omniture

Perkongsian dalam inovasi penjagaan kesihatan, penuaan aktif, penyelidikan dan pendidikan bantu warga emas dan penjaga mereka

Singapore University of Social Sciences
2019-02-25 11:54 846

Singapore University of Social Sciences (SUSS) tandatangani dua MOU yang akan turut galakkan ikatan antara generasi

SINGAPURA, 25 Februari 2019 /PRNewswire/ -- Singapore University of Social Sciences (SUSS) menandatangani dua Memorandum Persefahaman (MOU) pada 23 Februari untuk berkolaborasi melalui pelbagai inisiatif bagi memahami dan menyokong keperluan generasi semakin meningkat usia yang bertambah serta penjaga mereka dengan lebih baik. MOU ini turut bertujuan untuk menggalakkan penuaan yang aktif dan ikatan antara generasi.

Prof Cheong Hee Kiat, Presiden, SUSS, yang menandatangani MOU, berkata: "Dengan Singapura yang berdepan dengan penduduk yang semakin meningkat usia, lebih banyak yang perlu dilakukan untuk membantu warga emas, penjaga mereka dan menggalakkan hubungan antara generasi. Kedua-dua MOU ini merupakan langkah-langkah penting dan bermakna ke arah matlamat ini dan kami berasa gembira kerana fakulti, mahasiswa dan alumni kami akan berpeluang menyumbang dan memperoleh manfaat daripada kolaborasi ini. Hal ini sejajar dengan tumpuan sosial universiti dan pendekatan pembelajaran gunaan."

Kolaborasi dengan Changi General Hospital Pte Ltd (CGH) dan SingHealth Community Hospitals (SCH)

Pihak-pihak berkenaan berhasrat untuk bekerjasama dalam inovasi penjagaan kesihatan, penyelidikan dan pendidikan bagi membantu pesakit warga emas di CGH dan hospital komuniti di bawah SCH, sepanjang tempoh tiga tahun.

Di bawah perkongsian, rakan-rakan kongsi berkenaan bermatlamat untuk meningkatkan kesedaran berhubung isu-isu penuaan serta menyokong persekitaran yang lebih baik untuk warga emas, sebagai sebahagian daripada inisiatif Geron EngAGE[1] SUSS.

SUSS akan melibatkan pelajar-pelajar lepasan ijazah dan fakulti Gerontologi untuk menjalankan projek-projek penyelidikan dan meneroka peluang-peluang untuk pembangunan kolaboratif melibatkan teknologi kesihatan yang inovatif. CGH akan memberi sokongan mereka kepada perkongsian ini dengan memberi bimbingan dan peluang latihan kepada pelajar-pelajar PhD SUSS khususnya dalam bidang Gerontologi.

Ketiga-tiga rakan kongsi akan turut berkongsi kepakaran domain melalui pelbagai platform seperti ceramah dan sesi perkongsian amalan terbaik.

"Dalam hospital komuniti kami, peratusan tinggi pesakit kami merupakan warga emas yang berusia lebih 60 tahun. Pasukan klinikal kami berharap dapat meningkatkan pemahaman kami terhadap isu-isu penuaan berkisarkan demografi ini dengan bekerjasama erat bersama SUSS dan penuntut Gerontologi mereka, bagi menyediakan penjagaan yang lebih baik kepada pesakit warga emas kami. Kolaborasi ini menepati usaha kami untuk terus menginovasi model-model penjagaan baharu di SCH, yang mana kami berusaha untuk memahami pesakit kami dan keperluan mereka agar kami dapat menyediakan penjagaan bertumpu individu untuk pesakit kami bagi mencapai matlamat kesihatan bersama-sama mereka. Saya mengharapkan hasil yang positif untuk pesakit kami dan saya percaya bahawa akan terdapat banyak perkara pembelajaran yang berguna untuk mempersiapkan kami untuk menghadapi cabaran dalam penjagaan kesihatan populasi warga emas dengan lebih baik," kata Cik Margaret Lee, Ketua Pegawai Eksekutif SingHealth Community Hospitals.

