omniture

Jinergy Dinamakan Pembekal Modul PV Tahap 1 BNEF

Bloomberg New Energy Finance
2019-02-26 18:49 444

JINZHONG, China, 26 Februari 2019 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, Jinneng Clean Energy Technology Ltd. (Jinergy), pengeluar PV dipacu teknologi yang berpangkalan di China, mengumumkan bahawa Jinergy telahpun dinamakan sebagai pengeluar modul solar Tahap 1 oleh Bloomberg New Energy Finance (BNEF).

Dibangunkan sendiri oleh BNEF, sistem pemeringkatan pengeluar modul PV ini mengklasifikasikan pengeluar-pengeluar modul PV menurut kebolehannya dalam menjana keuntungan ("bankability") dan memberi perbezaan telus antara ratusan pengeluar modul PV di seluruh dunia. Kriteria pemilihan yang ketat untuk pengeluar-pengeluar modul PV menjadikannya rujukan andal untuk analisis daya saing pengeluar PV.

Melalui inovasi teknikal dan pengeluaran kecil-kecilan, Jinergy membangunkan 5% kapasiti pengeluaran sel dan modul paling canggih dan berkesan kos terbaik dunia dan membekalkan pelanggan-pelanggan dengan modul-modul Poli C-Si, Mono C-Si PERC dan HJT yang berkualiti tinggi serta andal. Jinergy turut melakar pencapaian luar biasa dalam pasaran-pasaran luar negara. Pada tahun 2018, penghantaran luar negara Jinergy menyumbang sebanyak 40% daripada penghantaran keseluruhan, seraya mencapai kejayaan penting sejak ia memulakan operasi komersial. Dalam pasaran India sahaja, Jinergy telahpun menghantar 600MW, menduduki tempat kedua antara pengeluar-pengeluar modul PV berpangkalan di China yang mengeksport ke India, dengan bahagian pasaran mencecah hampir 10%.

Dr. Liyou Yang, pengurus besar Jinergy, berkata, "Dinamakan sebagai pembekal modul Tahap 1 BNEF bermakna kami diiktiraf sebagai pembekal modul berkualiti tinggi di seluruh dunia dan akan mempercepatkan pembangunan pasaran global kami. Pada tahun 2019, penghantaran luar negara akan menyumbang sebanyak 50% daripada penghantaran keseluruhan kami. Pada masa depan, Jinergy masih akan mengusahakan teknologi dan pengurangan kos untuk terus menurunkan LCOE PV dan mempromosi penggunaan tenaga boleh diperbaharui."

Latar Belakang Jinergy

Jinergy, sektor tenaga mesra alam yang diperbadankan di bawah Jinneng Group, salah sebuah kumpulan tenaga milik negeri di China, mengikuti strategi lelaran teknologi dan menggunakan tiga generasi teknologi canggih, iaitu polihabluran, monohabluran PERC dan HJT.

Menjelang akhir tahun 2018, Jinergy mempunyai kapasiti pengeluaran 2GW secara keseluruhan untuk modul-modul polihabluran, monohabluran PERC dan HJT. Pada tahun 2017, Jinergy mengkomersialkan produk-produk HJT berkecekapan tinggi dan akan meluaskan kapasiti pengeluaran kepada skala GW dalam tempoh tiga tahun.

Ketahui lebih lanjut di http://en.jinergy.com.

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20180528/2144424-1LOGO

Source: Jinneng Clean Energy Technology Ltd.
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities