omniture

ZEE5 Perkukuh Kehadiran di Malaysia Bersama Celcom melalui Perkongsian Dengan Apigate

ZEE5
2019-03-06 11:07 860

KUALA LUMPUR, Malaysia, 6 Mac 2019/PRNewswire/ --

Himpunan lebih 100,000 jam kandungan berbilang bahasa ZEE5 bakal disediakan kepada pelanggan Celcom  

Dalam satu sidang akhbar yang diadakan di Kuala Lumpur hari ini, Archana Anand, Ketua Pegawai Perniagaan-ZEE5 Global, mengumumkan perkongsian ZEE5 dengan Celcom, pengendali telekomunikasi ulung dan paling berpengalaman di Malaysia.

generated by system

Perkongsian ini akan menyediakan pelanggan Celcom dengan mod pembayaran yang selamat dan mudah melalui API Pengebilan Pembawa Langsung Apigate, untuk melanggan himpunan kandungan beraneka ZEE5.

ZEE5, yang merupakan sebahagian daripada Zee Entertainment Enterprises Limited (ZEEL), menawarkan 100,000 jam Filem India, Rancangan TV, Berita, Video dan Rancangan Asal eksklusif dalam 12 bahasa termasuk Hindi, Bahasa Inggeris, Bengali, Punjabi, Malayalam, Tamil, Telugu, Kannada, Marathi, Oriya, Bhojpuri dan Gujarati. Ia turut menawarkan lebih 60 saluran TV Langsung yang popular termasuk saluran ZEE yang paling digemari.

Kolaborasi ini membawakan rangkaian kandungan menarik daripada ZEE5, termasuk Rancangan TV Tamil yang terkenal seperti Sembaruthi, Poove Poochoodava dan Yaaradi Nee Mohini, Rancangan Asal Tamil ZEE5 termasuk KallachirippuAmerica Mapillai dan D7 serta blokbuster terbaharu seperti Mersal dan Kalavu kepada pelanggan Celcom. Himpunan kandungan ini turut melibatkan blokbuster Bollywood seperti Kedarnath dan Veere Di Wedding serta Rancangan Asal alih suara seperti Abhay (Kunal Khemu), Final Call (Arjun Rampal) dan Rangbaaz (Saqib Saleem).

"Kami mempunyai rancangan pelancaran global yang amat agresif yang disusun untuk ZEE5 sepanjang fiskal berikutnya dan memastikan kami telah memeterai perkongsian yang paling relevan, merupakan elemen penting dalam rancangan tersebut. Malaysia ialah pasaran dengan tumpuan tinggi buat kami, dengan adanya afiniti yang luas untuk kandungan India dan Asia Selatan serta minat yang semakin meningkat terhadap kandungan video dalam talian. Tidak lama lagi kami akan melancarkan kandungan dalam bahasa-bahasa antarabangsa termasuk juga dalam Bahasa Melayu dan kami amat gembira dapat bekerjasama dengan pengendali tempatan yang utama seperti Celcom untuk bersama-sama meluaskan peluang dalam pasaran ini," kata Amit Goenka, Ketua Pegawai Eksekutif, ZEE International dan Z5 Global

"Tatkala kami meluaskan dengan pesat perkongsian kami di seluruh Dunia, kami berasa gembira untuk mengumumkan Celcom sebagai perkongsian pertama kami di rantau Asia Tenggara. Kami telahpun menyaksikan respons yang kukuh di Malaysia dan jalinan kerjasama dengan pengendali telekomunikasi yang utama seperti Celcom akan membolehkan kami meningkatkan tahap kesedaran dan akses kepada ZEE5 dalam kalangan kumpulan pelanggan luas mereka dengan pantas," tambah Archana Anand, Ketua Pegawai Perniagaan - ZEE5 Global.

Zoran Vasiljev, Ketua Pegawai Eksekutif, Apigate, berkata, "Penstriman Video dalam talian merupakan peluang yang berkembang pesat dan kami teruja untuk bekerjasama dengan platform yang pantas berkembang seperti ZEE5 bagi mendayakan peluasan global mereka bermula dengan Celcom di Malaysia."

Maklumat Perhubungan Akhbar:
Cik Rashmi Punshi
Rashmi.Punshi@zee.esselgroup.com 
+91-98202-98575

Source: ZEE5
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Film & Motion Picture Television Contracts