omniture

Huawei Enterprise Perkenal Platform Digital di Penampilan Sulung MWC19, Cipta Asas Dunia Digital

Huawei
2019-02-27 18:54 886

BARCELONA, Sepanyol, 27 Februari 2019 /PRNewswire/ -- Huawei Enterprise Business Group (Huawei Enterprise) membuat penampilan pertamanya di MWC19 Barcelona di bawah tema "Membina Dunia Pintar Terhubung Sepenuhnya" mulai 25-28 Februari 2019. Huawei Enterprise memperkenalkan Platform Digitalnya, yang dibangunkan berdasarkan bertahun-tahun pandangan dan amalan dalam transformasi digital. Dengan infrastruktur awan sebagai asasnya, Platform Digital membolehkan organisasi-organisasi mencapai sinergi perniagaan dan inovasi tangkas dengan mengoptimumkan penyepaduan antara ICT baharu dan data tertumpu, bagi membina asas untuk dunia digital. Platform Digital Huawei menyokong perusahaan merentas industri bagi mewujudkan rangka tindakan perniagaan digital untuk bersaing dalam era pintar.

Dalam acara ini, Huawei Enterprise mendemonstrasikan penyelesaian-penyelesaian utamanya dan empat produk unggulan untuk pasaran perusahaan dalam tiga kawasan pameran: Platform Digital, Ketersambungan Merata dan Kecerdasan Pervasif. Huawei Enterprise turut menganjurkan Sidang Kemuncak Transformasi Digital Industri-industri yang menghimpunkan pelanggan-pelanggan daripada sektor logistik, rel, kewangan, penerbangan dan bandar pintar global bagi meneroka amalan terbaik untuk perjalanan transformasi digital mereka.

Huawei Enterprise membuat pameran buat kali pertama di MWC19 Barcelona.
Huawei Enterprise membuat pameran buat kali pertama di MWC19 Barcelona.

Platform Digital Huawei Enterprise Bina Asas untuk Dunia Digital  

Transformasi digital merupakan satu fenomena yang bermula lama dahulu dan masih jauh perjalanannya. Dalam perjalanan transformasi ini, perusahaan berharap dapat meningkatkan perkhidmatan dan kecekapan operasi secara sistematik dalam perubahan masa; pada asasnya menangani cabaran kaedah untuk menyepadukan data bagi mencapai sinergi perniagaan dan inovasi tangkas; serta merealisasikan model perniagaan baharu dan proposisi nilai.

Yan Lida, Presiden Huawei Enterprise Business Group, berkata: "Dalam era ini, transformasi digital untuk perusahaan, ekonomi dan seluruh masyarakat membawa peluang dan cabaran yang amat besar kepada pelbagai industri. Dengan lebih sepuluh tahun pengalaman dalam transformasi digital, Huawei mengesahkan bahawa pendigitalan hanya dapat dicapai apabila dunia digital dan dunia fizikal bersepadu sepenuhnya. Berdasarkan pemahaman ini, kami melancarkan Platform Digital Huawei untuk pasaran perusahaan sebagai respons kepada keperluan pelanggan. Ia merupakan satu-satunya platform yang dapat menyepadukan secara mendatar ICT baharu termasuk awan, AI, IoT, Data Raya, komunikasi tertumpu, video dan GIS, selain menghubungkan peranti, pinggir, rangkaian dan awan secara vertikal. Ia disepadukan, pintar dan boleh diwariskan. Bermula dengan perusahaan, PKS, kepada syarikat baharu, Platform Digital Huawei dapat mendayakan syarikat-syarikat untuk menjadi lebih berkuasa dan mencapai kemajuan baharu selain memanfaatkan inovasi yang tangkas. Platform Digital Huawei akan menjadi asas kepada dunia digital dan mencipta ekosistem yang berkembang maju."  

Yan Lida, Presiden Huawei Enterprise Business Group, perkenalkan kuasa penyepaduan Platform Digital Huawei.
Yan Lida, Presiden Huawei Enterprise Business Group, perkenalkan kuasa penyepaduan Platform Digital Huawei.

Tiga Kawasan Pameran dan Empat Produk Unggulan Demonstrasi Potensi Platform, Ketersambungan dan Kecerdasan

Semasa berlangsungnya MWC19 Barcelona, Huawei Enterprise mendemonstrasikan empat produk unggulan dalam tiga kawasan pameran iaitu Platform Digital, Ketersambungan Merata dan Kecerdasan Pervasif. Selain mempamerkan teknologi-teknologi utama dan inovatif seperti penyelesaian dan produk AI, serta ekosistem dipercayai yang saling menguntungkan, Huawei Enterprise turut mempamerkan aplikasi AI dalam pengangkutan bandar dan peruncitan.

