omniture

ZTE dan Qualcomm Technologies Demonstrasi Perkhidmatan 5G Langsung Berdasarkan Peralatan Komersial Hujung-ke-hujung 5G

ZTE Corporation
2019-02-26 18:44 800

SHENZHEN, China, 26 Februari 2019 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia penyelesaian teknologi telekomunikasi, perusahaan dan pengguna utama bertaraf antarabangsa untuk Internet Mudah Alih, mendemonstrasikan perkhidmatan rangkaian 5G berdasarkan sistem komersial sub-6GHz hujung-ke-hujung, dengan kerjasama Qualcomm Technologies, Inc. Demonstrasi langsung ini mengesahkan keupayaan teknologi 5G yang mantap daripada ZTE dan Qualcomm Technologies bagi mencapai pengkomersialan 5G hujung-ke-hujung.

ZTE and Qualcomm Technologies Demonstrate Live 5G Services Based on 5G End-to-end Commercial Equipment
ZTE and Qualcomm Technologies Demonstrate Live 5G Services Based on 5G End-to-end Commercial Equipment

Demonstrasi melalui radio NR 5G berkenaan menggunakan rangkaian NR 5G hujung-ke-hujung dunia sebenar yang dibangunkan dengan rangkaian teras komersial ZTE dan peralatan stesen pangkalan radio, selain telefon pintar 5G ZTE yang dikuasakan oleh platform mudah alih 5G komersial pertama dunia, Platform 855Mobile Qualcomm® Snapdragon™ digandingkan dengan modem Snapdragon X50 5G serta penghantar-terima RF Qualcomm Technologies serta penyelesaian bahagian-depan RF. Mematuhi sepenuhnya 3GPP R15, demonstrasi ini adalah berdasarkan mod perangkaian NSA, jalur 5G N78 dan memanfaatkan jalur LTE B1 sebagai pengukuh akses.

Untuk demonstrasi ini, ZTE menyediakan penyelesaian hujung-ke-hujung yang komprehensif termasuk penyelesaian platform stesen pangkalan One for All untuk infrastruktur tanpa wayar bagi menyokong 2G/3G/4G/5G pada tapak tunggal selain unit jalur asas berbilang mod (BBU) yang menyediakan kapasiti pemprosesan 2G/3G/4G/5G maksimum serta bilangan antara muka terbanyak dalam industri.

Di samping itu, demonstrasi ini mengguna pakai rangkaian utama "Teras Umum" ZTE dengan penumpuan penuh rangkaian 2G/3G/4G/5G/tetap dan UME, penyelesaian pengurusan rangkaian tertumpu untuk operasi dan penyelenggaraan pintar.

"Kolaborasi antara ZTE dan Qualcomm Technologies di MWC 2019, berhubung demonstrasi perkhidmatan 5G berasaskan peranti dan sistem mudah alih 5G ZTE, merupakan bukti usaha kami terhadap pengkomersialan 5G," kata Xu Ziyang, Ketua Pegawai Eksekutif ZTE. "Ia menunjukkan langkah penting ke arah menjadikan 5G suatu realiti komersial."

"Demonstrasi langsung NSA 5G di MWC, berdasarkan infrastruktur komersial daripada ZTE menggunakan modem 5G Qualcomm Technologies dan bahagian-depan RF, memberikan kami sedikit gambaran tentang pengalaman pengguna 5G yang dijangkakan daripada peranti komersial pada tahun 2019," kata Frank Meng, pengerusi Qualcomm China. "Kami berharap dapat terus bekerjasama dengan ZTE dan syarikat-syarikat utama lain dalam seluruh ekosistem ini bagi mempercepatkan pelancaran rangkaian dan peranti 5G."

Dalam proses untuk mempromosi pengkomersialan 5G, ZTE aktif bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi industri berhubung pengesahan teknologi dan penyelesaian utama, selain penggunaan rangkaian. ZTE turut menerajui usaha kemajuan dan prestasi ujian. Disokong oleh ujian 5G dan kerjasama dengan lebih 30 pengendali dari seluruh dunia, ZTE bersedia untuk mendepani pengkomersialan dan pelancaran 5G akan datang.

Latar Belakang ZTE

ZTE ialah penyedia sistem telekomunikasi termaju, peranti mudah alih dan penyelesaian teknologi perusahaan untuk pengguna, syarikat telekomunikasi, syarikat dan pelanggan daripada sektor awam. Sebagai sebahagian daripada strategi ZTE, syarikat komited menyediakan pelanggan dengan inovasi menyeluruh yang bersepadu bagi memberikan kecemerlangan dan nilai tatkala sektor telekomunikasi dan teknologi maklumat bersatu. Tersenarai dalam bursa saham Hong Kong dan Shenzhen (kod saham H: 0763.HK / kod saham A: 000063.SZ), produk dan perkhidmatan ZTE dijual kepada lebih 500 pengendali di lebih 160 negara. ZTE mengkhususkan 10 peratus daripada pendapatan tahunannya kepada usaha penyelidikan dan pembangunan serta memainkan peranan kepimpinan dalam organisasi-organisasi penetap standard antarabangsa. ZTE komited terhadap tanggungjawab sosial korporat dan merupakan ahli UN Global Compact. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zte.com.cn.

Qualcomm dan Snapdragon ialah tanda dagangan Qualcomm incorporated, didaftarkan di Amerika Syarikat dan negara-negara lain.

Qualcomm Snapdragon ialah produk Qualcomm Technologies, Inc. dan/atau subsidiari-subsidiarinya.  

Hubungan Media:
Margaret Ma
ZTE Corporation
Tel: +86 755 26775189
Emel: ma.gaili@zte.com.cn  

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190225/2384517-1

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 OTC:ZTCOY Shenzhen:000063
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Licensing/marketing agreements New products/services Trade show news