omniture

Xi'an Anjur Festival Petani ke-2 Promosi Pembangunan Pertanian di China

Xi'an Farmers Festival
2019-03-14 09:22 681

XI'AN, China, 14 Mac 2019 /PRNewswire/ -- Bandar Xi'an di wilayah Shaanxi China mengadakan Festival Petani Xi'an ke-2 ("Festival") untuk terus mempromosi inovasi dan pembangunan pertanian wilayah ini, meraikan tuaian pertaniannya dan tahun pertumbuhan kali kelima belas berturut-turut bagi pendapatan boleh guna per kapita. Acara ini menghimpunkan pakar-pakar dan ahli-ahli profesional di kawasan pembangunan luar bandar Cina untuk membincangkan dan berkongsi pandangan tentang strategi-strategi pengukuhan semula luar bandar, penafsiran dasar, pelaksanaan dan amalan serantau.

Xi’an Anjur Festival Petani ke-2 Promosi Pembangunan Pertanian Di China.
Xi’an Anjur Festival Petani ke-2 Promosi Pembangunan Pertanian Di China.

Festival ini turut melibatkan beberapa bengkel dan seminar termasuk forum pertanian, jerayawara teknologi pertanian dan persembahan produk-produk pertanian yang berkualiti. Pelancongan juga menjadi tumpuan, menerusi pengenalan kepada laluan pelancongan desa, hostel-hostel butik dan pameran foto di seluruh wilayah.

Di samping itu, kawasan dan daerah Xi'an akan menganjurkan acara-acara termasuk persembahan gong dan gendang selain pertandingan nyanyian, pertandingan memasak untuk cef dan pameran lukisan petani serta kertas potongan bagi memperlihatkan pembangunan pertanian dan kebudayaan semasa di wilayah berkenaan. Produk-produk berkualiti dalam bidang pertanian dan pelancongan akan diberi ganjaran daripada seleksi produk pertanian dan jelajah lawatan butik.

Sebagai sebahagian daripada inisiatif pembangunan bandar tersebut untuk mempercepatkan pertumbuhan ekonomi kawasan luar bandar dengan menyokong budaya pertanian China, Festival ini menjadi model baharu untuk penyepaduan bandar-luar-bandar yang akan membantu membina perkampungan moden di Xi'an menerusi industri-industri pertanian yang makmur, ekologi mampan dan sistem pengurusan yang berkesan sebelum tahun 2050.

Bagi menangani "Tiga Isu Luar Bandar" di wilayah tersebut, pembinaan kapasiti untuk petani, pengukuhan semula untuk komuniti luar bandar dan pembangunan jenama untuk tanaman khusus, Xi'an telah mengusahakan pembasmian kemiskinan serantau melalui reformasi pertanian. Pada tahun 2018, Xi'an menubuhkan 496 koperasi petani dan lebih 400 taman pertanian. Selain itu, pelancongan telah membawa 26.5 juta pengunjung ke kawasan luar bandar. Menuju masa depan, kawasan luar bandar Xi'an memancarkan daya hidup yang belum pernah dilihat sebelum ini dengan berada di tahap baharu, menggali dan membina budaya luar bandar yang baharu.

Latar Belakang Festival Petani Xi'an

Festival Petani Xi'an ditubuhkan pada tahun 2017 untuk mengetengahkan "Tiga Isu Luar Bandar" China dan mengukuhkan kedudukan Xi'an sebagai peneraju dalam pembangunan luar bandar dan pertanian.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190313/2401860-1

Source: Xi'an Farmers Festival
Keywords: Agriculture Art Entertainment Food/Beverages Organic Food