omniture

RCI Perluas Jaringan Tukaran Pemilikan Percutian Global dengan 40 Perkongsian Penggabungan Baharu dan 103 Pusat Peranginan Baharu

Penambahan 26 pusat peranginan Shell Vacations Club kepada portfolio gabungan RCI menambah destinasi baharu kepada ahli-ahli dalam jaringan tukaran pemilikan percutian terbesar dunia
RCI Asia Pacific
2019-03-04 11:51 1885

ORLANDO, Florida, 4 Mac 2019 /PRNewswire/ -- RCI, peneraju global pertukaran percutian sebagai sebahagian daripada Wyndham Destinations (NYSE:WYND), meneruskan pertumbuhan kukuhnya menerusi penambahan 103 hartanah baharu kepada jaringan pertukaran gabungannya semasa separuh kedua tahun 2018. Penggabungan baharu ini melibatkan pusat-pusat peranginan di Asia, Caribbean, Eropah, India, Amerika Latin dan Amerika Utara.

"Kami berkomitmen untuk menyediakan set pilihan pertukaran percutian yang paling luas kepada ahli-ahli kami," kata Fiona Downing, Naib Presiden Kanan, RCI. "Tahun lalu, kami menambah 172 hartanah bersekutu baharu kepada portfolio RCI, meningkat 22 peratus berbanding tahun 2017, dan atas sebab inilah kami terus menjadi pilihan pertama sebagai rakan kongsi tukaran untuk pusat peranginan bersekutu dan rakan kongsi percutian untuk ahli-ahli kami."

Pada 1 Januari, seramai 60,000 keluarga ahli di Shell Vacations Club menyertai jaringan RCI, menyediakan akses untuk pemilik-pemilik berkenaan kepada lebih 4,300 pusat peranginan bersekutu hampir di 110 negara.

"Saya berasa sukacita untuk mengalu-alukan ahli-ahli Shell Vacations Club ke dalam keluarga ahli RCI. Kami tahu mereka akan menghargai pilihan luas pusat peranginan percutian yang boleh mereka pilih dan pasukan kami akan menjadikannya mudah untuk mengubah impian perjalanan mereka menjadi kenangan yang dapat dihargai oleh mereka," kata Downing. "Penambahan 26 pusat peranginan Shell Vacations merentas pantai barat, Hawaii dan Mexico akan menyediakan lebih banyak peluang kepada 3.9 juta ahli pelanggan kami untuk meneroka dunia."

Portfolio pusat peranginan Shell Vacations termasuk hartanah-hartanah yang mendapat penilaian tertinggi seperti The Donatello di pusat bandar San Francisco dan dermaga Waikiki Marina Resort di Ilikai di Pantai Waikiki, Hawaii.

Pertumbuhan RCI wilayah Amerika Latin diteruskan di beberapa negara dalam pasaran berkualiti tinggi dengan penyertaan Grand Sirenis Punta Cana selain produk-produk inovatif seperti GrandLuxxe Jungle di Riviera Maya. 

Destinasi-destinasi baharu untuk ahli-ahli di Asia termasuk empat pusat peranginan daripada Riverside Group di China, yang menambah pengalaman percutian destinasi baharu dan menarik untuk ahli-ahli RCI. Dua hartanah Riverside di Haiyan, Zhejiang -- PCVP Resort Six Flags Theme Park Haiyan dan Wyndham Resort Six Flags Theme Park Haiyan – terletak dalam taman tema Six Flags yang diiktiraf di peringkat antarabangsa yang kini sedang dibangunkan. Dijadualkan dibuka pada pertengahan tahun 2020, pusat peranginan taman tema bersepadu ini direka dengan mengutamakan keluarga dan anak-anak kecil serta menawarkan tetamu-tetamu dengan masa bercuti yang berkualiti dan keseronokan bersama keluarga.

Semasa separuh kedua tahun lepas, RCI menambah 16 pusat peranginan di India termasuk lima pusat peranginan daripada Times Heaven Club di seluruh negara. Di Times Flute Boutique Hotel, tetamu-tetamu dapat menikmati pengalaman butik premium yang terletak di tengah-tengah Jaipur. Flute menawarkan tempat rehat yang tenang dengan keselesaan dan hospitaliti yang mana tradisi India dan perkhidmatan moden digabungkan. 

Di Eropah, RCI mengalu-alukan pusat peranginan Karma di Greece, Perancis dan Itali. Terletak di tengah-tengah kawasan luar bandar Tuscan, Karma Borgo di Colleoli ialah rumah manor bersejarah yang luas yang menerima nafas baharu kepada kehidupan sebagai pusat peranginan diberi nilai 5-bintang yang elegan dan mewah. Destinasi-destinasi pelancong utama Tuscany, termasuk Pisa dan Florence, terletak di kawasan jarak memandu yang berhampiran.

Program The Registry Collection®, program pertukaran mewah RCI, terus berkembang dengan penambahan Lanais di Mare daripada St. Clair Collection di San Juan, membawa tahap baharu kepada percutian di Puerto Rico. Turut serta dalam Koleksi berkenaan ialah Venezia Del Caribe Resort & Spa di Wyndham Grand Belize. Ini merupakan pusat peranginan dan spa menghadap pantai mewah diberi nilai 5-bintang yang pertama di pulau tersebut yang terletak berhadapan pantai bersih di utara San Pedro Town.

Untuk maklumat lanjut, layari kami di www.RCI.com atau www.RCIAffiliates.com.

Latar Belakang RCI

RCI ialah peneraju dunia bagi pertukaran percutian, menyediakan portfolio jenama-jenama yang unik. RCI merintis konsep pertukaran percutian pada tahun 1974, menawarkan ahli-ahlinya dengan kefleksibelan dan kepelbagaian yang dipertingkat menerusi pengalaman pemilikan percutian mereka. Hari ini, melalui program RCI Weeks®, sistem pertukaran minggu ke minggu dan program RCI Points®, iaitu sistem pertukaran mengikut mata peringkat global yang pertama dalam industri, RCI menawarkan kira-kira 3.9 juta ahli dengan akses kepada lebih 4,300 pusat peranginan bersekutu di 110 negara. Program pertukaran mewah RCI, program The Registry Collection® ialah program terbesar seumpamanya di dunia yang melibatkan kira-kira 200 hartanah bersekutu, sama ada boleh diakses sebagai pertukaran atau masih dalam proses pembangunan di enam benua. Portfolio jenama-jenama RCI juga melibatkan Love Home Swap, salah satu program pertukaran kediaman yang terbesar di dunia, DAE, syarikat pertukaran terus-kepada-ahli dan @Work International, penyedia utama bagi sistem pengurusan hartanah. RCI merupakan sebahagian daripada Wyndham Destinations (NYSE:WYND). Untuk maklumat tambahan sila layari pusat media kami atau rciaffiliates.com. RCI juga boleh ditemui melalui Facebook, YouTube dan Twitter.

Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20141219/8521407668LOGO

Source: RCI Asia Pacific
Related Stocks:
NYSE:WYN
Related Links:
Keywords: Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel Corporate Expansion New products/services