omniture

Xi'an Lancar Projek Bandar Bunga, Tambah Taman 6 juta m2 ke Daerah Utama

Xi'an Municipal Government
2019-03-14 09:09 903

Pusat Bersejarah China Hasilkan Semula Pemandangan Taman daripada Zaman Purba

XI'AN, China, 14 Mac 2019 /PRNewswire/ -- Xi'an, salah sebuah bandar tertua di China dan dahulunya merupakan sebuah kota empayar semasa zaman dinasti-dinasti Sui dan Tang 1,300 tahun lalu, melancarkan projek "Flower City" ("Bandar Bunga") untuk membina sistem dengan jalan raya, taman dan laluan dibarisi bunga, selain galeri dan padang dipenuhi bunga bagi mewujudkan semula pengalaman bersiar-siar zaman purba yang berkembang pesat dan indah untuk penduduk dan juga pelancong.

Xi’an Launches Flower City Project, Adding 6 million m2 Of Gardens to Central District.
Xi’an Launches Flower City Project, Adding 6 million m2 Of Gardens to Central District.

Dengan sejumlah 15,220 kilometer laluan hijau dirancang, projek ini akan menambah taman-taman yang meliputi kawasan seluas lebih 6 juta m2 dan laluan hijau seluas lebih 500 kilometer dengan 50 jalanan yang dibarisi bunga. Projek-projek pembinaan utama termasuk 6 taman tema, 2 taman warisan dan puluhan taman jalanan bagi tahun 2019.

Menurut Li Pingwei, Pengarah Biro Pengurusan Bandar dan Penguatkuasaan Undang-undang Xi'an, projek-projek ini bertujuan bukan sahaja untuk membentuk sebuah bandar hijau dengan menambah baik dengan ketara liputan bunga-bunga dan tumbuh-tumbuhan, tetapi turut mewujudkan semula keindahan penghargaan terhadap bunga pada zaman dahulu kala yang mana pelancong-pelancong dan penduduk-penduduk dapat menikmati musim bunga memekar sepanjang tahun di bandar. "Ini merupakan projek penting untuk Xi'an bagi tahun 2019 dan kami berharap dapat membawakannya melalui projek-projek infrastruktur dan hiasan. Xi'an merupakan titik permulaan untuk Jalan Sutera yang terkenal. Berabad-abad yang lalu, ia merupakan salah sebuah bandar terbesar di dunia. Ribuan pedagang dan peniaga antarabangsa berhimpun di kawasan yang cerah masa depan ini yang dipenuhi tumbuhan hijau dan kekayaan. Kami ingin mencipta semula ekosistem pada zaman itu untuk tetamu-tetamu dari seluruh dunia agar mereka dapat melihat kombinasi sejarah unsur-unsur moden di sini," kata Li.

Berpusat di kawasan bandar purba dan diperluaskan ke bandar baharu, projek ini akan meliputi kawasan-kawasan fungsian dan libur bermula dengan lebuh raya dan jalan raya di sekitar hotel-hotel kepada taman dan komuniti setempat, merangka sebuah bandar yang bersifat terbuka dan pelbagai dengan berbilang ekosistem. Melalui projek ini, Xi'an akan bertukar menjadi sebuah bandar berwarna warni yang mana jalan, taman dan laluan direka berdasarkan warna tumbuhan, bau, saiz dan musim serta dibezakan mengikut wilayah, seraya membentuk lanskap yang tersendiri.

Di samping itu, industri-industri hijau akan terlibat bersama dengan penglibatan awam, termasuk pengenalan kepada industri bunga untuk bandar tersebut. Penduduk-penduduk akan mendapat akses selama 15 minit kepada laluan hijau tersebut sebaik sahaja projek siap. Pelancong-pelancong dan para penduduk akan ditawarkan dengan peta pemandangan bunga agar mereka dapat merancang kunjungan mereka sewajarnya.

Latar Belakang Xi'an

Ibu kota wilayah barat Shaanxi China, Xi'an merupakan destinasi pelancong antarabangsa dengan lebih 3,000 tahun sejarah dan tarikan terkenal di dunia seperti Pahlawan dan Kuda Terracotta serta Tembok Kota purba. Bandar ini, yang dikenali sebagai "muzium luar China," ialah titik permulaan Jalan Sutera, jaringan laluan perdagangan purba yang ditubuhkan semasa Dinasti Han China yang menghubungkan Timur dan Barat melalui perdagangan.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190313/2401857-1

Source: Xi'an Municipal Government
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Travel New products/services