omniture

M800 Bentang Asas-Asas Penting Jadikan IoT Perusahaan Satu Kenyataan di MWC 2019

M800 Limited
2019-03-13 09:35 670

HONG KONG, 12 Mac 2019 /PRNewswire/ -- M800 Limited, penyedia komunikasi selamat terkemuka Asia untuk era IoT dan digital, melabuhkan tirai penglibatannya yang berjaya di Kongres Dunia Mudah Alih 2019 di Barcelona dengan menampilkan inovasi IoT dan komunikasi terkemuka Asia kepada perusahaan dari seluruh dunia dan tempatan di Sepanyol ke Promosi Pelaburan Perdagangan & Pelaburan Catalonia.

Membuat pameran untuk empat tahun berturut-turut di acara mudah alih terbesar di dunia, M800 menampilkan inovasi mudah alih dan aplikasi IoT bersama pemimpin industri daripada peranti boleh pakai pintar, penjagaan kesihatan, pengangkutan dan sektor utiliti di reruai khasnya di dalam Dewan Planet Digital yang baru dijenamakan semula.

"MWC 2019 menyaksikan sokongan dan komitmen yang sangat besar untuk menjadikan IoT satu realiti untuk perniagaan merentas semua sektor, tetapi untuk menjadikan ia satu kenyataan, perlu ada asas komunikasi penting yang disediakan untuk menghantar sambungan waktu nyata yang dijanjikan IoT," kata Dino Civitarese, Ketua Pegawai Komersial M800. "Asas-asas ini merupakan komunikasi dan tahap khidmat yang dijamin; respons waktu sebenar dan kebolehpercayaan "lima sembilan"; jaminan keselamatan data dan juga penyepaduan lancar ke dalam aplikasi dan peranti vertikal industri."

M800 menampilkan pelbagai aplikasi komunikasi kritikal dan teknologi bahagian belakang kepada perusahaan dan syarikat baharu dari serata dunia dan kepada usaha niaga tempatan dari rantau Catalonia. MWC menyediakan platform ideal untuk M800 dan Promosi Pelaburan Perdagangan & Pelaburan Catalonia untuk meneroka pengenalan IoT terbaharu dan teknologi komunikasi mudah alih kepada komuniti teknologi dan syarikat baharu tempatan Catalonia.

Carlos Palacin, Pengurus Besar -- Promosi Pelaburan di Pejabat Hong Kong Perdagangan & Pelaburan Catalonia telah melawat reruai M800 secara peribadi dan menyaksikan rangkaian lengkap aplikasi dan peranti pintar yang bekerjasama dengan M800.

Penyelesaian M800 yang dipamerkan di MWC menampilkan OEM dan pengeluar IoT lain daripada pelbagai industri yang telah menyepadukan kit pembangunan perisian (SDK) ke dalam produk mereka untuk membangunkan peranti pintar canggih yang sangat terjamin dengan keupayaan komunikasi yang boleh dipercayai. Peranti-peranti ini merangkumi peranti daripada pemimpin industri antarabangsa, ECARX, POMO House, BISA dan Afinna One.

Selain daripada pameran IoTnya, di MWC 2019, M800 juga mengumumkan kerjasama terbaharu bersama MMDSmart, perintis pesanan pintar yang terkemuka. Kolaborasi ini membawa pesanan perusahaan pintar kepada perniagaan dalam rantau APAC. Pesanan pintar merupakan penyelesaian pesanan perusahaan yang menggunakan algoritma khas dan pembelajaran mesin untuk pengoptimuman hasil pertukaran yang lebih baik bagi pesanan promosi dan transaksi. Melalui pelbagai pilihan penghalaan M800 dan MMDSmart, melalui perniagaan pembawa mereka masing-masing, platform tersebut mengenalpasti satu pesanan dengan kadar tukaran yang tertinggi. API proprietari membolehkan penukaran data pada waktu nyata, menganalisa semua komponen kempen, dan mengkaliberasi semula kempen tersebut untuk mencapai sasaran hasil.

Latar Belakang M800 Limited

M800 merupakan penyedia global terkemuka CPaaS yang dikenali kerana menawarkan penyelesaian komunikasi yang boleh dipercayai melalui infrastruktur rangkaian teragih globalnya. Dengan menyediakan keselamatan tertinggi dan kebolehpercayaan dalam industri, syarikat yang telah memenangi anugerah ini menawarkan penyelesaian komunikasi yang dijamin untuk perusahaan dan perniagaan. Ini merangkumi SDK komunikasi untuk Internet Pelbagai Benda (IoT) dan aplikasi, suatu platform komunikasi bersepadu untuk khidmat pelanggan (liveConnect), dan aplikasi komunikasi label putih untuk perniagaan yang merancang untuk menambah baik komunikasi dalaman dan luaran mereka dengan selamat. Syarikat mempunyai lebih 500 klien perusahaan di seluruh dunia, merentasi pelbagai industri termasuk syarikat-syarikat Fortune 500.

Hubungan media:

M800 Limited

Vian Tan

Telefon: +852 3472 1751

E-mel: viantan@m800.com

Edelman

Tiffany Chan

Telefon: +852 3756 8632

E-mel: tiffany.chan@edelman.com 

 

Source: M800 Limited
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Trade show news