omniture

Trina Solar terpilih untuk projek pertama dengan modul dwikaca dwimuka rendah CO2 di Perancis

Trina Solar Co., LTD
2019-02-26 18:00 847

CHANGZHOU, China, 26 Februari 2019 /PRNewswire/ -- Trina Solar Co., Ltd ("Trina Solar" atau "syarikat"), penyedia penyelesaian menyeluruh yang utama untuk tenaga solar, hari ini mengumumkan bahawa ia akan membekalkan 16 MW modul PV dwimuka jejak rendah karbon khas kepada EDF Renewables.

EDF Renewables membangunkan dua projek di Aramon (5 MWp) dan Saint Pargoire (11MWp). Trina Solar menyerahkan sejumlah 44,790 unit modul dwikaca DUOMAX Twin dwimukanya menerusi versi jejak rendah karbon, dengan output kuasa antara 350 hingga 365Wp. Sebagai peneraju global bagi tenaga boleh diperbaharui, EDF Renewables meliputi setiap sektor kepakaran, bermula dengan pembangunan projek, pembinaan serta operasi & penyelenggaraan.

Kedua-dua projek ini yang dibangunkan di bawah kekangan tertentu tender CRE4.1 dan CRE4.2 merupakan projek-projek pertama di Perancis yang menggunakan modul dwikaca dwimuka rendah CO2. Sebaik beroperasi, loji-loji PV akan menghasilkan 100% tenaga boleh diperbaharui meliputi penggunaan lebih 8,400 penduduk Perancis. Loji tersebut terbentang kira-kira seluas 18 hektar dan akan dapat mengelakkan emisi kira-kira 15,000 tan CO2 setiap tahun sepanjang 30 tahun.

Modul dwikaca DUOMAX Twin dwimuka mempunyai sel-sel PERC monohabluran dan meningkatkan output kuasa keseluruhan melalui penjanaan daripada sisi depan dan belakang, dengan perolehan tenaga tambahan sehingga 25%, bergantung kepada albedo dan pelekap. Voltan sistem 1,500V terus mengurangkan kos BOS. Teknologi dwikaca Trina Solar diiktiraf dengan 26 paten setakat ini. Struktur dwikaca modul yang tahan lama diperbuat daripada kaca solar berkualiti tinggi dan pengkapsulan yang dapat menangani keadaan alam sekitar yang teruk dan melindungi sel solar daripada kelembapan tinggi, seraya mencegah kehilangan tenaga daripada PID (degradasi teraruh berpotensi). Produk ini mempunyai pelbagai aplikasi dan serasi dengan sistem pengesan yang utama.

Gonzalo de la Vina, Ketua Perniagaan Moduk Eropah di Trina Solar, berkata: "Kami berbesar hati kerana dipilih oleh EDF Renewables untuk kedua-dua projek ini di Perancis yang dibangunkan di bawah kekangan spesifik bagi tender CRE4.1 dan CRE4.2 Perancis menggunakan modul-modul PERC monohabluran dwikaca dwimuka rendah karbon kami."

Penyerahan sejumlah 16 MW modul dijangka selesai pada penghujung suku pertama tahun 2019.

Imej: http://bit.ly/2ppgJ48 
Kapsyen imej: Modul dwikaca DUOMAX Twin dwimuka mengagumkan dengan sehingga 25% perolehan tenaga tambahan, voltan sistem 1,500V dan ketahanan yang luar biasa.

Latar Belakang Trina Solar

Trina Solar ialah penyedia penyelesaian menyeluruh yang terkemuka di dunia bagi tenaga solar. Ditubuhkan pada tahun 1997, Trina Solar membangunkan penyelesaian PV pintar proprietari untuk stesen-stesen janakuasa besar serta penyelesaian komersial dan kediaman, sistem simpanan tenaga dan modul fotovolta. Sebagai penyedia yang terkemuka di dunia bagi penyelesaian tenaga solar bersepadu, Trina Solar telah menerajui usaha untuk berkembang menjadi jenama dalam dunia IoT (internet komunikasi benda) tenaga dan komited untuk menjadi peneraju global dalam sektor baharu dan baru muncul ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.trinasolar.com.

Source: Trina Solar Co., LTD
Keywords: Alternative Energies Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Contracts