omniture

Pameran seni dalam talian China "Memory Of Aesthetic Yunnan" tonjol seni misteri Yunnan kepada orang ramai

The Information Office of Yunnan Provincial Government
2019-03-08 12:58 2059

KUNMING, China, 8 Mac 2019 /PRNewswire/ -- Diarahkan oleh Pejabat Maklumat Kerajaan Wilayah Yunnan pameran seni dalam talian, "Memory Of Aesthetic Yunnan" ("Memori Yunnan Estetik") dilancarkan secara rasmi pada Februari 2019, menonjolkan seni Yunnan yang misteri kepada orang ramai di seluruh dunia. Terdapat lebih 30 hasil pameran seni termasuk tarian, muzik, masakan, kraftangan dan fotografi alam semula jadi serta budaya. Karya seni ini turut dimuat naik ke Facebook, Twitter, LinkedIn, YouTube, Google Plus dan Reddit. Log masuk ke platform-platform di atas dan ikuti halaman "NO.1". Orang ramai dapat menikmati karya seni daripada Yunnan secara dalam talian dan menghargai kecantikan tanpa kesudahan sifat-sifat budaya golongan minoriti etnik China ini.

 

Yunnan sama seperti taman botani, khazanah ekologi mengagumkan di China. Di sini terdapatnya lautan bunga, pusat muzik, syurga tarian dan taman kayangan hidangan masakan; di sini merupakan sebuah negeri yang sentiasa menyebarkan haruman seni. Saban tahun, puluhan ribu jurugambar datang ke sini untuk mengambil gambar tanah merah, teres, lautan bunga, hutan hujan tropika dan langit penuh bintang pada jarak dekat. Tarian merak Yunnan, Festival Menyimbah-Air penduduk Dai dan Pesta Obor penduduk Yi terkenal di seluruh dunia. Muzik purba Yunnan, hulusi (seruling yang diperbuat daripada cucurbit) dan sanxian (alat muzik tiga tali yang dipetik) menyumbang kepada melodi purba dan merdu kepada dunia. Hidangan masakan di sini, seperti ayam kukus periuk, teh Pu'er, kek bunga dan kopi Arabica Yunnan, memperoleh reputasi seluruh dunia. Kraftangan di sini, seperti payung kertas minyak, loceng angin, broked, ikat celup dan sulaman, bermegah dengan kepelbagaian yang beraneka dan keindahan yang mempesonakan.

Halaman rasmi Facebook bagi pameran seni dalam talian China “Memory Of Aesthetic Yunnan”
Halaman rasmi Facebook bagi pameran seni dalam talian China “Memory Of Aesthetic Yunnan”

100 tahun lalu, Keretapi Api Yunnan-Vietnam membuka pintu masuk ke kawasan misteri ini. 100 tahun kemudian, inisiatif Jalur dan Jalan membawakan Yunnan baharu yang terbuka kepada dunia. Keindahannya telah menambat hati semua. Rakamkan karya seni dari Yunnan dan sebarkan aspirasi asal budaya Yunnan. Terdapat puisi yang mengasyikkan iaitu Yunnan yang berwarna warni. Selamat datang ke pameran seni dalam talian "Memory Of Aesthetic Yunnan".

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190307/2396425-1
Video - https://cdn4.prnasia.com/002071/mnr/201903/yunnan/video.mp4

Source: The Information Office of Yunnan Provincial Government
Keywords: Travel New products/services