  • Platform Digital: Kawasan ini menonjolkan bagaimana teknologi digital termaju seperti awan, IoT dan storan kilat sepenuhnya disepadukan ke dalam Platform Digital Huawei bagi memperkasa penyepaduan data, kolaborasi perniagaan dan inovasi tangkas, yang akhirnya mempercepatkan transformasi digital perusahaan. Turut dipamerkan ialah siri Storan Kilat Sepenuhnya OceanStor Dorado terpantas di dunia termasuk peralatan storan kilat sepenuhnya berkualiti sederhana dan berkualiti tinggi yang mempercepatkan transformasi digital industri-industri kewangan, pembuatan dan minyak, selain OceanStor Dorado3000 V3 tahap kemasukan baharu. Di samping itu, Huawei Enterprise mempamerkan platform digital bandar pintarnya yang menyepadukan sumber-sumber bandar digital seperti IoT, Data Raya, maklumat geografi, video dan komunikasi tertumpu untuk mendayakan pentadbiran bandar yang lebih pintar, perkhidmatan awam dipertingkat, dan pembangunan industri.
  • Ketersambungan Merata: Turut dipamerkan untuk menonjolkan kuasa ketersambungan merata ialah CloudEngine16800suis pusat data dikuasakan AI pertama dunia. Ia meningkatkan kuasa pengkomputeran AI daripada 50% hingga 100%, meningkatkan storan data IOPS (Operasi Input/Output Sesaat) sebanyak 30%, dan memberikan kapasiti pensuisan yang melebihi purata industri sebanyak lima kali ganda. Satu lagi sorotan utama di kawasan ini ialah penyelesaian WLAN Wi-Fi 6 baharu, yang dinaik taraf untuk semua senario bagi tahun 2019. Penyelesaian Wi-Fi terpantas dalam industri termasuk Wi-Fi 6 AP komersial yang pertama di dunia dan portfolio produk Wi-Fi 6 yang paling komprehensif termasuk AP7650 (antena pintar) untuk pejabat, AP7060DN (kad IoT) untuk peruncitan dan AP8660 (frekuensi radio tiga kali ganda) untuk pendidikan. Ia telahpun digunakan di Biro Pendidikan Pudong Shanghai dan Kampus Pintar Tanpa Wayar Universiti Fudan di China.
  • Kecerdasan Pervasif: Kawasan ini akan mempamerkan bagaimana kamera siri X Huawei, iaitu Kamera Tentuan Perisian pertama dunia, memacu kecerdasan pervasif dengan menyokong definisi senario atas permintaan, kesedaran kendiri dan pembelajaran adaptif-senario. Kawasan ini turut mempamerkan strategi AI keseluruhan Huawei dan keupayaan AI bagi setiap produk termasuk pengkomputeran AI, pemproses AI siri Huawei Ascend dan komponen pengkomputeran heterogen utama. Kekuatan keupayaan AI Huawei diperlihatkan dari segi kepelbagaian aplikasi merentas industri bagi menangani pelbagai senario perniagaan.

Berganding bahu dengan Perintis Transformasi Digital

Huawei Enterprise mengundang pelanggan dan rakan kongsi daripada pelbagai industri untuk berkongsi amalan terbaik transformasi digital mereka. Dengan menawarkan pelbagai perspektif dan senario, Huawei Enterprise bermatlamat untuk membantu pelanggan membina asas yang tangkas dan pintar bagi menyertai revolusi perniagaan digital selain menginspirasi aplikasi industri baharu.

  • Logistik: DHL dan Huawei bersama-sama membangunkan Penyelesaian Logistik Pintar berbilang senario yang inovatif berdasarkan teknologi IoT Huawei, bagi meningkatkan kecekapan logistik, selain mempromosi dan merealisasikan transformasi untuk seluruh proses logistik.
  • Rel: Austrian Federal Railways (ÖBB) mengukuhkan kerjasamanya dengan Huawei, menawarkan perkhidmatan yang berkualiti lebih tinggi, lebih cekap dan sentiasa bertambah baik berdasarkan teknologi ketersambungan Huawei, menerajui pembangunan kereta api di Eropah.
  • Kewangan: Huawei dan DBS Bank mempercepatkan transformasi digital untuk industri perkhidmatan kewangan dengan memanfaatkan kecerdasan dan keupayaan data.
  • Penerbangan: Huawei dan Turkish Airlines menjadikan penerbangan lebih pintar dengan ketersambungan.
  • Bandar pintar: Huawei dan Sardinia di Itali menggunakan Platform Digital untuk memperkasa pembangunan bandar pintar.

Huawei Enterprise komited untuk membawakan infrastruktur digital kepada setiap organisasi demi dunia pintar yang terhubung sepenuhnya, termasuk dalam kerajaan dan sektor awam, perkhidmatan kewangan, tenaga, pengangkutan, pembuatan dan sektor-sektor lain. Kini, 211 daripada syarikat-syarikat Fortune Global 500 termasuk 48 daripada 100 terbaik dan lebih 700 bandar di seluruh dunia memilih Huawei Enterprise sebagai rakan kongsi mereka dalam transformasi digital.

Reruai pameran Huawei Enterprise terletak di C21 dan C31 di Dewan 7 Fira Gran Via. Untuk butiran lanjut tentang transformasi digital industri-industri, sila kunjungi http://carrier.huawei.com/en/events/mwc2019/huawei-digital-transformation-of-industries-summit 

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190225/2384761-1-a 
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190225/2384761-1-b

Source: Huawei
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment New products/services Trade show news