omniture

ZTE perkenal rangkaian penuh produk komersial 5G di MWC2019

ZTE Corporation
2019-02-26 06:21 887

Memperkasa penggunaan rangkaian Senario penuh

SHENZHEN, China, 26 Februari 2019 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia penyelesaian teknologi telekomunikasi, perusahaan dan pengguna utama bertaraf antarabangsa, hari ini memperkenalkan rangkaian penuh produk komersial 5G di Kongres Dunia Mudah Alih 2019 di Barcelona. Produk-produk komersial 5G ZTE, berdasarkan jalur asas generasi ketiga direka sendiri & cipset RF, bersedia menyokong permintaan penggunaan jalur-penuh dan senario penuh, seraya membantu pengendali-pengendali membina rangkaian 5G dengan liputan luas, berkapasiti tinggi, dengan penggunaan pesat dan berkesan kos.

ZTE perkenal rangkaian penuh produk komersial 5G di MWC2019
ZTE perkenal rangkaian penuh produk komersial 5G di MWC2019

BBU berbilang mod bina rangkaian berprestasi tinggi

BBU generasi baharu, disokong dengan platform virtualisasi dan bertahun-tahun usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan ujian lapangan, merupakan BBU 2U NG yang utama dalam industri dengan kapasiti luas, serasi dengan 2G, 3G, 4G dan 5G. Ia berupaya memproses sel 30*100MHz NR bagi setiap rak dengan kapasiti pemprosesan maksimum dalam industri. Semasa menyepadukan kelebihan virtualisasi dan platform IT, ia merealisasikan kapasiti elastik rangkaian tanpa wayar dan Antara Muka terbuka, justeru membolehkan penyetempatan perniagaan yang inovatif serta menyokong C-RAN, D-RAN dan perangkaian anjal.

AAU bersiri untuk capai liputan makro 

Siri 5G AAU ZTE, dengan sokongan bilangan saluran daripada 64TR, 32TR, 16TR hingga 4TR dapat memenuhi keperluan liputan dan kapasiti di kawasan bandar yang padat, kawasan bandar umum, perkampungan dan senario-senario lain sambil mengambil kira ciri-ciri setiap senario menurut keadaan tempatan, demi mencapai pulangan pelaburan yang terbaik. Antaranya, 64TR-200M AAU sesuai untuk senario liputan kawasan bandar yang padat dan bandar umum serta digunakan dalam beberapa percubaan komersial selain merupakan pilihan terbaik untuk fasa pertama penggunaan 5G.

Untuk senario pinggir bandar dan luar bandar, terdapat penyelesaian 32TR dan 16TR yang lebih menjimatkan, dengan produk 32TR dwijalur berkuasa yang menyokong 2.6GHz dan 3.5GHz. Di samping itu, 64TR-400m AAU, yang digunakan untuk senario titik frekuensi diskret pada jalur N78, mempunyai keupayaan sokongan lebar jalur maksimum dalam industri.

Pad 5G sokong senario kawasan terlindung atau kawasan khas

Produk-produk PAD bersiri ZTE termasuk Pad RRU, Pad BBU, Pad power dan sesuai untuk kawasan terlindung atau kawasan khas seperti lorong jalan sempit, terowong jambatan, tempat kecil, lokasi pelancong dan libur. Dengan reka bentuk yang kompak dan antena bersepadu, Pad 5G memberikan pengesanan tapak yang pantas dan pemasangan yang mudah.

Qcell 5G perluas liputan dalaman

Untuk liputan dalaman, ZTE melancarkan produk-produk Qcell berbilang mod 4G & 5G dengan kapasiti ultra luas. Ia boleh dipasang dengan mudah dan pantas dalam senario berkepadatan tinggi dalaman dan liputan luas, seperti pusat membeli belah, gimnasium, bangunan pejabat serta lapangan terbang, ia diurus dengan cara visual untuk operasi dan penyelenggaraan yang seragam.

Dengan kelebihan teknologi hujung-ke-hujung, ZTE komited untuk mencipta rangkaian tanpa wayar dengan pengalaman utama, kesederhanaan dan kecerdasan tertinggi untuk pengendali-pengendali dalam era 5G. Setakat ini, ZTE bekerjasama dengan 30 pengendali dalam 5G di seluruh dunia dan melancarkan produk-produk komersial hujung-ke-hujung 5G, bagi memenuhi sepenuhnya keperluan gelombang pertama penggunaan rangkaian 5G.

Pada masa depan, ZTE akan terus bekerjasama dengan rakan-rakan kongsinya bagi mempromosi ujian 5G dan mempercepatkan pengkomersialan 5G di seluruh dunia, agar dapat menyediakan pengguna global dengan pelbagai pengalaman 5G.

Latar Belakang ZTE

ZTE ialah penyedia sistem telekomunikasi termaju, peranti mudah alih dan penyelesaian teknologi perusahaan untuk pengguna, syarikat telekomunikasi, syarikat dan pelanggan daripada sektor awam. Sebagai sebahagian daripada strategi ZTE, syarikat komited menyediakan pelanggan dengan inovasi menyeluruh yang bersepadu bagi memberikan kecemerlangan dan nilai tatkala sektor telekomunikasi dan teknologi maklumat bersatu. Tersenarai dalam bursa saham Hong Kong dan Shenzhen (kod saham H: 0763.HK / kod saham A: 000063.SZ), produk dan perkhidmatan ZTE dijual kepada lebih 500 pengendali di lebih 160 negara. ZTE mengkhususkan 10 peratus daripada pendapatan tahunannya kepada usaha penyelidikan dan pembangunan serta memainkan peranan kepimpinan dalam organisasi-organisasi penetap standard antarabangsa. ZTE komited terhadap tanggungjawab sosial korporat dan merupakan ahli UN Global Compact. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zte.com.cn.

Hubungan Media:

Margaret Ma
ZTE Corporation
Tel: +86 755 26775189
Emel: ma.gaili@zte.com.cn  

Photo - https://photos.prnasia.com/prnh/20190225/2384342-1

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 OTC:ZTCOY Shenzhen:000063
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment New products/services Trade show news