omniture

Huawei Siar Kertas Putih Ramalan Wi-Fi 6, Takrifkan Standard Baharu untuk Wi-Fi Perusahaan Berkualiti Tinggi

Huawei
2019-02-28 01:49 760

BARCELONA, Sepanyol, 28 Februari 2019 /PRNewswire/ -- Huawei menyiarkan kertas putih Unleashing the Power of Wi-Fi, Enterprise-Grade Wi-Fi 6 Forecast 2019-2023 (Mencetuskan Kuasa Wi-FI, Ramalan Wi-Fi 6 Gred-Perusahaan 2019-2023) semasa Kongres Dunia Mudah Alih (MWC2019) yang diadakan di Barcelona, Sepanyol. Berdasarkan standard, cip, terminal, peranti dan aplikasi, laporan ini menawarkan pertimbangan objektif tentang penggunaan komersial berskala tinggi Wi-Fi 6. Laporan ini turut menggabungkan pandangan-pandangan daripada organisasi-organisasi standard industri dan para penganalisis industri bagi menyimpulkan bahawa tahun 2019 akan menjadi tahun untuk Wi-Fi 6 dan Wi-Fi 6 akan digunakan oleh 90% perusahaan menjelang tahun 2023. Secara ringkasnya, Wi-Fi akan menjadi teknologi rangkaian asas yang menyokong pengeluaran profesional dan pendigitalan perkhidmatan.

Menurut kertas putih ini, dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang, teknologi-teknologi seperti Video Ultra HD 4K/8K, IoT, realiti maya (VR), realiti imbuhan (AR) dan kenderaan berpandu automatik (AGV) akan digunakan secara meluas dalam bidang pendidikan, perusahaan dan pengautomatan perindustrian. Kertas putih ini turut menekankan mengapa Wi-Fi 6 akan dapat memenuhi keperluan pembangunan masa depan dari segi lebar jalur, kependaman, kualiti sambungan, kecekapan transmisi dan pengurusan penggunaan kuasa terminal. Berdasarkan senario aplikasi sebenar pelanggan, kertas putih ini menganalisis secara komprehensif kesediaan rantaian industri Wi-Fi 6. Kertas putih ini menyatakan bahawa mana-mana perusahaan digital akan perlu memanfaatkan teknologi Wi-Fi 6 untuk membangunkan rangkaian berkualiti tinggi dengan lebar jalur yang tinggi, kependaman rendah dan keandalan tinggi – kesemuanya sambil memastikan ia kekal bebas-penyelenggaraan.

Wi-Fi Alliance® - sebuah organisasi industri Wi-Fi berwibawa bertaraf global - menakrifkan semula penamaan standard Wi-Fi pada bulan Oktober 2018, mengemukakan istilah generasi baharu dan nama Wi-Fi 6.

"Pembangunan masa depan industri Wi-Fi adalah menarik. Ia menjadi kewajipan kami, serta penghormatan buat kami untuk mempromosi pembangunan industri Wi-Fi bersama-sama Wi-Fi Alliance," kata En. Steven Zhao, Presiden Domain Rangkaian Kampus, Rangkaian Produk Komunikasi Data Huawei. "Rangkaian Wi-Fi menjadi bahagian penting dalam transformasi digital perusahaan. Walau bagaimanapun, rangkaian tanpa wayar perusahaan semasa berdepan dengan cabaran melibatkan pengalaman yang sedikit, O&M yang rumit dan tahap keselamatan yang rendah. Sebagai anggota dalam industri Wi-Fi, Huawei berharap dapat mempromosi pembangunan industri dengan menyiarkan kertas putih Mencetuskan Kuasa Wi-FI, Ramalan Wi-Fi 6 Gred-Perusahaan 2019-2023. Dengan cara ini, lebih banyak perusahaan dapat menggunakan Wi-Fi 6 untuk membangunkan rangkaian tanpa wayar berkualiti tinggi menerusi peluang paling awal dan menyokong perusahaan dalam menggunakan perkhidmatan yang lebih bersifat digital dan pintar."

"Tatkala Wi-Fi memasuki tahun ke-20nya, kami teruja untuk melihat penerimaan luas Wi-Fi 6 yang akan meningkatkan pengalaman pengguna Wi-Fi dengan mempertingkat prestasi, kapasiti dan liputan," kata Edgar Figueroa, presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Wi-Fi Alliance. "Wi-Fi Alliance akan melancarkan Wi-Fi CERTIFIED 6™ pada suku ketiga tahun 2019, memberi jaminan bahawa suatu peranti memenuhi standard kebolehoperasian dan keselamatan yang dipersetujui oleh industri."

Pada sidang akhbar ini, En. Zhou turut berkongsi amalan komersial Huawei dalam Wi-Fi 6. Pada tahun 2014, Huawei mengambil bahagian dalam penggubalan standard Wi-Fi generasi seterusnya ini. Dengan kakitangannya bertugas sebagai pengerusi kumpulan kerja standard IEEE 802.11ax, Huawei berganding bahu dengan ahli-ahli pasukan untuk mempromosi secara aktif penggubalan standard berkenaan. Bagi mendepani era Wi-Fi 6 baharu, Huawei merupakan vendor pertama yang melancarkan produk-produk Wi-Fi 6 untuk kegunaan komersial yang ditentusahkan oleh Tolly Group, sebuah organisasi ujian berwibawa peringkat antarabangsa. Laporan ujian Tolly membuktikan bahawa AP Wi-Fi Huawei memiliki prestasi tertinggi antara produk-produk Wi-Fi 6 yang telahpun ditentusahkan olehnya.

Muat turun laporan penuh di sini: 
https://e.huawei.com/en/products/enterprise-networking/wlan/wifi-6/industry-white-paper

Source: Huawei
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Survey, Polls & Research Trade show news