omniture

Ketua Pegawai Teknologi Toshiba kongsi wawasan syarikat berhubung masa depan teknologi melalui perubahan

Toshiba Corporation
2019-02-27 10:00 792

SINGAPURA, 27 Februari 2019 /PRNewswire/ -- Bersedia untuk menjadi salah sebuah syarikat teknologi sistem fizikal-siber (CPS) yang terkemuka di dunia, Dr Shiro Saito menyimpulkan tentang masa depan teknologi bahawa Toshiba menyasarkan untuk menggapai kejayaan melalui perubahan dan harapan beliau terhadap kalangan generasi baharu penyelidik dan jurutera.

Untuk melihat hebahan multimedia penuh, klik di sini:
https://www.prnasia.com/mnr/toshiba_20190227.shtml

Dr. Shiro Saito, Toshiba’s Chief Technology Officer
Dr. Shiro Saito, Toshiba’s Chief Technology Officer

 

Rotary Gantry (Courtesy of QST/NIRS)
Rotary Gantry (Courtesy of QST/NIRS)

 

Treatment Room (Courtesy of QST/NIRS)
Treatment Room (Courtesy of QST/NIRS)

 

Cyber-Physical Systems
Cyber-Physical Systems

 

 

Petikan wawancara Dr. Saito adalah seperti berikut:

Apakah bidang-bidang pertumbuhan Toshiba?

Matlamat Toshiba adalah untuk menjadi sebuah syarikat yang dapat menyelesaikan masalah-masalah sosial menerusi teknologi yang menyatukan siber dan fizikal, iaitu dunia sebenar. Kini, kami mempromosikan "inovasi terbuka" dari peringkat awal penyelidikan dan berkolaborasi dengan universiti-universiti serta institut-institut penyelidikan ternama di seluruh dunia seperti Chinese Academy of Sciences, Indian Institute of Science, Cambridge University dan Stanford University. Sebagai contoh, kami berkolaborasi dengan Cambridge University berhubung komunikasi kriptografi kuantum. Ini merupakan satu teknologi yang membolehkan penghantaran selamat maklumat yang amat sulit – maklumat peribadi dan maklumat transaksi kewangan, dan seumpamanya – menggunakan teknologi komunikasi secara teorinya mustahil untuk digodam.

Toshiba merancang untuk melabur sebanyak 930 bilion yen sepanjang lima tahun akan datang dalam bidang teknologi tenaga boleh diperbaharui, SCiB™, elektronik kuasa dan robotik. Di samping itu, kami turut menyelidik beberapa teknologi dalam siri prosedur perubatan, meliputi pencegahan dan pemeriksaan, diagnosis dan juga rawatan. Salah satunya ialah peralatan rawatan kanser alur zarah berat yang memberikan pengurangan ketara beban ke atas pesakit. Kami juga mempunyai teknologi berkaitan kanser yang lain, iaitu liposom boleh biodegradasi. Ringkasnya, ini merupakan kapsul yang boleh dimasukkan ke dalam sel-sel manusia, yang mana ia menyumbang kepada penemuan sel-sel kanser.

Dari segi usaha mewujudkan perniagaan baharu, kami akan memperkenalkan modal benih perniagaan yang terhasil di jabatan penyelidikan dan pembangunan (R&D) kepada dunia pada peringkat awal. Sebagai tambahan kepada mekanisme pembelajaran berasaskan penerimaan maklum balas, dana Modal Usaha Niaga Korporat baharu sebanyak 10 bilion yen telahpun disediakan bagi mencipta perniagaan baharu yang tidak terikat dengan portfolio semasa kami.

Menuju masa depan, penyelidik-penyelidik dan pembangun-pembangun kami harus bekerja dengan tahap kesedaran yang tinggi bahawa R&D teknologi merupakan wadah untuk menyelesaikan masalah-masalah sosial dan mencapai Matlamat Pembangunan Lestari.

Untuk mengetahui pandangan lanjut, klik pautan di bawah:
https://www.toshiba-clip.com/en/detail/6821 

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190211/2371344-1-a
Foto -
https://photos.prnasia.com/prnh/20190211/2371344-1-b
Foto -
https://photos.prnasia.com/prnh/20190211/2371344-1-c
Foto -
https://photos.prnasia.com/prnh/20190211/2371344-1-d
Logo -
https://photos.prnasia.com/prnh/20190211/2371344-1LOGO

Source: Toshiba Corporation
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Consumer Electronics Household/Consumer/Cosmetics Oil/Energy Retail Semiconductors Utilities