula sebagai sebuah syarikat penyelesaian perniagaan yang membangunkan perisian ERP awan mereka sendiri, ZAC Enterprise. Syarikat kemudiannya menambah perkhidmatan reka bentuk komunikasi seperti pembangunan aplikasi dan web, penerbitan video berdurasi pendek, perkhidmatan kreatif dan pemasaran digital.

Latar Belakang oRo Digital Asia

oRo Digital Asia ("ODA") ialah salah satu perunding pemasaran digital rintis Asia Tenggara dengan mandat untuk membantu jenama-jenama terhubung dengan lebih baik bersama audiens mereka. Ditubuhkan pada tahun 2009, ODA mengkhusus dalam menyediakan penyelesaian SEM, SEO, programatik, sosial, mudah alih, gabungan dan analitik data terus kepada jenama-jenama.

ODA dahulunya dikenali sebagai Crossfinity Digital Asia, ahli OPT, kumpulan e-pemasaran Nombor 1 Jepun dan Catcha Digital Asia, ahli Catcha Group bagi perniagaan internet.

Latar Belakang oRo Co., Ltd.

oRo Co., Ltd.("oRo") ialah sebuah kumpulan perkhidmatan IT dan komunikasi yang memenangi pelbagai anugerah dan beribu pejabat di Jepun serta tersenarai dalam Bahagian Pertama Bursa Saham Tokyo.

Teras perniagaan syarikat ialah Penyelesaian Perniagaan, menawarkan penyelesaian ERP awan tahap perusahaan dan Reka Bentuk Komunikasi, menawarkan suit penuh perkhidmatan komunikasi yang kreatif.

Hubungan Media

Simon Phun
Pengarah Pemasaran Serantau 
simon.phun@orodigital.asia

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20190220/2379101-1LOGO

Source: oRo Digital Asia
Keywords: Advertising Computer/Electronics Acquisitions, mergers, takeovers