omniture

M800 Bawakan Keupayaan IoT Asia Canggih di MWC 2019

Kereta pintar dan peranti kesihatan pintar daripada firma teknologi HK rintis dipamerkan di pameran mudah alih utama dunia
M800 Limited
2019-02-27 16:52 1087

HONG KONG, 27 Februari 2019 /PRNewswire/ -- M800 Limited, penyedia komunikasi selamat yang terkemuka di Asia untuk IoT dan era digital, memimpin sekumpulan rakan kongsi teknologi termasuk ECARX, sebuah syarikat teknologi Cina yang melabur dalam Geely Holding Group, bagi mempamerkan penyelesaian IoT dan komunikasi digital canggihnya yang terkini dari Asia di Kongres Dunia Mudah Alih 2019 di Barcelona.

Dalam tahun keempat berturut-turut mengadakan pameran di pameran mudah alih yang terbesar di dunia, M800 akan membawakan inovasi mudah alih bersama pemimpin-pemimpin industri daripada sektor-sektor peranti boleh pakai pintar, penjagaan kesihatan, pengangkutan dan utiliti di reruai khususnya di Dewan 8.1 -- Reruai 8.1E5 dalam Dewan Digital Planet yang baru dijenamakan semula daripada App Planet.

Penyelesaian yang dipamerkan menampilkan OEM dan pengeluar-pengeluar IoT lain daripada pelbagai industri yang menyepadukan kit pembangunan perisian (SDK) M800 ke dalam produk-produk mereka untuk membangunkan peranti pintar yang canggih dengan keupayaan komunikasi yang amat selamat dan andal. Peranti-peranti ini bermula dengan ekosistem dalam kereta pintar yang baru dilancarkan oleh ECARX kepada peranti boleh pakai pintar untuk kanak-kanak oleh POMO House.

Ekosistem dalam kereta pintar ECARX disepadukan dengan SDK Suara M800 dan dihubungkan terus kepada infrastruktur rangkaian global mereka. Penyepaduan fungsi-fungsi yang selamat dan lancar ini membolehkan peranti ini menyediakan saluran yang berkualiti tinggi dan andal untuk komunikasi suara global. Ia turut mengurangkan kos komunikasi untuk pengguna akhir dan meningkatkan ketelusan tingkah laku komunikasi mereka. Ekosistem dalam kereta pintar membolehkan pengguna akhir menghubungi sesiapa sahaja dengan selamat dan andal pada bila-bila masa semasa memandu. Dalam masa yang sama, bantuan kecemasan boleh diminta serta merta dan sentiasa boleh dicapai melalui keupayaan komunikasi peranti ini.

Firma perunding pengurusan global, McKinsey & Company menganggarkan bahawa nilai ekonomi IoT berpotensi mencecah USD 11 trilion menjelang tahun 2025.[1] Sebahagian besar nilai ini akan dipacu oleh China dan Asia memandangkan inovasi muncul dari kawasan ini pada kadar yang semakin pantas bagi memenuhi kehendak masa depan. Tumpuan terhadap teknologi komunikasi canggih Asia semakin meningkat dan M800 menerajui misi untuk menginovasi dan menyediakan fungsi-fungsi komunikasi kritikal untuk IoT dan aplikasi bandar pintar masa kini dan masa depan.

Bagi mengesahkan kepimpinan IoTnya, baru-baru ini, M800 menerima Anugerah Inovasi Aplikasi IoT China 2018 di Forum Inovasi Aplikasi Bandar Pintar di China.

M800 akan turut mempamerkan peranti pemantauan jantung oleh salah satu rakan kongsi teknologi Hong Kongnya, BISA, yang menyediakan pemberitahuan waktu nyata dan data degupan jantung untuk pesakit dan doktor. Produk ini bersedia untuk melanjutkan faedah-faedah keupayaan komunikasi utama kepada pengguna akhir yang mengalami masalah jantung di seluruh dunia.

Diberikan menerusi Suit SDK Komunikasi M800 yang merangkumi semua, peranti ini menyampaikan data fizikal pengguna serta merta dan selamat kepada pegawai-pegawai perubatan yang ditetapkan dan menyediakan platform untuk kedua-dua pihak bagi membincangkan dan berkomunikasi melalui pesanan ringkas pada bila-bila masa, di mana-mana jua.

