omniture

Pengumuman Pelan Hala Tuju E-sukan PUBG SEA bagi 2019

PUBG Corporation
2019-03-11 14:22 1390

SEOUL, Korea Selatan, 11 Mac 2019 /PRNewswire/ -- Kesemua pengguguran keputusan, menembak hendap silang peta dan pertempuran jarak dekat pada dasarnya adalah tentang pasukan-pasukan PUBG profesional yang berjuang untuk merebut peluang dengan menentang pasukan-pasukan PUBG profesional dari seluruh dunia untuk hadiah terkumpul yang besar nilainya dan kejohanan yang dipertaruhkan. Hari ini wang hadiah ditambah, tatkala PUBG memperkenalkan pelan hala tuju untuk melayakkan diri ke pertandingan antarabangsa terkemuka dalam e-sukan PUBG bagi tahun 2019.

Slot rantau terperinci untuk acara-acara global PUBG 2019.
Slot rantau terperinci untuk acara-acara global PUBG 2019.

Kejohanan SEA 2019 akan berlangsung dalam tiga musim, bermula dengan Kejohanan SEA Musim 1 pada bulan Mac, diikuti dengan Musim 2 pada bulan Jun dan Musim 3 pada bulan Oktober. Setiap musim akan melibatkan 16 pasukan PUBG profesional dari seluruh rantau SEA untuk bertarung bagi merebut hadiah terkumpul bernilai US$50,000 serta tiket-tiket untuk menyertai acara-acara PUBG global.

Kejohanan Musim 1 PUBG SEA - Hanoi 2019 Logo Rasmi
Kejohanan Musim 1 PUBG SEA - Hanoi 2019 Logo Rasmi

Pasukan-pasukan berprestasi terbaik dalam Musim 1 dan 2 daripada Kejohanan SEA akan berpeluang bersaing secara berdepan dalam acara-acara global yang dianjurkan oleh pihak ketiga, diikuti oleh All-Star Games global. Pada penghujung Musim 3, pasukan-pasukan terbaik akan berhimpun untuk menyertai Kejohanan Global.

Sebanyak 24 pasukan akan berhimpun untuk menyertai acara PUBG global yang pertama, FACEIT Global Summit: PUBG Classic. Susulan daripada acara ini, terdapat dua tambahan acara PUBG Classic yang membawa kepada Kejohanan Global. PUBG Classic kedua akan melibatkan 16 pasukan dari Amerika Utara, Eropah/Timur Tengah/Afrika, Amerika Latin dan Oceania manakala 16 pasukan lagi dari tanah besar China, Korea, Asia Tenggara, Taipei dan Jepun akan bersaing dalam PUBG Classic ketiga. Akhir sekali, sejumlah 32 pasukan berhimpun untuk menyertai Kejohanan Global PUBG – pemain-pemain terselamat yang akan berpeluang mendapatkan hadiah terkumpul bernilai US$2 juta dan berhak menggelar diri mereka sebagai pemain-pemain PUBG yang terbaik di dunia.

Kejohanan SEA Musim 1 akan memulakan e-sukan PUBG tahun ini di rantau SEA pada 16 dan 17 Mac. Lima kedudukan diberikan kepada pasukan yang menunjukkan prestasi yang baik dalam acara-acara SEA dan peringkat global tahun lalu: Kejohanan PUBG Asia Tenggara 2018, Kejohanan JIB PUBG SEA Bangkok 2018, PAI Macao 2019 dan pasukan-pasukan jemputan tambahan dari Indonesia, Malaysia, Filipina, Thailand dan Vietnam. Di bawah merupakan senarai lengkap 16 pasukan yang akan bersaing untuk muncul sebagai juara pertama bagi tahun 2019.

Negara

Jenis

Nama Pasukan

Thailand

Pilihan

MITH

Thailand

Pilihan

Purple Mood

Vietnam

Pilihan

Divine Esports

Vietnam

Pilihan

Refund Gaming

Indonesia

Pilihan

Aerowolf Team 7

Thailand

Undangan

Armory Gaming

Thailand

Undangan

Tokiostriker

Vietnam

Undangan

Rate Me Five Stars

Vietnam

Undangan

Vikings Gaming

Vietnam

Undangan

GAMEHOME Esports

Indonesia

Undangan

Aerowolf Team 1

Indonesia

Undangan

RRQ

Filipina

Undangan

ArkAngel

Filipina

Undangan

NCGC Vortex

Malaysia

Undangan

Geek Fam

Malaysia

Undangan

Battle Arena Elites

Tiga pasukan terbaik daripada kejohanan selama dua hari itu akan diberi kedudukan untuk bersaing dengan 21 pasukan profesional global yang lain di FACEIT Global Summit: PUBG Classic, acara e-sukan global PUBG yang pertama. PUBG Klasik pertama itu akan berlangsung di London pada 16 April 2019 dengan hadiah terkumpul bernilai US$400,000.

Maklumat lanjut tentang Kejohanan SEA akan disampaikan melalui halaman rasmi Facebook PUBG.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190308/2397774-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190308/2397774-1-b

Source: PUBG Corporation
Keywords: Electronics Gaming Entertainment Awards Future Events