omniture

Penanggung Insurans Cina Tahap Satu Berjaya Lancar Sistem Teras Generasi Seterusnya Berdasarkan eBaoCloud InsureMO sebagai Perisian Tengah

eBaoTech
2019-03-11 10:14 1488

SHANGHAI, 11 Mac 2019 /PRNewswire/ -- China Continent Insurance Co., Ltd. (CCIC) baru-baru ini mengumumkan kejayaan pelancaran Sistem Teras generasi seterusnya yang dibangunkan dengan memanfaatkan eBaoCloud® InsureMO® sebagai perisian tengah. Dengan pendapatan premium tahunan sebanyak US$6.2 bilion pada tahun 2018 dan menduduki kedudukan kelima di China, secara globalnya CCIC berkemungkinan merupakan penyedia insurans besar pertama yang mempunyai kesemua jenis perniagaan insurans bagi menjalankan perniagaannya dalam sistem teras berdasarkan seni bina mikroservis dan natif awan, dikuasakan oleh perisian tengah insurans yang tersedia secara komersial. Sistem teras baharu ini mengambil masa yang amat sedikit untuk dibangunkan lantaran kematangan dan keanekaan InsureMO yang menyediakan kesemua mikroservis yang diperlukan untuk semua produk insurans utama bagi tujuan fungsi jualan dan perkhidmatan. Semua antara muka dan aliran kerja kakitangan dalaman, selain platform Open API yang berkuasa untuk ketersambungan ekosistem besar-besaran dibangunkan dengan meminta set komprehensif API daripada eBaoCloud InsureMO. Ini merupakan suatu pendekatan serba baharu untuk membangunkan sistem insurans teras ini yang membolehkan inovasi insurans berlaku dengan lebih pantas, lebih murah dan dibuat dengan lebih disesuaikan tanpa perlu mencipta semula kitaran API insurans asas.    

Setelah beberapa bulan menjalani proses jalanan pengeluaran, sistem teras baharu ini menyokong dengan baik perniagaan CCIC dan membawakan faedah-faedahnya. Kini, sistem ini menyokong kesemua jenis perniagaan di CCIC menerusi lebih 200 produk insurans, bermula dengan jenis pengguna, PKS kepada jenis komersial, termasuk Auto, Kediaman, A&H, Kargo, Hartanah Perusahaan, Kejuruteraan, Pertanian, Liabiliti dan lain-lain. Sistem teras baharu ini membolehkan pelancaran produk baharu dan sambungan saluran dibuat dalam tempoh beberapa hari dan bukannya beberapa bulan. Ia juga membolehkan CCIC menangani perubahan jumlah transaksi yang drastik pada waktu nyata berdasarkan seni bina teragih natif awannya. Seni bina mikroservis juga membolehkan CCIC melancarkan ciri-ciri baharu dengan lebih pantas berbanding perisian perusahaan tradisional memandangkan setiap mikroservis sama sekali dipisahkan daripada yang lain agar kesan silang sebarang ciri-ciri baharu tidak perlu terlalu dibimbangkan.

En. Chen Yong, Presiden CCIC, berkata, "Kemunculan teknologi pintar generasi seterusnya memberi kesan utama kepada ekonomi global dan penting untuk syarikat-syarikat insurans menyesuaikan syarikat-syarikat mereka terhadap perubahan ini. Agar seiring dengan zaman, China Continent Insurance membangunkan sistem perniagaan teras generasi seterusnya yang bertaraf dunia bagi memberikan penambahbaikan 'disruptif' dalam kapasiti pengurusan dan kualiti perkhidmatan. Menuju masa depan, syarikat akan menggunakan teknologi untuk menyediakan pengguna dengan perkhidmatan lebih baik dan mendorong pembangunan pasaran insurans yang berkualiti tinggi ke arah hasil yang saling menguntungkan untuk pengguna, syarikat insurans, rakan kongsi dan industri ini secara keseluruhannya."

