omniture

LONGi Lancar Loji Modul Mono 5GW Baharu dan Tingkatkan Kapasiti Bekalan

LONGi Solar
2019-03-08 14:43 2237

CHUZHOU, China, 8 Mac 2019 /PRNewswire/ -- LONGi Solar, pembekal global yang terkemuka bagi produk monohabluran solar, mengumumkan pentauliahan untuk kilang modul monohabluran berkecekapan tinggi 5GW di Chuzhou, Anhui, China. Ini merupakan satu lagi langkah ke hadapan dalam usaha penambahbaikan syarikat terhadap kapasiti modul monohabluran berkecekapan tingginya bagi memenuhi peningkatan permintaan global untuk produk-produk berkecekapan tinggi.

LONGi Launches New 5GW Mono Module Plant
LONGi Launches New 5GW Mono Module Plant

Kilang LONGi Chuzhou 5GW, dengan jumlah pelaburan kira-kira sebanyak USD 328 juta, memecah tanah pada Mei 2018. Kontrak, pembinaan dan pentauliahan diselesaikan pada tahun yang sama. Dengan peralatan yang canggih, teknologi dan tertib pengeluaran yang automatik sepenuhnya, kilang ini mengeluarkan modul-modul berkecekapan tinggi, termasuk modul PERC potongan separuh mono dwimuka Hi-MO3 inovatif dan produk-produk generasi seterusnya yang lain yang memenuhi permintaan terhadap produk-produk tinggi kecekapan, tinggi keandalan dan tinggi hasil.

Selepas penempahan peralatan, peningkatan kapasiti, penstabilan kecekapan dan pemuktamadan kerja, kilang LONGi Chuzhou memperkenalkan modul pertamanya pada Januari 2019. Hari ini, projek Fasa 1 dengan kapasiti 2.5GW sedang rancak beroperasi, mengeluarkan modul-modul untuk pelanggan global. Projek fasa 2 berada dalam peringkat penempahan dan akan memulakan proses pengeluaran sepenuhnya dalam masa terdekat.

Sejak dua tahun lalu, PERC mono diperakui dan diiktiraf dalam pasaran modul PV global. Teknologi PERC berkecekapan tinggi terus meningkatkan output kuasa dan mengurangkan kos BOS dengan berkesan. Dengan penambahan teknologi dwimuka, ia dapat melanjutkan kelebihan PERC monohabluran ke sisi belakang modul bagi meningkatkan kapasiti penjanaan kuasa. Pada masa kini, kapasiti sel dan modul monohabluran LONGi kesemuanya PERC, mengeluarkan produk-produk monomuka dan dwimuka. 

Li Wenxue, Presiden LONGi Solar, berkata, "Pada tahun 2019, syarikat kami mengenal pasti adanya jurang antara pesanan global yang pantas berkembang dan kapasiti sel serta modul kami yang berkecekapan tinggi. Kilang LONGi Chuzhou akan merapatkan jurang ini dengan ketara. Selain pembuatan, kilang ini akan turut memudahkan transformasi pencapaian teknologi dan teknikal untuk pengeluaran besar-besaran produk-produk baharu."

LONGi turut mengumumkan bahawa ia memajukan rancangan peluasan kapasiti jongkong dan wafer silikon monohabluran 45GW untuk tahun 2020 dan menyesuaikan kapasiti sel dan modul mengikut permintaan pasaran. Sebagai peneraju global bagi teknologi monohabluran solar, LONGi akan terus melabur dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta mengekalkan kepimpinan produk dan teknologi dan juga mempercepatkan wawasan pariti grid seluruh dunia.

Latar Belakang LONGi:

Ditubuhkan pada tahun 2000 dan tersenarai dalam Bursa Saham Shanghai pada tahun 2012, LONGi ialah pengeluar yang terbesar di dunia bagi wafer, sel dan modul silikon monohabluran solar dengan rantaian perindustriannya berada di serata dunia. LONGi merancang kapasiti pengeluaran 28GW untuk wafer silikon monohabluran dan kapasiti 12GW untuk modul monohabluran menjelang akhir tahun 2018 dan berharap dapat menambah kapasiti wafer silikon monohabluran kepada 45 GW menjelang tahun 2020. LONGi menyumbang sebanyak 38% daripada kapasiti wafer silikon monohabluran global dan menduduki tempat keempat bagi penghantaran modul global pada tahun 2018. Ia berada di kedudukan No.1 bagi penghantaran modul monohabluran global pada tahun 2016, 2017 dan 2018 untuk tiga tahun berturut-turut.

Photo - https://photos.prnasia.com/prnh/20190308/2396488-1  
Photo - https://photos.prnasia.com/prnh/20181108/2292512-1-LOGO

Source: LONGi Solar
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Corporate Expansion New products/services