omniture

PETRONAS Perkenal Jurutera Bendalir Litar Baharu untuk Formula 1 Susulan Carian Bakat Global

PETRONAS Lubricants International
2019-03-02 00:21 1830

BARCELONA, Sepanyol, 2 Mac 2019 /PRNewswire/ --

PETRONAS Lubricants International (PLI), subsidiari milik penuh PETRONAS, hari ini memperkenalkan Stephanie Travers sebagai calon berjaya susulan pencarian globalnya untuk Jurutera Bendalir Litar baharu.

generated by system

Travers yang berusia 24 tahun akan menyediakan Juara-juara Pengeluar Dunia F1 FIA sebanyak lima kali, Mercedes-AMG PETRONAS Motorsport , dengan suit komprehensif melibatkan perkhidmatan sokongan bendalir pada musim 2019.

Selepas lebih 7000 permohonan yang diterima, terdapat proses pemilihan lima peringkat yang ketat dijalankan, yang diakhiri dengan temuduga bersama Ketua Pegawai Eksekutif PLI Group, Giuseppe D'Arrigo.

"Kami berbesar hati untuk mengalu-alukan Stephanie ke dalam pasukan kami sebagai Jurutera Bendalir Litar PETRONAS (PTFE) baharu hari ini," kata D'Arrigo. "Stephanie akan bertugas pada setiap perlumbaan dalam Makmal Litar PETRONAS yang bergerak. Jurutera-jurutera ini menonjolkan kecemerlangan teknikal PETRONAS dalam Formula One serta komitmen syarikat untuk membina kumpulan bakat demi kemajuan teknologi bendalir kami dari trek-ke-jalan-raya. PETRONAS menggaji individu terbaik dan paling bijak dalam seluruh syarikat dan saya percaya bahawa set kemahiran, minat, keazaman dan sikap positif Stephanie akan menjadikan beliau sebagai penambahan hebat kepada pasukan kami."

Diperkenalkan oleh Pegawai Teknologi PLI Group, Eric Holthusen, di Circuit de Catalunya, Stephanie akan dibimbing oleh penjawat kini PTFE, Ahmad Nasri Mohd Shafie.

"PETRONAS telah memberi sumbangan besar kepada prestasi dan keandalan yang menjadi aspek utama kejayaan yang kami nikmati sepanjang lima musim yang lalu," kata Toto Wolff, Ketua Pasukan dan Ketua Pegawai Eksekutif Mercedes-AMG PETRONAS Motorsport.

"PETRONAS terus meninggikan standard sepanjang perkongsian selama sedekad kami, menyediakan kami dengan teknologi dan kepakaran teknikal demi memberikan kami kelebihan daya saing. Program Jurutera Bendalir Litar PETRONAS telah menjadi sebahagian daripada perkongsian kami sedari awal lagi; ia merupakan tonggak penting dalam pencarian kami terhadap prestasi dan keandalan. Dengan adanya jurutera bendalir dalam makmal di trek, memberi peluang kepada kami untuk menganalisis pelincir dengan pantas daripada kereta dan untuk bertindak balas kepada cabaran-cabaran berpotensi pada waktu nyata. Program ini turut menjadi aset hebat untuk mencari dan memupuk bakat dalam industri kami yang amat kompetitif dan saya yakin Stephanie akan dapat mengukuhkan lagi pasukan kami di trek. Selamat datang ke keluarga Mercedes-AMG PETRONAS Motorsport, Stephanie!"

Rakan kongsi teknikal sejak tahun 2010, PETRONAS bersama-sama merekayasa bahan api Primax PETRONAS, minyak enjin Syntium PETRONAS dan bendalir kotak gear Tutela PETRONAS, menerusi kerjasama erat bersama Mercedes-AMG PETRONAS Motorsport, Mercedes-AMG High Performance Powertrains (HPP) dan PETRONAS Fluid Technology Solutions™.

 

Source: PETRONAS Lubricants International
Keywords: Oil/Energy Utilities Personnel announcements