SHANGHAI, 7 Mac 2019 /PRNewswire/ -- Dalam masa kurang daripada dua minggu, Ekspo Dunia Perkakas & Barangan Elektronik 2019 (AWE2019) tahunan, dianjurkan oleh Persatuan Perkakas Elektrik Rumah China, akan dipentaskan di Pusat Ekspo Antarabangsa Baharu Shanghai antara 14-17 Mac 2019.
Rancangan untuk aktiviti-aktiviti AWE 2019 adalah seperti berikut:
GTIC 2019 | Persidangan Inovasi Teknologi Global ke-5 mengenai Cip AI, dianjurkan bersama-sama Persatuan Perkakas Elektrik Rumah China, akan menumpu pada ekologi, seni bina dan aplikasi. Pemimpin-pemimpin berkaitan daripada Persatuan Industri Semikonduktor China akan diundang, manakala syarikat-syarikat terkemuka seperti Intel, Qualcomm, Baidu, Huawei, Synopsys dan Haier akan turut menghadiri forum berkenaan untuk berkongsi kajian terkini dan kejayaan mereka dalam cip AI.
Di AWE2019, pihak penganjur akan terus menganjurkan Forum Hiasan Halus Hartanah China -- Sidang Kemuncak Dapur Moden, yang diadakan bersama-sama Persatuan Perkakas Elektrik Rumah China, Persatuan Hartanah China dan Persatuan untuk Dapur Moden Jerman. Di acara tersebut, 100 Kumpulan Belian Hartanah Terkemuka akan diundang untuk mengambil bahagian dalam sidang kemuncak tersebut untuk mendapatkan pemahaman menyeluruh tentang perubahan besar dalam industri perkakas rumah dan industri hartanah yang disebabkan oleh peningkatan penggunaan pada tahun 2019.
Hari Media Global juga akan dianjurkan di AWE2019 pada 14 Mac, termasuk lawatan untuk delegasi media antarabangsa sepanjang hari tersebut. Semasa persediaan untuk AWE2019, pelbagai tumpuan media dan laporan tentang AWE muncul di luar negara. Pada Hari Media Global, Persatuan Perkakas Elektrik Rumah China akan mengkaji keadaan keseluruhan dan trend dalam industri perkakas rumah China serta mendedahkan tentang persediaan dan penampilan untuk AWE2019. Lawatan Media Global di sekitar ruang acara yang hebat itu akan menyusul selepas acara berkenaan berlangsung.
Pihak-pihak yang berminat boleh memohon untuk mendapatkan tiket percuma di awe.com.cn