omniture

Festival Habanos XXI Beri Penghormatan Kepada Havana Sempena Ulang Tahun ke-500nya

HABANOS SA
2019-02-27 12:33 909

HAVANA, 27 Februari 2019 /PRNewswire/ --

  • Habano ialah lambang tradisi serta keeksklusifan dan sejarahnya sentiasa amat berkait rapat dengan bandar ia mendapat namanya, Havana

Havana meraikan ulang tahun ke-500nya tahun ini dan sejarah Habano amat berkait rapat dengan bandar ini, yang memberikan ia namanya. Sejarah Habano melangkaui ke seluruh ibu kota Cuba itu dan jejaknya dirasai di beberapa tempat di sekitar bandar berkenaan.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik: https://www.multivu.com/players/uk/8500151-xxi-habanos-festival-tribute-to-havana/

Tobacco Museum (Museo del Tabaco) ialah sebuah institusi yang sentiasa beroperasi. Di sini, para pengunjung dapat menemui segala-gala yang berkaitan dengan ritual yang dinikmati oleh para penghisap cerut Habanos yang bagus. Satu lagi representasi Habanos di Havana ialah jenama San Cristóbal de La Habana. Vitolanya, Prado, mendapat namanya daripada sebuah lebuh berlambang di bandar tersebut. Paseo del Prado merupakan pusat kepada bangunan-bangunan terkenal dan antara sorotan utamanya ialah Gran Teatro de La Habana, dirasmikan pada tahun 1838 dan Capitol Havana, yang dibina pada tahun 1929 serta dianggap sebagai salah satu daripada enam istana yang paling penting di dunia.

Simbol-simbol lain yang berkaitan dengan Habano ialah kilang-kilang tembakau berlambang, yang mana para penggulung cerut Cuba menghasilkan setiap Habano Totalmente a Mano con Tripa LargaBuatan Tangan Sepenuhnya dengan Isian Panjang dengan cara yang paling tradisional: Real Fábrica de Tabacos Partagás ialah salah sebuah kilang tembakau paling popular di bandar tersebut. Fábrica de Tabaco Torcido El Laguito dikenali sebagai salah sebuah kilang yang paling eksklusif dan paling terpelihara untuk para pengunjung. Akhir sekali, Real Fábrica de Tabaco Torcido La Corona terkenal kerana menjadi salah sebuah bangunan yang paling unik dan terkenal di Cuba.

Bagi memberi penghormatan kepada bandar tersebut, Festival berkenaan akan mendedikasikan Kuliah Master sempena sambutan ulang tahun ke-500 bandar Havana dan perkaitannya dengan Habano, oleh Dr. Eusebio Leal Spengler, Sejarawan bandar Havana. Di samping itu, edisi ini akan menyaksikan persembahan pengeluaran ekslusif 500 humidor San Cristóbal de La Habana 1519 (57 tolok gelang x 170 mm panjang), direka khas bagi memperingati ulang tahun bandar berkenaan.

Habanos, S.A. turut memberi penghormatan khas kepada lima abad Havana, tahun ini mendedikasikan acara sambutan sebelah malam kepada bandar tersebut, selain kepada jenama San Cristóbal de La Habana yang menyambut ulang tahun ke-20 sejak ditubuhkan.

generated by system

Young & Rubicam:
press.habanos@yr.com
Carla Lladó
Tel: +34-669-54-69-09

Source: HABANOS SA
Related Links:
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Tobacco Travel New products/services