omniture

Output Kuasa Modul HJT Jinergy Lepasi 450W

Jinneng Clean Energy Technology Ltd.
2019-03-14 08:30 926

PULAU PINANG, Malaysia, 14 Mac 2019 /PRNewswire/ -- Pada 12 Mac, Dr. Liyou Yang, pengurus besar Jinneng Clean Energy Technology Ltd ("Jinergy"), pengeluar PV dipacu teknologi yang berpangkalan di China, dijemput untuk berucap di PV CellTech 2019, yang dianjurkan oleh PV Tech, salah satu media berpengaruh dalam industri PV.

 Dalam ucapan beliau yang bertajuk Mass Production Technology of Heterojunction Solar Modules (Teknologi Pengeluaran Besar-besaran Modul-modul Solar Heterosimpang), Dr. Yang menyebutkan bahawa, dengan mengikuti Hukum Moore, kos penjanaan kuasa PV akan jatuh dengan ketara dan saiz pasaran akan berkembang sewajarnya. Antara semua teknologi berkecekapan ultra tinggi, HJT dengan kelebihan yang tersendiri seperti proses-proses yang sedikit dan lebih mudah, tanpa LID/PID, pekali suhu yang rendah, merupakan yang paling meyakinkan untuk menjadi teknologi arus perdana generasi seterusnya. Hasil tenaga yang berkesan daripada modul-modul dwimuka HJT Jinergy adalah kira-kira 44% lebih tinggi berbanding modul-modul poli biasa.

Menurut Dr. Liyou Yang, pada masa kini, kecekapan pengeluaran besar-besaran sel HJT Jinergy mencecah 23.79% dan kecekapan sel-sel percubaan baharu telahpun mencecah 24.73%. Output kuasa bagi modul utama JNHM72 mencecah 452.5W. Menurut data daripada stesen janakuasa percubaan Jinergy, dengan kawasan pemasangan yang sama, penjanaan kuasa modul HJT Jinergy adalah 50%-70% lebih tinggi berbanding modul biasa yang mempunyai sistem penjejakan.

Jinergy ialah salah satu pengeluar PV pertama yang mengkomersialkan modul-modul HJT di China. Modul HJT Jinergy menerima sijil IEC baharu yang pertama di dunia dan disenaraikan dalam DEWA dan JPAC.

"Dalam mendepani penstrukturan semula tenaga dan pengurangan FiT, teknologi HJT ultra tinggi dwimuka merupakan penyelesaian ideal untuk terus mengurangkan LCOE, standard yang digunakan secara meluas untuk menilai pelaburan stesen-stesen janakuasa PV. Baru ditambah ke dalam senarai pengeluar modul solar Tahap 1 BNEF, Jinergy akan terus melabur dalam penyelidikan dan pelaburan (R&D) untuk teknologi termaju dan menyumbang kepada pasaran tenaga boleh diperbaharui global menerusi produk-produk paling canggih dan andal," kata Dr. Yang.

Latar Belakang Jinergy

Jinergy, sektor tenaga mesra alam yang diperbadankan di bawah Jinneng Group, salah sebuah kumpulan tenaga milik negara di China, mengikuti strategi lelaran teknologi dan menggunakan tiga generasi teknologi termaju, iaitu polihabluran, monohabluran PERC dan HJT.

Menjelang akhir tahun 2018, Jinergy mempunyai kapasiti pengeluaran 2GW secara keseluruhannya untuk polihabluran, monohabluran PERC dan modul HJT. Pada tahun 2017, Jinergy mengkomersialkan produk-produk HJT berkecekapan tinggi dan akan menambah kapasiti pengeluaran kepada skala GW dalam tempoh tiga tahun.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180528/2144424-1LOGO

 

Source: Jinneng Clean Energy Technology Ltd.
Keywords: Alternative Energies Electrical Utilities Environmental Products & Services Oil/Energy Utilities Trade show news