GUANGZHOU, China, 7 Mac 2019 /PRNewswire/ -- Tatkala tirai dilabuhkan untuk Prolight + Sound Guangzhou 2019 (PLSG), pihak penganjur acara mengumumkan catatan rekod baharu dengan seramai 1,353 pempamer yang berbondong-bondong ke acara ini dari 25 negara dan wilayah, berserta 81,154 pengunjung profesional (meningkat 7%) dari seluruh rantaian industri lampu profesional, audio, pengurusan acara, reka bentuk pentas, penyepaduan sistem dan teknologi AV. Digabungkan dengan seluruh kawasan pameran berkeluasan lebih 130,000 meter persegi, ini menjadi edisi PLSG yang terbesar seumpamanya setakat ini.
Cik Judy Cheung, Timbalan Pengurus Besar bagi penganjur Messe Frankfurt (HK) Ltd, berasa gembira dengan jumlah hadirin: "PLSG komited untuk menyokong pembangunan industri dengan menawarkan platform perniagaan dan pertukaran maklumat kelas pertama untuk sektor hiburan. Kami inginkan agar pameran pempamer dan acara sampingan kami selari dengan trend-trend yang semakin berkembang dalam teknologi media dan penyepaduan sistem. Kami berbangga kerana berupaya menghimpunkan begitu banyak peluang kesemuanya di bawah satu bumbung."
Cukup menggembirakan peserta adalah, banyak jenama audio dan lampu profesional yang utama boleh didapati di seluruh dewan, termasuk Adamson, AKG, Antari, APG, Art Sound, Asystems, Audinate, Audio-technica, Beta Three, Beyma, BIK, BMB, Boray, Bosch, Bose, Broad Future, Celestion, Charming, DAS, Colour Imagination, CD-Stage, d&b Audiotechnik, db Technologies, DMT, Eagle, EM Acoustics, Ezpro, Faitalpro, Fane, FBT, Fidek, Fine Art, Funktion-one, Gonsin, Haimei, Harman International, Hivi, HTDZ, IAG, ITC, Klotz, Konig & Meyer, Kvant, Laserworld, Lavoce, Lewitt, Longjoin, Mascot, Meyer Sound, Mipro, Mode, Montarbo, Nan Yi, Nexo, Nightsun, Pangolin, PCI, Phoenix, Plustruss, Polarlights, QSC, Rainbow, RCF, Redx, Ruisheng, SAE, SE Audiotechnik, Sennheiser, Seikaku, Showven, Shure, Soundking, ST Audio, Star-net, SWS, Taiden, Takstar, Tendzone, Thunderstone, TOA, Top Plot, TW Audio, Viashow, Vue Audiotechnik, Yamaha, Yes-tech dan banyak lagi.
Kejayaan pameran dan penonjolan jenama global yang meningkat diperlihatkan dengan jelas di kawasan pameran ini. Ia menjadi peluang untuk jenama-jenama mempamerkan inovasi terkini mereka ke wilayah tersebut buat julung kalinya pada tahun 2019, yang kebanyakannya disediakan khusus untuk pasaran Cina. Kawasan pameran acara ini dipersembahkan di bawah susunan baharu tahun ini, dengan dewan-dewan 'Sistem dan Penyelesaian Media' serta 'Komunikasi dan Persidangan' di bawah dewan-dewan Nama Jenama Audio acara ini menerima pujian tinggi.
Hadirin dan penceramah menekankan betapa setiap acara dalam program sampingan menawarkan pertukaran maklumat, perangkaian dan peluang pendidikan berharga yang memberi dimensi tambahan kepada tawaran daripada PLSG. Rangkaian audio digital khususnya banyak dibincangkan, termasuk perbincangan panel tentang AVIT yang habis terjual tiketnya dan bagaimana penyelesaian kecerdasan buatan (AI) boleh mempengaruhi pasaran, selain kursus-kursus Pensijilan Dante yang muncul kembali.
Sementara itu, paparan multimedia interaktif pertama dalam PLSG, Kawasan Lampu dan Seni, menerima kehadiran yang memberangsangkan dengan ramainya pengunjung profesional dan penggerak baharu industri daripada sektor hiburan, kreatif media dan reka bentuk pentas. Kawasan tersebut diwujudkan bagi mempamerkan teknologi media baharu yang berkaitan dengan pemetaan 3D, jentera pentas, pemasangan lampu, seni media baharu, inovasi teknologi pentas dan banyak lagi. Dibangunkan dengan kerjasama syarikat gergasi media Cina Visual Jockey, ia membawakan sejumlah 18 jenama visual dan paparan profesional termasuk Epson, Hecoos, Music Trick Lighting, X Color dan banyak lagi yang mendemonstrasikan sistem penayang dan paparan terkini mereka serta sibuk dengan pengunjung-pengunjung yang tertarik sepanjang acara tersebut berlangsung.
Testimoni peserta: https://prolight-sound-guangzhou.hk.messefrankfurt.com/guangzhou/en/press/press-releases/2019/plsg19-fr.html
Edisi 2020 Prolight + Sound Guangzhou bakal diadakan mulai 19-22 Februari 2020 di Kawasan A dan B, Kompleks Pameran Import dan Eksport China di Guangzhou, China. Untuk butiran, kunjungi www.prolightsound-guangzhou.com.
Media sosial:
Facebook: Prolight and Sound China
LinkedIn: Prolight and Sound China