omniture

Anya Taylor-Joy, Wajah Wangian Baharu Viktor&Rolf Flowerbomb Midnight

Viktor&Rolf fragrances
2019-03-06 12:13 637

PARIS, 6 Mac 2019 /PRNewswire/ --

Viktor&Rolf perkenal perjalanan olfaktori baharu, bawakan Flowerbomb Midnight, letusan bunga-bunga yang sensual dan misteri, dipersembahkan oleh pelakon Anya Taylor-Joy.

Pada usia 22 tahun, pelakon baharu British- Argentina yang lahir di Amerika muncul dalam lima buah filem pada tahun 2019. Bermula dengan Glass, Radioactive, Playmobil: The Movie, Here Are The Young Men kepada terbitan turunan X-Men akan datang The New Mutants selain turut menyertai musim kelima Peaky Blinders dan turut meminjamkan suara untuk watak dalam Age of Resistance Netflix akan datang. Persembahan hebat beliau telah mempersiapkan beliau untuk mula beralih daripada pelakon muda baru muncul kepada bintang Hollywood.

generated by system

generated by system

generated by system

generated by system

"Anya Taylor-Joy merupakan lambang minyak wangi feminin baharu kami - beliau sekaligus bersifat sensual, misteri dan hebat serta berbilang dimensi yang unik," kata Viktor Horsting dan Rolf Snoeren.  

Dalam kempen Flowerbomb Midnight yang diambil gambarnya oleh Inez&Vinoodh, Taylor-Joy merupakan contoh tipikal dewi bunga yang moden dan diperkasa. Dari dalam botol Flowerbomb Midnight, pada mulanya beliau muncul berkelubung. Pada tengah malam, beliau mula menjelma: beliau menanggalkan busana yang garang bagi membebaskan diri, dalam letusan bunga Haute Couture satin hitam. Letusan moden kewanitaan, kempen ini berkisarkan elemen misteri dan ambivalens untuk menyerlahkan wanita yang memperkasa dirinya.

https://www.youtube.com/watch?v=7qv3rEtWhkw&list=PLUhbT_m7l43-IQXJD7EOuj7SBlP1ZHQAM&index=3&t=0s  

Seperti mana yang dikatakan oleh Taylor-Joy, "Saya dilahirkan dengan sedikit semangat yang membuak-buak dalam diri saya" - dan semangat ini dapat dirasakan dalam kempen Flowerbomb Midnight yang menggoda dan berkuasa. "Saya benar-benar berasa rendah diri dan seperti bermimpi ketika didatangi oleh Viktor&Rolf. Saya sangat mengagumi Viktor&Rolf menerusi kemahiran seni mereka dan saya berpendapat bahawa kami berkongsi nilai estetika yang sama – dan saya sememangnya sentiasa obses dengan minyak wangi."

Flowerbomb Midnight ialah penambahan serba baharu yang disruptif ke dalam rangkaian minyak wangi Viktor&Rolf. Dicipta secara berkumpulan oleh Viktor&Rolf dan empat pembuat minyak wangi yang ternama (IFF) - Dominique Ropion, Domitille Michalon-Bertier, Carlos Benaïm dan Fanny Bal - minyak wangi ini merupakan kombinasi berharga antara dua unsur berbeza yang diadunkan dengan lancar: Night-Blooming Jasmine Living™ yang misteri serta lapisan kedua Minyak Nilam and Kesturi. Apabila digabungkan, ia menghasilkan wangian yang penuh kemungkinan dan kontras. Di samping itu, elemen asas buah-buahan yang hebat iaitu unsur Buah Kismis Hitam dan Delima diperhebatkan dengan haruman utama berbunga-bunga yang menggembirakan didominasi oleh Night-Blooming Jasmine Living™. Bergamot menambah elemen asas yang segar dan penuh rasa yang dipertingkat oleh Lada Biji Merah Jambu yang pedas dan beraroma. Unsur Pralin, unsur lembut Pokok Nilam, Vanila dan adunan Kesturi Putih berserbuk diadunkan menjadi jejak berpanjangan.

Haruman Flowerbomb Midnight terkandung dalam bekas kaca berlian berwarna hitam yang berharga dan ultra-moden. Botol ini mempunyai bentuk bersegi-segi yang garang dan hebat, dihasilkan secara unik dalam lakuer metalik hitam bertekstur mendalam.

Source: Viktor&Rolf fragrances
Keywords: Cosmetics & Personal Care Fashion Household/Consumer/Cosmetics Retail