omniture

Syarikat Barangan Pengguna Catat 'Peningkatan Ketara' dalam Menyokong Kehidupan Lebih Sihat, Menurut Data Baharu

The Consumer Goods Forum
2019-03-09 02:52 1526
  • Penyertaan peruncit dan pengilang barangan pengguna dalam program bank makanan dan sekolah terus meningkat.
  • 320,000 produk telah dirumus semula bagi mengurangkan paras gula dan garam, serta lain-lain, sejak tinjauan bermula pada tahun 2015.
  • Sebahagian 2,000,000 kakitangan kini terlibat dalam program kesihatan dan kesejahteraan yang diterajui syarikat.

PARIS, 9 Mac 2019 /PRNewswire/ -- Forum Barangan Pengguna (The Consumer Goods Forum, CGF) hari ini menerbitkan keputusan terkini daripada tinjauan globalnya yang melihat pada setakat mana peruncit dan pengilang barangan pengguna membantu memperkasa pengguna yang lebih sihat di seluruh dunia. Data daripada Laporan Kemajuan Kesihatan & Kesejahteraan 2019, yang dibangunkan bersama-sama dengan Deloitte, membuktikan kemajuan yang baik dalam semua kategori dan peningkatan ketara dalam pencapaian semua komitmen Kesihatan & Kesejahteraan CGF.

Ini merupakan edisi kelima laporan yang mengukur kemajuan resolusi dan komitmen CGF. Hasil keputusan lima tahun membuktikan bahawa ahli CGF telah memenuhi jangkaan pengguna dan menunaikan cita-cita industri untuk memperkasakan pengguna bagi menikmati kehidupan yang lebih sihat. Secara lebih khusus, data tahun 2018 menunjukkan:

  • 98% daripada syarikat telah melaporkan perumusan semula sekurang-kurangnya pada beberapa bahagian portfolio produk mereka untuk diselaraskan dengan dasar kesihatan dan kesejahteraan. Sejak tahun 2015, lebih 320,000 produk telah dirumus semula.
  • Lebih 70% daripada syarikat telah melaporkan perumusan semula garam dan gula dalam produk mereka.
  • 84% daripada syarikat telah melaporkan bahawa produk penjagaan diri dan kebersihan mereka memaparkan penggunaan produk yang jelas mengenai pembungkusan.
  • Hampir dua juta kakitangan telah mengambil bahagian dalam inisiatif kesihatan dan kesejahteraan pada tahun 2018 berbanding 1.6 juta pada tahun 2017 dan 1.3 juta pada tahun 2016.
  • 61% telah mengambil bahagian dalam program bank makanan (hampir 93,000 tan makanan disumbang).
  • Perkongsian dengan pihak berkuasa pendidikan mengenai inisiatif kesihatan dan kesejahteraan untuk lebih 550,000 buah sekolah.

Diinspirasikan oleh komitmen ahli CGF untuk menjadi sebahagian daripada penyelesaian kepada cabaran kesihatan dan gaya hidup terbesar hari ini, inisiatif yang didorong oleh ahli ini ditaja bersama di peringkat Lembaga CGF oleh CEO Nestlé dan Ahold Delhaize serta dipengerusikan bersama di peringkat Jawatankuasa Pemandu oleh Danone dan Walmart. Sepanjang beberapa tahun yang lalu, ia telah disokong oleh beberapa jenama dan peruncit produk pengguna terbesar di dunia. 75 ahli CGF menjawab tinjauan kali ini.

Sharon Bligh, Pengarah, Kesihatan & Kesejahteraan di Forum Barangan Pengguna, menyatakan, "Kami telah melangkah sejauh ini sejak tinjauan ini bermula lima tahun yang lalu, namun, tugas kami masih belum selesai dan masih banyak perkara yang perlu dilakukan. Hebat untuk melihat bagaimana, dalam komuniti di mana ahli kami bekerja dan menetap, syarikat dan warga kerja mereka menitikberatkan isu kesihatan dan kesejahteraan berbanding sebelumnya. Ia membuktikan bahawa apabila kami beralih kepada rancangan lima tahun kami yang akan datang, tindakan usaha sama akan terus menjadi daya penggerak untuk kebaikan dan komponen penting memacu perubahan positif pada skala yang disasarkan. Pengguna dan kakitangan kami mahu diperkasa untuk membawa perubahan kepada kesihatan dan kesejahteraan mereka, jadi mereka boleh menikmati kehidupan yang lebih sihat dan lebih banyak gaya hidup aktif bagi tempoh yang lebih lama. Orang menginginkan perubahan dan kami mengakui peranan industri kami dalam mencegah penyakit dan juga memperkasa orang ramai menjalani kehidupan yang lebih sihat".

Edisi terkini tinjauan ini akan menamatkan strategi lima tahun permulaan CGF mengenai kesihatan dan kesejahteraan. Sebagai sebahagian daripada rancangan lima tahun yang akan datang, tumpuan kini akan beralih kepada inisiatif perdana pasukan iaitu 'Kerjasama untuk Kehidupan Lebih Sihat' (Collaboration for Healthier Lives, CHL). Melalui kerjasama, ahli CGF akan menguji pendekatan baharu dan berkongsi amalan terbaik dalam mendorong tingkah laku warga kerja kepada amalan yang lebih sihat. Ahli CGF mengakui potensi yang sangat besar bagi inisiatif berasaskan komuniti dan keperluan untuk ketelusan yang lebih tinggi untuk menyampaikan perubahan tingkah laku yang bermakna, gerakan yang disokong oleh data tinjauan yang dikumpul sepanjang beberapa tahun yang lalu.

-- Tamat --

Mengenai Forum Barangan Pengguna

Forum Barangan Pengguna ("The Consumer Goods Forum, CGF") ialah sebuah rangkaian industri global berasaskan pariti yang didorong oleh ahlinya bagi menggalakkan penerimaan amalan dan standard global yang mengendalikan industri barangan pengguna di seluruh dunia. Ia menyatukan CEO dan pengurusan kanan sebahagian 400 peruncit, pengilang, pembekal perkhidmatan dan pihak berkepentingan lain merentasi 70 buah negara dan ia mencerminkan kepelbagaian industri dari segi geografi, saiz, kategori dan format produk. Syarikat ahlinya merekodkan gabungan jualan sebanyak EUR 3.5 trilion dan secara langsung menggaji hampir 10 juta pekerja, dengan 90 juta selanjutnya kerja berkaitan yang dianggarkan di sepanjang rantaian nilai. Ia ditadbir oleh Lembaga Pengarahnya, yang terdiri daripada lebih 50 pengilang dan CEO peruncit. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila lawati: www.theconsumergoodsforum.com.

Source: The Consumer Goods Forum
Keywords: Food/Beverages Health Care/Hospital Survey, Polls & Research