Profesor Adjung Lee Chien Earn, Ketua Pegawai Eksekutif, CGH, berkata: "Kami teruja untuk bekerjasama dengan SingHealth Community Hospitals dan SUSS bagi mencipta ekosistem kesihatan yang bukan sahaja mesra warga emas, tetapi juga mendayakan dan memperkasa warga emas kami untuk kekal sihat, sembuh dan meningkat usia dengan baik. Kami berharap dapat meningkatkan hasil penjagaan dan kualiti hidup pesakit dan komuniti kami dengan belajar daripada satu sama lain dan mensinergikan keupayaan masing-masing dalam inovasi penjagaan kesihatan, penyelidikan dan pendidikan."

Kolaborasi dengan Sport Singapore (SportSG) dan People's Association (PA) 

Pihak-pihak ini bermatlamat untuk menghimpunkan keupayaan dan kapasiti utama bagi menyumbang ke arah hasil negara untuk Penuaan Aktif melalui kerja-kerja impak-penyelidikan-advokasi tiga pihak terhadap penuaan dan pergaulan antara generasi.

Ang Mo Kio Community Centre (AMK CC) dan ActiveSG akan berganding bahu untuk menyediakan platform yang integratif, inklusif dan inovatif untuk menggalakkan aktivit-aktiviti dan ikatan antara generasi dalam kalangan sukarelawan, penduduk dan penyedia perkhidmatan.

Fakulti dan penuntut-penuntut Gerontologi SUSS akan bekerjasama dengan ActiveSG Gym di AMK CC untuk merintis penyepaduan penyelidikan gunaan dan amalan melalui sukan, kesejahteraan dan pendidikan dalam persekitaran masyarakat, yang kemudiannya dapat diaplikasikan merentas pelbagai kegunaan.

Antara bidang-bidang kajian yang boleh dijalankan termasuk ikatan/komunikasi antara generasi, sukan dan status kesihatan warga emas serta impak perkongsian melalui penerokaan longitudinal.

Rakan-rakan kongsi tersebut akan bersama-sama mencipta program-program bagi menggalakkan penuaan aktif, kesihatan dan pergaulan antara generasi untuk masyarakat.

Ketua Pegawai Eksekutif SportSG, En. Lim Teck Yin, berkata: "Kolaborasi ini akan menyaksikan kami berhimpun untuk mendayakan dan belajar tentang penuaan aktif dan pergaulan antara generasi. Usaha sama kami akan membawakan reka bentuk pengaturcaraan holistik untuk sukan dan permainan, serta peluang-peluang untuk menjaga dan menyumbang kembali. Kami berharap dapat memupuk jaringan sosial yang mana keluarga, rakan-rakan dan rakan-rakan sekerja menyokong dan mengekalkan gaya hidup yang menyeronokkan dan aktif."

Pengerusi Kelab Eksekutif Belia Ang Mo Kio CC, En. Gabriel Goh, berkata: "Kami mengharapkan perkongsian tiga pihak yang bermakna, mampan dan boleh skala bersama SUSS dan SportSG. Kami begitu percaya bahawa perkongsian ini akan berpeluang untuk memberi manfaat kepada masyarakat secara keseluruhan, dengan menyatukan golongan belia dan warga emas melalui kesedaran dan advokasi antara penuaan aktif dan ikatan antara generasi."

Kata-kata Sokongan 

Ketua Program Gerontologi SUSS, Dr Carol Ma, berkata: "Program gerontologi kami bertujuan untuk membangunkan pelajar dengan pengetahuan teori serta pengalaman praktikal dalam bidang penjagaan warga emas. Kedua-dua MOU berkenaan akan mewujudkan platform untuk pelajar dan alumni kami untuk terus mengaplikasikan apa yang dipelajari daripada program kami untuk berkhidmat kepada masyarakat dalam sektor-sektor penjagaan kesihatan dan sosial."