""Kejayaan pelancaran pengeluaran untuk sistem teras natif awan berasaskan mikroservis ini di CCIC menonjolkan dua perkara penting: pertama, seni bina natif awan dan mikroservis kini cukup matang untuk menyokong semua jenis perniagaan insurans melalui kitar hayat penuh jualan dan perkhidmatan polisi; kedua, dengan eBaoCloud InsureMO sebagai perisian tengah insurans, syarikat-syarikat insurans seluruh dunia kini dapat membangunkan sistem teras generasi seterusnya yang dapat memenuhi keperluan unik mereka sendiri, sekaligus mengelakkan daripada mencipta semula kitar elemen insurans asas," tambah Woody Mo, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif eBaoTech Corporation. "eBaoCloud InsureMO disasarkan sebagai perisian tengah insurans selain hab ketersambungan bagi menyediakan satu platform sehenti untuk inovasi waktu nyata oleh penanggung insurans, saluran, afiniti digital baharu dan syarikat teknologi insurans serta vendor teknologi yang lain. Ia juga dapat digunakan untuk membangunkan sistem teras berciri penuh untuk penanggung-penanggung insurans terbesar di dunia menerusi kesemua jenis produk insurans. Tahun-tahun mendatang akan membawa perubahan asas dari segi bagaimana industri insurans menerima pakai teknologi. Saat yang amat mengujakan kian tiba. eBaoTech bermatlamat untuk menjadi pendorong utama bagi revolusi hebat ini! eBaoTech terhutang budi kepada CCIC atas peluang perkongsian ini bagi menjadikan revolusi ini suatu kenyataan! Kami berbangga dengan kejayaan bersejarah ini!"

Latar Belakang China Continent Insurance Co.
China Continent Insurance Co., Ltd. ialah penanggung insurans harta dan kemalangan negara yang ditubuhkan dengan mendapat kelulusan daripada Majlis Negeri dan Suruhanjaya Kawal Selia Insurans China. Ia juga merupakan satu-satunya syarikat insurans P&C langsung di bawah China Re Group. China Continent Insurance ditubuhkan pada 15 Oktober 2003 yang berpangkalan di Shanghai, dengan modal berdaftar sebanyak USD2.2 bilion. Pada tahun 2018, syarikat mencapai pendapatan premium tahunan sebanyak USD6.2 bilion, menduduki kedudukan kelima di China.

China Continent Insurance mencapai kemajuan menerusi pembangunan dalam tempoh enam belas tahun sejak diasaskan, dengan jaringan seluruh negara melibatkan 35 cawangan wilayah, sebuah unit khas, sebuah pusat operasi insurans perkapalan, sebuah syarikat e-dagang dan lebih 2,000 outlet di peringkat wilayah, perbandaran dan daerah. Mulai tahun 2014 hingga 2018, syarikat terus diberi penilaian oleh A.M. Best dan menerima "A" dalam penilaian kekuatan kewangan (FSR) dan penilaian kredit pengeluar (ICR) dengan prospek yang stabil. Maklumat lanjut di http://www.ccic-net.com.cn/

Latar Belakang eBaoTech 
eBaoTech ialah penyedia penyelesaian teknologi kepada industri insurans global dan misi kami adalah untuk "menjadikan insurans mudah". Kami menjalankan perniagaan di lebih 30 negara seluruh dunia, menawarkan perkhidmatan kepada lebih 200 pembawa dan pelbagai ejen, broker, afiniti dan Teknologi Insurans (InsurTech) serta lain-lain dalam ekosistem insurans. Insurans digital merupakan gelombang yang sedang muncul dan industri insurans kian beralih kepada ekonomi API. eBaoTech menyediakan penyelesaian dan perkhidmatan yang mendayakan insurans digital.

eBaoTech dikhususkan kepada inovasi teknologi insurans sejak ditubuhkan pada tahun 2000. Pada tahun 2001, eBaoTech membangunkan suit sistem teras insurans berasaskan pelayar/pelayan yang pertama di dunia, membawa kepada kemunculan dan penerimaan IT insurans 3G berasaskan Java. Pada tahun 2015, eBaoTech melancarkan platform insurans 4G teragih, natif-awan dan berasaskan mikroservis yang pertama di dunia yang menyediakan set lengkap API insurans dalam seluruh kitar hayat lengkap polisi insurans untuk kesemua produk insurans utama. Maklumat lanjut, sila kunjungi www.ebaotech.com.

Source: eBaoTech
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Insurance Internet Technology Telecommunications Licensing/marketing agreements