omniture

Perlawanan Rasmi WCG 2019 Xi'an dan Jadual Pertandingan Dilancarkan

World Cyber Games
2019-03-12 08:55 1512

 

Jadilah pemain!

 

 

  • Perlawanan rasmi WCG 2019 Xi'an: Clash Royale, Crossfire, Dota2, Hearthstone, Honor of kings, Warcraft III: The Frozen Throne
  • Pendaftaran pemain bermula pada hari ini melalui WCG.com
  • 144 pemain akan dipilih selepas pusingan awal dan akhir peringkat kebangsaan dan daerah dianjurkan.
  • WCG akan mengendali 200+ pusingan kelayakan peringkat kebangsaan menggunakan Battlefy, platform pertandingan e-sukan terbuka terbesar di dunia

SEOUL, Korea Selatan, 12 Mac 2019 /PRNewswire/ -- World Cyber Games (WCG), Inc. telah melancarkan permainan dan aturcara pertandingan yang membawa ke acara utama WCG 2019 Xi'an, dan mengumumkan ia akan mula menerima pendaftaran pemain.

 

WCG 2019 Games' Titles
WCG 2019 Games' Titles

 

Perlawanan yang telah diumumkan oleh WCG untuk WCG 2019 Xi'an ialah:

Clash Royale, Crossfire, Dota2, Hearthstone, Honor of Kings, Warcraft III: The Frozen Throne  

Permohonan untuk pusingan kelayakan peringkat kebangsaan boleh dibuat melalui laman sesawang rasmi WCG.com

Pusingan Kelayakan Dalam Talian akan bermula pada minggu keempat bulan Mac dalam rantau APAC. Untuk pusingan kelayakan Amerika dan Eropah akan bermula pada minggu-minggu berikutnya dan akan berakhir dengan pusingan kelayakan China. Platform e-sukan global Battlefy akan digunakan oleh WCG untuk mentadbir pertandingan APAC, Amerika dan Eropah, manakala pusingan kelayakan China pula akan menggunakan platform Varena. Pemain-pemain yang layak daripada peringkat Kelayakan Kebangsaan dan Kelayakan Rantau akan ke peringkat Akhir Rantau. Peringkat Akhir Rantau akan diadakan di Korea Selatan, Amerika Syarikat, Greece dan China, 144 pemain akan layak ke acara utama WCG 2019 Xi'an untuk pertarungan terakhir.

Selain daripada pertandingan menarik antara pemain mewakili pelbagai rantau, pertandingan jemputan antara pemain professional di acara utama WCG 2019 Xi'an juga akan diadakan.

Acara utama WCG 2019 Xi'an akan diadakan di Daerah Baharu Quijang di Xi'an, China dari 18 Julai (Khamis) sehingga 21 (Ahad). Berikutan daripada pengumuman rasmi permainan, WCG akan menampilkan elemen-elemen lain yang mengatur WCG – Persidangan E-Sukan WCG untuk berkongsi pengetahuan; New Horizons, sukan masa hadapan berdasarkan teknologi baharu, dan Festival untuk memeriahkan acara.

Untuk perincian perlawanan WCG yang rasmi dan jadual pertandingan, lawati WCG.com.

Latar Belakang WCG

WCG (World Cyber Games) merupakan festival e-sukan global yang boleh dinikmati oleh individu-individu serata dunia. Misi dan visinya adalah untuk menyelesaikan konflik melalui hiburan sebagai kaedah untuk menyumbang kepada dunia yang lebih baik. Untuk mencapai objektif ini, WCG menganjur acara baharu dan pelbagai yang boleh dinikmati semua dan menjadi festival global yang bukan hanya pertandingan e-sukan semata-mata, tetapi menjadi tempat di mana seluruh dunia boleh bersatu.

Latar Belakang Battlefy

Battlefy merupakan platform e-sukan global yang disetempatkan dalam 12 bahasa, memperkasakan 100,000+ liga mencecah 60+ juta pemain. Teknologi ini digunakan oleh nama-nama terbesar dalam e-sukan, termasuk Blizzard Entertainment, EA SPORTS, Riot Games, Nintendo, Turner Sports, dan Coca-Cola. Battlefy mengkhusus dalam menyediakan teknologi untuk penganjur pertandingan yang membolehkan pengendalian pertandingan e-sukan yang lancar pada skala besar.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190311/2397907-1 
Logo - 
https://photos.prnasia.com/prnh/20190311/2397907-1LOGO

Source: World Cyber Games
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet Sports Future Events