omniture

Chengdu kongsi wawasannya untuk delegasi-delegasi seluruh dunia di SXSW

ChinaGathering@SXSW
2019-03-14 09:49 961

AUSTIN, 14 Mac 2019 /PRNewswire/ -- Satu delegasi dari Chengdu, termasuk wakil-wakil para pegawai daripada Jabatan publisiti untuk Jawatankuasa Perbandaran Chengdu CPC, syarikat-syarikat budaya dan teknologi mengunjungi Austin, Texas sempena South by Southwest (SXSW). Kunjungan ini bertujuan untuk mempromosi pembangunan Chengdu dan meningkatkan hubungan yang saling menguntungkan antara Chengdu dan Austin.

Deputy Director-General of Publicity Department of Chengdu CPC Commitee - Zhang Yingming gives keynote speech at the Chengdu Promotion Event in Austin
Deputy Director-General of Publicity Department of Chengdu CPC Commitee - Zhang Yingming gives keynote speech at the Chengdu Promotion Event in Austin

Semasa acara Promosi Chengdu di Austin City Hall, Zhang Yingming, Timbalan Pengarah - Jabatan Publisiti Awam untuk Jawatankuasa Perbandaran Chengdu CPC, memperkenalkan strategi-strategi pembangunan dan pencapaian-pencapaian Chengdu sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Dalam ucapan beliau, Zhang menonjolkan kemajuan politik, ekonomi, sosial-budaya dan teknologi Chengdu sebagai salah sebuah bandar yang paling pesat berkembang di China. Beliau turut menekankan matlamat "Tiga Bandar dan Tiga Ibu Kota" yang menyumbang kepada pembangunan yang lebih pantas untuk bandar kebudayaan yang terkenal di dunia.

"Chengdu mewujudkan wawasan pembangunan bandar berdasarkan pelan 'sebuah gunung menghubungkan dua tasik'. Wawasan baharu ini memulakan perubahan seribu tahun akan datang untuk Chengdu," kata Zhang. "Budaya dan ekonomi Chengdu menjadi peneraju di China Barat dan Chengdu menjadi salah sebuah bandar tahap-pertama yang baharu di China."

Chengdu dan Austin kedua-duanya merupakan anggota-anggota Forum Budaya Bandar-bandar Dunia dan mempunyai hasrat yang jelas untuk menjadi bandar-bandar Persahabatan. "Saya benar-benar teruja untuk melihat saiz delegasi dan ia merupakan delegasi kerajaan Cina pertama yang berkunjung ke Austin dan SXSW," kata Steve Adler, datuk bandar Austin. "Lebih ramai orang yang terlibat, lebih cerah peluang yang kami peroleh untuk persahabatan yang berterusan ini dan ia turut memberi galakan untuk kolaborasi masa depan kami."

Selepas acara promosi, bandar Chengdu menganjurkan Malam Chengdu - satu jamuan yang dibawakan oleh China Gathering@SXSW. Semasa berlangsungnya acara tersebut, upacara minum teh Chengdu dan Opera topeng muka berubah-ubah Sichuan turut diadakan, mengagumkan tetamu-tetamu dengan keunikan dan merangsang minat mereka untuk mempelajari lebih lanjut tentang budaya Chengdu.  

"Kedua-duanya menumpu untuk meningkatkan persekitaran budaya dan melihat inovasi sebagai daya penggerak utama untuk pembangunan," kata Duta Li Qiangmin, Konsul Besar Republik Rakyat China di Houston. "Saya berharap kita dapat melihat lebih banyak kumpulan dinamik seperti Chengdu menonjolkan kekuatan dan potensi mereka di SXSW serta bekerjasama dengan institusi-institusi terkenal di dunia bagi mencipta peta inovasi global."

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190312/2400445-1

Source: ChinaGathering@SXSW
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Travel Trade show news