omniture

Ovum Namakan ZTE sebagai Salah Satu Vendor Teras 5G Utama

ZTE Corporation
2019-02-26 04:56 821

SHENZHEN, China, 26 Februari 2019 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia penyelesaian teknologi telekomunikasi, perusahaan dan pengguna utama bertaraf antarabangsa untuk Internet mudah alih, dinamakan sebagai salah satu vendor Teras 5G (5GC) utama dalam kertas putih 5GC terkini Ovum, ZTE Accelerates Carriers' Migration to the 5G Core Network (ZTE Percepat Peralihan Pembawa kepada Rangkaian Teras 5G).

Dalam kertas putih ini, Ovum menggariskan bagaimana pengendali dapat membina rangkaian 5GC yang tangkas dan automatik bagi menambah baik kecekapan operasi dan meningkatkan pendapatan perkhidmatan tatkala industri telekomunikasi melangkah ke era 5G. Kertas putih berkenaan turut menekankan keupayaan dan daya saing ZTE serta penyelesaian Teras Umum (Common Core) dalam piawaian 5GC, teknologi dan kegunaan komersial.

Penyelesaian Teras Umum ZTE ialah 5GC natif-awan pertama yang menyatukan teknologi akses 2G/3G/4G/5G/Tetap sambil menyokong penggunaan Bukan Kendiri (NSA) dan Kendiri (SA). Bersedia untuk tujuan pengkomersialan, penyelesaian Teras Umum ZTE mendayakan penggunaan sumber yang maksimum dan dalam masa yang sama turut mengurangkan kos. Dengan penyepaduan 5GC natif-awan, pengendali akan berupaya meraih keuntungan daripada peluang luas yang dibawakan oleh Internet Komunikasi Benda (IoT) dan 5G.

ZTE bersiap sedia memperkenalkan versi komersial penyelesaian Teras Umum pada suku pertama tahun 2019, bertujuan untuk membantu pengendali membina rangkaian teras yang tangkas, cekap dan tertumpu dengan pantas, di samping memenuhi pelbagai keperluan industri-industri vertikal. Penyelesaian ini menerima pakai seni bina berasaskan perkhidmatan (SBA) standard 3GPP dan teknologi Pemisahan Satah Kawalan dan Pengguna (CUPS), meningkatkan kecekapan operasi dan penyelenggaraan (O&M) dengan ketara serta kadar penggunaan sumber bagi membantu pengendali mengurangkan CAPEX dan OPEX.

Ovum menegaskan dalam kertas putih ini bahawa, "Penting untuk pengendali memilih rakan kongsi yang bukan sahaja mempunyai pemahaman yang kukuh tentang perangkaian dan perisian, tetapi juga memiliki rekod terbukti berhubung penggunaan 5GC yang membuahkan hasil untuk pelanggannya." ZTE turut menunjukkan kebolehannya untuk membantu pelanggan mengubah seni bina teras mereka sebagai persediaan untuk 5G.

ZTE komited untuk membina keupayaan teknologi Teras 5G dan aktif mendorong aplikasinya. Telahpun berkolaborasi dan menguji teknologi 5G dengan lebih 30 pengendali utama di seluruh dunia, ZTE berkedudukan baik untuk menyediakan penggunaan komersial 5G global menerusi produk dan perkhidmatan. Pelancaran penyelesaian Teras Umumnya memberi langkah padu kepada ZTE untuk menuju ke arah pengindustrian 5G, menyediakan asas untuk pengkomersialan dan evolusi 5G.

Berikut merupakan pautan untuk mengakses kertas putih lengkap: https://ovum.informa.com/resources/product-content/2019/02/21/11/54/zte-accelerates-carriers-migration-to-the-5g-core-network

Latar Belakang ZTE

ZTE ialah penyedia sistem telekomunikasi termaju, peranti mudah alih dan penyelesaian teknologi perusahaan untuk pengguna, syarikat telekomunikasi, syarikat dan pelanggan daripada sektor awam. Sebagai sebahagian daripada strategi ZTE, syarikat komited menyediakan pelanggan dengan inovasi menyeluruh yang bersepadu bagi memberikan kecemerlangan dan nilai tatkala sektor telekomunikasi dan teknologi maklumat bersatu. Tersenarai dalam bursa saham Hong Kong dan Shenzhen (kod saham H: 0763.HK / kod saham A: 000063.SZ), produk dan perkhidmatan ZTE dijual kepada lebih 500 pengendali di lebih 160 negara. ZTE mengkhususkan 10 peratus daripada pendapatan tahunannya kepada usaha penyelidikan dan pembangunan serta memainkan peranan kepimpinan dalam organisasi-organisasi penetap standard antarabangsa. ZTE komited terhadap tanggungjawab sosial korporat dan merupakan ahli UN Global Compact. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zte.com.cn.

Hubungan Media:

Margaret Ma 
ZTE Corporation 
Tel: +86 755 26775189   
Emel: ma.gaili@zte.com.cn 

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 OTC:ZTCOY Shenzhen:000063
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Contracts