omniture

HT-SAAE Bakal Pamer Modul PV Kecekapan Tinggi Berbilang Busbar Baharu di PV Expo Tokyo

HT-SAAE
2019-03-01 22:32 1814

TOKYO, 1 Mac 2019 /PRNewswire/ -- Shanghai Aerospace Automobile Electromechanical Co., Ltd (HT-SAAE atau "Syarikat") (600151.SH), pengeluar produk-produk fotovolta (PV) termaju yang terkemuka di dunia, akan mempamerkan barisan modul berkecekapan tinggi yang terkini di PV Expo, Tokyo mulai 27 Februari hingga 1 Mac.

HT-SAAE akan mempamerkan modul "Multiway Series" baharunya yang membawakan teknologi berbilang busbar (MBB) yang utama dalam Syarikat dan didatangkan dengan prestasi elektrik termaju dan risiko mikro-retak yang lebih rendah. Untuk modul 72-sel, output kuasanya boleh mencecah sehingga 400W.

"Kami teruja dengan peluang untuk mempamerkan modul-modul PV berkecekapan tinggi MBB baharu kami di PV Expo," kata Ruan Zhongli, Ketua Pegawai Eksekutif perniagaan PV HT-SAAE. "Kami telah membangunkan teknologi solar sejak tahun 1960-an dan melabur sebanyak RMB 60 juta (US$ 8.9 juta) setiap tahun dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D). Kami akan terus memanfaatkan pengalaman mendalam kami, selain keupayaan penyelidikan dan pengeluaran kami untuk memperkenalkan produk-produk yang lebih cekap bagi memenuhi keperluan pasaran."

Mr. Ruan Zhongli is making the introductions of the Multiway Modules to the customers
Mr. Ruan Zhongli is making the introductions of the Multiway Modules to the customers

Modul Multiway Series menampilkan reka bentuk cuci sendiri. Dalam usaha untuk membantu pengguna menjimatkan kos pembersihan, modul ini direka untuk mengurangkan bayang-bayang pada permukaan modul yang disebabkan oleh debu, hujan dan salji, yang dapat meningkatkan output penjanaan kuasa dan mengurangkan tirisan kuasa. Hasil daripada ketahanannya, modul ini boleh digunakan dalam pelbagai persekitaran alam sekitar, termasuk ladang solar dan bumbung biasa. Syarikat turut memperkenalkan modul-modul dwikaca bagi memenuhi keperluan ladang solar yang besar.

Ditubuhkan pada tahun 1998, HT-SAAE telah melakukan usaha-usaha untuk membangunkan dan mengeluarkan sel-sel solar, patrum bateri dan sistem "simpanan tenaga berserta fotovolta". Cawangannya di Jepun sudahpun beroperasi selama enam tahun untuk menawarkan perkhidmatan kepada pasaran tempatan. Syarikat mempunyai sejarah yang tercatat di PV Expo di Jepun, yang dahulunya pernah mempamerkan modul-modul jenis-N dan modul-modul PERC dalam acara pameran berkenaan masing-masing pada tahun 2015 dan 2017.

Bermula pada lewat tahun 1990-an, HT-SAAE melaksanakan lebih 600 projek PV dalam pasaran-pasaran domestik dan luar negara. Selama 20 tahun, modul-modul PV berprestasi tinggi yang dikeluarkan oleh HT-SAAE telah mendorong operasi mantap stesen-stesen janakuasa di serata dunia.

Latar Belakang HT-SAAE

Shanghai Aerospace Automobile Electromechanical Co., Ltd (HT-SAAE) ialah subsidiari China Aerospace Science and Technology Corporation (CASC), sebuah syarikat Fortune 500 Global. Ditubuhkan pada tahun 1998 dan disenarai awam dalam Bursa Saham Shanghai (600151.SH), ia menumpu terhadap PV tenaga baharu, komponen auto dan aplikasi bahan baharu. Pada tahun 1999, HT-SAAE melancarkan penggunaan komersial teknologi fotovolta. Setakat ini, syarikat telah membangunkan rantaian bekalan industri PV yang bersepadu sepenuhnya (silikon, wafer, sel solar, modul dan sistem PV) serta menyediakan produk-produk PV berkualiti tinggi kepada pasaran global. Pada tahun 2014, HT-SAAE tersenarai sebagai antara 10 Pembekal Modul PV Cina Terbaik dan selama tiga tahun berikutnya, syarikat diiktiraf sebagai Pengeluar Modul "Tahap 1" oleh Bloomberg New Energy Finance (BNEF).

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190228/2387702-1

 

Source: HT-SAAE
Related Stocks:
Shanghai:600151
Keywords: Oil/Energy Utilities New products/services Trade show news