omniture

Huawei Lancar Ahli Baharu dalam Rangkaian Storan Kilat-Sepenuhnya OceanStor Dorado

Huawei
2019-02-28 21:44 787

Bawakan Kecekapan dan Prestasi Storan Kelas-Perusahaan untuk Senario Aplikasi Paling Mencabar

BARCELONA, Sepanyol, 28 Februari 2019 /PRNewswire/ -- Semasa MWC19, Huawei melancarkan sistem storan kilat-sepenuhnya aras-permulaan OceanStor Dorado3000 V3 dan storan kilat-sepenuhnya berkualiti sederhana dan berkualiti tinggi OceanStor Dorado Non-Volatile Memory Express (NVMe), dengan prestasi hebat, ciri-ciri kelas-perusahaan yang komprehensif dan berkecekapan tinggi. Sistem storan tersebut memenuhi keperluan pangkalan data, Infrastruktur Atas Meja Maya (VDI), Infrastruktur Pelayan Maya (VSI) dan senario-senario lain, seraya memudahkan pusat data pelanggan dalam sektor-sektor kewangan, pembuatan dan telekomunikasi untuk melangkah ke era kilat-sepenuhnya.

Penting untuk perusahaan memodenkan infrastruktur mereka dengan menerima pakai storan kilat-sepenuhnya yang dapat memenuhi keperluan perniagaan yang pantas berkembang. Sejak pelancaran siri storan kilat-sepenuhnya OceanStor Dorado V3 pada tahun 2016, storan kilat-sepenuhnya Huawei mengalami penerimaan pasaran yang meluas. Menurut statistik suku ketiga tahun 2018 daripada Gartner[1], Huawei mencapai kadar pertumbuhan pendapatan tertinggi dalam pasaran kilat-sepenuhnya secara global. Storan kilat-sepenuhnya berkualiti sederhana dan berkualiti tinggi OceanStor Dorado V3 daripada Huawei (termasuk OceanStor Dorado5000 V3, OceanStor Dorado6000 V3 dan OceanStor Dorado18000 V3) merupakan yang pertama dalam industri yang menyokong sepenuhnya seni bina NVMe. NVMe mendayakan komunikasi yang lebih pantas antara Pemacu Keadaan Pepejal (SSD) dan sistem hos serta menawarkan kependaman tajam yang berkurangan, yang memberikan perkhidmatan data berkualiti kepada pelanggan. Sebagai storan kilat-sepenuhnya yang terpantas, storan kilat-sepenuhnya berkualiti sederhana dan berkualiti tinggi OceanStor Dorado mencapai kependaman 0.3-milisaat yang utama dalam industri.

OceanStor Dorado3000 V3 yang dilancarkan hari ini memanfaatkan teknologi FlashLink® yang utama dalam industri bagi memastikan prestasi yang stabil meskipun semasa waktu puncak. Cip antara muka berbilang protokol pintar menyokong protokol-protokol 32 Gbit/s FC dan bahagian-depan 100GE yang utama dalam industri, manakala Pengawal Pengurusan Papan Dasar (BMC) pintar Huawei mengurus CPU, memori dan komponen-komponen lain dengan cara yang seragam bagi memendekkan masa pemulihan kesalahan daripada dua jam kepada sepuluh minit.

OceanStor Dorado3000 V3 dengan ciri-ciri kelas-perusahaan yang komprehensif menggunakan teknologi-teknologi pelanjutan hayat penstoran global dan anti-pelanjutan hayat penstoran berpaten Huawei bagi menjamin keandalan SSD yang mantap. Teknologi RAID-TP inovatifnya dapat bertoleransi terhadap kegagalan serentak pada tiga SSD. Penyelesaian aktif-aktif bebas-get-laluan memastikan ketersediaan sebanyak 99.9999 peratus. Selain itu, penyelesaian Pengurusan Data Tertumpu (CDM) membolehkan Pemulihan Bencana bebas-get-laluan didayakan awan dan sandaran, selain pemulihan perkhidmatan aras-minit pada awan. Ketersediaan perkhidmatan tinggi dijamin melalui pelbagai teknologi perlindungan keandalan.

OceanStor Dorado3000 V3 turut mengguna pakai teknologi nyahduplikasi dan mampatan sebaris yang utama dalam industri bagi mengurangkan kos penggunaan tenaga, penyejukan, pengurusan dan penyelenggaraan, mengurangkan OPEX keseluruhan sebanyak 65 peratus. Ini membolehkan pelanggan mengurangkan kos dengan ketara sambil menggunakan peranti secara meluas.

Selain itu, OceanStor Dorado3000 V3 serasi dengan lebih 300 peranti storan utama selain 98 peratus infrastruktur IT dalam industri, tanpa perlu menukar perkhidmatan sedia ada. Ia membantu mencapai penaiktarafan yang lancar, memudahkan O&M dan mempercepatkan transformasi pusat data.

William Dong, Pengarah Jabatan Pemasaran Pusat Data Perusahaan & Jualan Penyelesaian, Huawei Enterprise Business Group, berkata: "Huawei mempunyai pengalaman penyelidikan dan pembangunan (R&D) selama 17 tahun dalam teknologi storan. Kami memanfaatkan pengalaman luas ini untuk membangunkan OceanStor Dorado3000 V3 aras-permulaan, membolehkan perusahaan unutk mendapat manfaat daripada platform kilat-sepenuhnya pada titik masuk yang rendah tanpa perlu mengorbankan prestasi dan kebolehskalaan. Kami memanfaatkan storan kilat-sepenuhnya bagi membantu pelanggan dalam banyak industri untuk membina keupayaan storan data yang cekap dan akan terus menginovasi demi memenuhi keperluan storan mereka yang semakin meningkat."

Sumber 1: Gartner, Bahagian Pasaran, Sistem Storan Luaran, Semua Negara, Kemas Kini Suku Ketiga 2018

 

Source: Huawei
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Trade show news