Pengerusi Alumni Gerontologi SUSS, En. Sng Hock Lin, yang turut melanjutkan pengajian PhD dalam Gerontologi di SUSS, teruja dengan kolaborasi berkenaan. Beliau berkata: "Alumni Gerontologi SUSS menyokong dan percaya dalam menabur bakti kepada warga emas, yang menjadi tumpuan dan tujuan pengajian kami. Kolaborasi berkenaan akan menyokong aplikasi pengetahuan kami dalam mencapai tujuan ini dan dalam memahami isu-isu berkaitan penuaan. Pengalaman praktikal ini seterusnya akan memperkayakan perspektif-perspektif kami."

Rumah Terbuka 

Pada 23 Februari, SUSS turut mengadakan Rumah Terbuka dwitahunan bagi mengalu-alukan bakal pelajar-pelajar selain keluarga dan rakan taulan. Mereka berpeluang untuk mendapatkan pandangan berharga dengan menghadiri taklimat program yang dijalankan oleh ahli-ahli fakulti dan ceramah pengayaan oleh pengamal-pengamal industri.

Para pengunjung juga mengalami hari yang memuaskan dengan berinteraksi bersama pelajar-pelajar SUSS dan duta-duta alumni, yang berkongsi tentang pendidikan berorientasikan amalan Universiti serta persekitaran pembelajaran yang fleksibel. Mereka turut mendapat sedikit gambaran tentang kehidupan pelajar biasa SUSS.

Dengan lebih 70 program ijazah sarjana muda dan 1,200 kursus dalam pelbagai bidang, bakal pelajar berpeluang mencari pendidikan yang paling mendorong cita-cita mereka, tanpa mengira tahap kehidupan mereka. Beberapa pengunjung bertuah turut membawa pulang hadiah-hadiah menarik kerana mengambil bahagian dalam permainan, kuiz dan peraduan.

[1]  Geron EngAGE ialah jaringan sosial untuk alumni Gerontologi SUSS, pelajar, fakulti dan pengusaha industri dalam lanskap penjagaan warga emas. Geron EngAGE menyediakan platform untuk meningkatkan kesedaran yang lebih tinggi tentang kerjaya ahli gerontologi melalui input berasaskan bukti dan aktiviti-aktiviti pendidikan.

Latar Belakang Singapore University of Social Sciences 

SUSS ialah sebuah universiti kebangsaan Singapura yang terus menyediakan peluang pembelajaran dan pendidikan gunaan sepanjang hayat yang inklusif dengan memberi penekanan sosial yang kukuh melangkaui fokus disiplin. Misi mereka adalah untuk memperjuangkan pendidikan sepanjang hayat bagi membangunkan pemikir dan pemimpin masa depan agar mencapai potensi tertinggi mereka melalui falsafah pendidikan 3H kami – 'Minda' ('Head') untuk kecekapan profesional dengan pengetahuan yang diaplikasikan, 'Hati' ('Heart') untuk kesedaran sosial berhubung keperluan masyarakat dan 'Tabiat' ('Habit') untuk keghairahan ke arah pembelajaran sepanjang hayat. SUSS menawarkan lebih 70 program ijazah sarjana muda dan siswazah, disediakan dalam mod pengajian sepenuh masa dan separuh masa yang bersifat fleksibel, modular dan pelbagai aspek dalam pengalaman pembelajaran bagi menampung pelajar-pelajar lepasan sekolah dan pelajar-pelajar dewasa. SUSS turut melancarkan pelbagai pilihan pendidikan berterusan dan kursus modular latihan untuk menaik taraf kemahiran profesional dan pengetahuan tenaga kerja kami. Program-program dan kursus-kursus SUSS disediakan melalui lima sekolah kami:

-  Sekolah Pembangunan Manusia S R Nathan
-  Sekolah Perniagaan
-  Sekolah Kemanusiaan dan Sains Tingkah Laku
-  Sekolah Undang-undang dan
-  Sekolah Sains dan Teknologi.

