omniture

Viettel perkenal penyelesaian teknologi bantu tingkatkan keselamatan dan pematuhan undang-undang industri makanan laut

Viettel Group
2019-03-01 18:54 2258

BARCELONA, Sepanyol, 1 Mac 2019  /PRNewswire/ -- Di Kongres Dunia Mudah Alih 2019, pengendali rangkaian mudah alih yang terbesar di Vietnam, Viettel Group memperkenalkan tiga penyelesaian teknologi baharu bagi membantu industri makanan laut menangani cabaran-cabaran yang dihadapi oleh mereka. Pada masa kini, nelayan berdepan dengan segala macam masalah dalam bidang kerja mereka termasuk cuaca yang tidak menentu dan undang-undang penangkapan ikan antarabangsa yang rumit.

Viettel perkenal penyelesaian teknologi bantu tingkatkan keselamatan dan pematuhan undang-undang industri makanan laut
Viettel perkenal penyelesaian teknologi bantu tingkatkan keselamatan dan pematuhan undang-undang industri makanan laut

Menggunakan teknologi dan daya kreativitinya, Viettel bermatlamat untuk membantu nelayan ini menyelesaikan masalah mereka menggunakan Alat Pengesanan-S, Sistem Pengenalpastian Automatik dan Penghantar Terima Komunikasi HF.

Alat Pengesanan-S menyediakan pengguna dengan kemas kini cuaca yang terkini untuk membantu nelayan mengelakkan cuaca buruk di samping menyampaikan amaran kepada kapal-kapal yang mungkin berdepan dengan bahaya. Data waktu nyata kapal akan turut direkodkan dan akan dihantar kepada pangkalannya pada setiap jam agar sekiranya kapal ini memasuki kawasan-kawasan larangan, amaran akan dihantar kepada anak kapal. Semua amaran yang diberikan kepada nelayan akan dirahsiakan.

Sementara itu, Sistem Pengenalpastian Automatik dapat mencegah sebarang perlanggaran yang mungkin berlaku menerusi sistem penggera berteknologi tinggi yang memberi amaran kepada anak kapal tentang sebarang perlanggaran dan amaran lintasan sempadan. Menggunakan antara muka yang praktikal dan mesra pengguna, sistem AIS juga dapat menggunakan satelit dan sambungan GSM untuk menyediakan maklumat tentang kapal dan mengeluarkan amaran. Sekiranya nelayan berada dalam bahaya, mereka akan berupaya menghantar isyarat SOS dari dalam kapal, manakala untuk produk-produk serupa yang lain yang terdapat dalam pasaran, anak kapal perlu berdiri di kawasan terbuka untuk menghantar isyarat.

Satu lagi alat yang diperkenalkan oleh Viettel ialah Penghantar Terima Komunikasi HF yang dilengkapi dengan teknologi Radio Tentuan Perisian (SDR) berasaskan cip berserta modul-modul GPS dan GSM/GPRS. Modul-modul ini membolehkan anak kapal untuk membuat panggilan pada kos yang lebih rendah berbanding produk-produk serupa yang lain yang terdapat dalam pasaran yang hanya menawarkan sambungan satelit. Walau bagaimanapun, sekiranya tiada penerimaan, alat canggih ini akan terus beroperasi - koordinat kapal tersebut akan dihantar ke pangkalan melalui HF atau gelombang satelit.

"Kami berharap dapat membawakan kebolehan Viettel untuk mengeluarkan alat penghantar gelombang pendek kepada pelanggan antarabangsa, yang mana produk-produk untuk nelayan hanyalah titik permulaan kerana di sebalik kejayaan pengeluaran produk-produk berkenaan, Viettel telah menguasai banyak teknologi teras seperti penghantar terima radio, penyulitan transmisi data, teknologi keselamatan," kata Nguyen Dinh Chien, Timbalan Ketua Pengarah Viettel Group.

Viettel berharap agar ketiga-tiga produk teknologi ini akan terlebih dahulu berupaya membantu lebih sejuta nelayan Vietnam dengan tugasan mereka di pesisir pantai dan tepian pantai. Menuju masa depan, Viettel akan membawa penyelesaian-penyelesaian ini kepada pasaran-pasaran sedang membangun yang telah mencapai kejayaan telekomunikasi penting sepanjang 10 tahun lalu termasuk Kemboja, Myanmar, Timor Timur dan Tanzania bagi membantu industri makanan laut meningkatkan tahap keselamatan dan pematuhan undang-undangnya.

Latar Belakang Viettel Group 

Viettel ialah Kumpulan Telekomunikasi dan Teknologi Maklumat yang terbesar di Vietnam - salah sebuah negara yang paling pesat berkembang dan dinamik di Asia. Syarikat menjadi salah satu daya penggerak di sebalik populariti mudah alih jalur lebar bukan sahaja di Vietnam, tetapi di 10 negara lain di dunia, termasuk negara-negara di Asia, Afrika dan juga Amerika. Viettel juga merupakan antara segelintir syarikat telekomunikasi di dunia yang terlibat dalam menyelidik dan mengeluarkan infrastruktur rangkaian telekomunikasi demi menjamin keselamatan dan sekuriti maklumat. Di Kongres Dunia Mudah Alih (MWC) 2019, Viettel menumpu pada penyelesaian untuk Infrastruktur Digital termasuk: Sistem Teras Paket Berkembang (EPC), Sistem Pengecasan Dalam Talian (OCS), Sistem Operasi Keselamatan Sistem Pengurusan Kempen, Geolokasi dan Transformasi Digital termasuk Tempat Letak Kereta Pintar, Pusat Operasi Pintar, sistem komunikasi untuk kapal-kapal.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190228/2388988-1

Source: Viettel Group
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Entertainment Maritime/Shipbuilding Radio Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Transportation New products/services Trade show news