Antara kesemua peranti IoT yang dipamerkan yang akan ditonjolkan oleh M800, para pengunjung reruai akan diperlihatkan dengan portfolio penuh keupayaan komunikasi Suit SDK M800, iaitu Suara, Pesanan Ringkas, Panggilan Berkumpulan dan SDK Pengesahan.

Selain itu, M800 akan turut mempamerkan Aplikasi Komunikasi label-Putih, Bebas-Tol, penyelesaian SMS dan liveConnect.

liveConnect ialah platform sokongan pelanggan berasaskan awan M800 yang boleh digunakan serta merta untuk sebarang laman sesawang dan aplikasi sedia ada. Sebaik sahaja dibenamkan, ia dapat menyampaikan pesanan ringkas dan memudahkan panggilan suara, pada rangkaian pengendali yang sama atau rangkaian pengendali yang berbeza, membolehkan perniagaan berkolaborasi dengan pelanggan di mana-mana jua, pada bila-bila masa dan pada sebarang peranti. Ia turut menyediakan penyepaduan bebas-tol yang membolehkan perniagaan dengan nombor-nombor bebas-tol sedia ada sebelumnya untuk menggabungkan sumber-sumber komunikasi mereka menjadi pengalaman sokongan yang lancar.

Contoh-contoh ini merupakan demonstrasi sempurna misi M800 bagi membawa inovasi menerusi penyelesaian miliknya selain bekerjasama untuk meningkatkan aplikasi dan platform utama lain melalui teknologi komunikasi selamat yang utama dalam pasarannya.

Kunjungi reruai M800 Limited di MWC 2019: 
Dewan 8.1 -- Reruai Pameran Digital Planet 8.1E51

Latar Belakang M800 Limited

M800 ialah penyedia CPaaS yang utama di dunia yang diiktiraf kerana menawarkan penyelesaian komunikasi yang andal melalui infrastruktur rangkaian teragih seluruh dunianya. Menyediakan tahap keselamatan dan keandalan tertinggi dalam industri, syarikat yang memenangi anugerah itu menawarkan penyelesaian komunikasi gred-pembawa untuk perusahaan dan perniagaan. Ini termasuk SDK komunikasi untuk Internet Komunikasi Benda (IoT) dan aplikasi, platform komunikasi bersepadu untuk khidmat pelanggan (liveConnect) dan aplikasi komunikasi berlabel putih untuk perniagaan yang ingin menambah baik komunikasi dalaman dan luaran mereka dengan selamat. Syarikat mempunyai lebih 500 pelanggan perusahaan di seluruh dunia, merentas industri-industri berbeza termasuk syarikat-syarikat Fortune 500.

Latar Belakang ECARX (China) Intelligence Technology

ECARX ialah sebuah syarikat teknologi di bawah Geely Holding Group dan menumpu untuk membangunkan teknologi kenderaan pintar dan terhubung. Ditubuhkan pada tahun 2016, kini ia mempunyai lebih 1,500 kakitangan yang tersebar di seluruh lokasinya di China dan Sweden bagi mencipta sistem kereta untuk kereta-kereta Geely Auto, Lynk & Co, dan PROTON. Syarikat ini mempunyai kelebihan untuk membawa kereta-kereta Geely menuju masa depan digital dan akhirnya masa depan pandu sendiri. Ia membangunkan sistem kokpit digital yang menggabungkan maklumat hibur, penyepaduan ketersambungan dan pengurusan kenderaan bersama-sama data raya dan platform awan selain menganalisis pengalaman pengguna untuk terus meningkatkan ekosistem kereta pintar mereka.

Latar Belakang POMO House

Pomo House International Pte. [Singapore] ialah salah satu jenama utama yang terbaik di dunia bagi jam tangan pintar cegah kehilangan kanak-kanak. Syarikat yang memenangi anugerah DFA itu turut menawarkan penyelesaian IoT inovatif yang lain untuk keluarga moden dan sekolah bagi melindungi keselamatan anak-anak mereka selain meningkatkan perkembangan kanak-kanak. Syarikat ini mengembangkan perniagaannya ke lebih 10 negara termasuk Amerika Utara, Amerika Selatan, Eropah dan Asia termasuk jenama-jenama pengendali mudah alih yang Terkemuka di serata dunia.

Hubungan media:

M800 Limited 
Vian Tan
Telefon: +852 3472 1751
Emel: viantan@m800.com  

Source: M800 Limited
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Entertainment Internet Technology Mobile Entertainment Computer Accessories Telecommunications New products/services Trade show news