Setakat ini, lebih 30,000 siswazah memilih SUSS sebagai universiti pilihan mereka. Saban tahun, lebih 15,000 mahasiswa melanjutkan pengajian separuh masa atau sepenuh masa bersama kami. Untuk maklumat lanjut tentang SUSS, sila kunjungi www.suss.edu.sg

Program-program Gerontologi SUSS 

SUSS merupakan yang pertama di Singapura yang menawarkan latihan holistik demi kerjaya yang mendatangkan kepuasan dalam sektor penjagaan warga emas dan masyarakat meningkat usia. Untuk butiran tentang program Diploma Lepasan Ijazah dan Ijazah Sarjana, sila rujuk http://www.suss.edu.sg/programmes/programme-details/Pages/Graduate-Diploma-and-Master-of-Gerontology.aspx

Untuk butiran tentang PhD dalam Gerontologi, sila rujuk http://www.suss.edu.sg/programmes/programme-details/Pages/PhD-in-Gerontology.aspx

Latar Belakang People's Association 

People's Association (PA) ditubuhkan pada 1 Julai 1960 sebagai lembaga berkanun untuk menggalakkan keharmonian kaum dan perpaduan sosial di Singapura. Misi mereka adalah untuk membina dan merapatkan masyarakat bagi mencapai satu penduduk, satu Singapura.

PA menawarkan pelbagai program yang luas untuk menampung warga Singapura dari segenap lapisan masyarakat – menghubungkan antara penduduk dengan penduduk serta penduduk dan kerajaan. Kami melaksanakan usaha ini melalui jaringan 1,800 organisasi akar umbi (GRO), lebih 100 Kelab Komuniti, lima Majlis Pembangunan Komuniti, Institut Kepimpinan Komuniti Kebangsaan dan Usaha-Air.

Latar Belakang SingHealth Community Hospitals 

SingHealth Community Hospitals (SCH) terdiri daripada Bright Vision Hospital, Sengkang Community Hospital dan Outram Community Hospital, yang mana tumpuannya adalah lebih daripada sekadar penjagaan kesihatan untuk kesihatan memandangkan para pesakit disediakan dengan persekitaran seperti di rumah sendiri untuk pulih dan mengambil bahagian dalam penjagaan peribadi yang baik. Sebagai sebahagian daripada SingHealth Regional Health System, SCH percaya untuk bekerjasama erat dengan rakan-rakan kongsi komuniti bagi membolehkan pesakit-pesakit mencapai penjagaan yang holistik dan berterusan semasa masuk dan selepas keluar dari hospital.

Latar Belakang Changi General Hospital 

Changi General Hospital (CGH) ialah sebuah hospital awam memenangi anugerah dengan lebih 1,000 katil untuk berkhidmat kepada masyarakat yang terdiri daripada lebih 1 juta orang di timur Singapura. CGH menawarkan rangkaian komprehensif kepakaran dan perkhidmatan perubatan, diterajui oleh pasukan ahli profesional penjagaan kesihatan yang amat berpengalaman dan berkemahiran yang sentiasa memberikan hasil kesihatan dan penjagaan yang cemerlang untuk pesakit. CGH ialah anggota kluster SingHealth bagi institusi-institusi penjagaan kesihatan.

Sport Singapore 

Sebagai agensi sukan kebangsaan, tujuan utama Sport Singapore adalah untuk menginspirasikan semangat Singapura dan mengubah Singapura melalui sukan. Melalui pengalaman sukan yang inovatif, menyeronokkan dan bermakna, misi kami adalah untuk mendekati dan berkhidmat untuk masyarakat di seluruh Singapura melalui keghairahan dan kebanggaan. Menerusi Wawasan 2030 -- pelan induk sukan Singapura, mandat kami melangkaui sekadar memenangi pingat. Sport Singapore menggunakan sukan untuk mencipta peluang dan akses sukan yang lebih banyak, keterangkuman dan penyepaduan yang lebih baik selain pembangunan keupayaan yang lebih luas. Sport Singapore bekerjasama dengan jaringan luas melibatkan rakan-rakan kongsi sektor awam-swasta-orang-ramai untuk membolehkan individu-individu menjalani kehidupan lebih baik melalui sukan. Untuk mengetahui lebih lanjut, layari laman sesawang SportSG www.sportsingapore.gov.sg dan www.myactivesg.com. Ikuti SportSG di www.facebook.com/myActiveSG dan www.youtube.com/SingaporeSports.

Source: Singapore University of Social Sciences
Keywords: Education Health Care/Hospital Higher Education Sports Contracts Senior Citizens