omniture

YourBestLife: Program Ubah-kehidupan Bawa Tujuh Individu Keliling Dunia selama Setengah Tahun Dengan Semua Perbelanjaan Ditanggung dan Tambahan $1500 Sebulan

YourBestLife
2019-02-26 19:00 834

LISBON, 26 Februari 2019 /PRNewswire/ --

Program latihan baharu dan inovatif mengundang golongan belia untuk mengembara bagi meneroka pembangunan peribadi dan profesional. Pertubuhan YourBestLife percaya bahawa interaksi budaya dan pembelajaran bersama merupakan cara-cara untuk membangunkan kemahiran yang semakin penting untuk syarikat-syarikat sambil aktif menyumbang kepada dunia yang lebih baik. Permohonan dibuka sehingga November 2019 di http://www.yourbestlife.io.  

generated by system

Membangunkan kecekapan interpersonal, memberi impak kepada masyarakat dan menginspirasi dengan kisah-kisah dan tindakan-tindakan merupakan misi YourBestLife, program yang membawa tujuh peserta mengelilingi 10 negara di empat benua berbeza sepanjang tempoh enam bulan. Tunjang program ini (1. Kekitaan & Keseronokan, 2. Impak Sosial, 3. Kerjaya Hayat) akan membimbing aktiviti-aktiviti, termasuk libur, sukarela dan pembelajaran.

Menyedari faedah-faedah mengembara, matlamat program adalah untuk memberi lebih ramai orang dengan peluang untuk memperoleh pengetahuan yang didapati terus daripada pengalaman antara budaya, menyumbang kepada pembangunan diri sebagai seorang manusia yang terwujud sepenuhnya dan sebagai penduduk muka bumi. Untuk peluang ini, semua perbelanjaan ditanggung-termasuk penerbangan, makanan, penginapan, insurans dan aktiviti-selain $1,500 sebulan untuk setiap peserta sebagai tambahan.

Program ini bertujuan untuk menjadi langkah permulaan kepada gerakan "memanusiakan manusia", dijayakan oleh orang ramai yang ingin membawa dunia lebih erat bersama-sama dengan menyumbang menerusi tindakan secara besar atau kecil, dilaksanakan dengan cara yang bukan invasif dan bertoleransi, disepadukan dengan masyarakat setempat. Gerakan ini ditonjolkan oleh tunjang program Impak Sosial, yang menumpu pada tiga cabaran global: pemeliharaan alam sekitar, perlindungan terhadap hidupan liar dan keusahawanan sosial.

Peserta-peserta dalam program sulung ini merupakan penduduk dunia yang berusia antara 18-35 tahun, setiap seorang mempunyai profil yang berbeza dan saling melengkapi: pengembara, tidak pernah mengembara, pengembara penuh cabaran, komunikator, penglipur lara, penulis dan pencetus perubahan. Negara-negara destinasi-Costa Rica, Peru, Afrika Selatan, Reunion Island, India, Bhutan, Myanmar, Indonesia, Ireland dan Portugal-dipilih bagi menawarkan wawasan global dari segi tempat, iklim, budaya dan perubahan.

Proses pemilihan dijalankan oleh Randstad Portugal, sebuah syarikat sumber manusia multinasional yang diiktiraf, yang menjamin ketepatan pemilihan peserta. Randstad Portugal ialah salah satu rakan kongsi utama projek ini, sama seperti Sony, Skyhour dan WeChangers. WeChangers ialah syarikat baharu tindakan sosial yang akan memilih 25 badan amal tempatan untuk disokong oleh program ini, melalui sumbangan kewangan dan kerja sukarela oleh peserta-peserta.

Manifesto: https://www.yourbestlife.io/#video

Sumber: YourBestLife

Source: YourBestLife
Keywords: Travel