omniture

Haier Perkenal Penyelesaian Kediaman Pintar 7-jenama Baharu di Ekspo Dunia Perkakas dan Barangan Elektronik 2019

Penyelesaian Kediaman Pintar Semua-Senario Dinaik Taraf Sepadukan Teknologi Baharu daripada Casarte, AQUA, GE Appliances, Leader, Fisher & Paykel, Candy dan Haier
Haier Home Appliances
2019-03-15 21:18 1110

SHANGHAI, 15 Mac 2019 /PRNewswire/ -- Haier, jenama perkakas global yang terkemuka, memperkenalkan penaiktarafan kepada Penyelesaian Kediaman Pintar semua-senario ("Penyelesaian") utama mereka di Ekspo Dunia Perkakas dan Barangan Elektronik 2019 (AWE 2019).

Haier at 2019 Appliances and Electronics World Expo
Haier at 2019 Appliances and Electronics World Expo

Penyelesaian yang dinaik taraf itu menggabungkan teknologi terkini daripada tujuh jenama Haier Group bagi membawakan generasi kediaman pintar yang seterusnya. Direka menggunakan konsep 4+7+N yang inovatif daripada Haier, Penyelesaian ini menghubungkan tujuh (7) penyelesaian kediaman melibatkan udara, air, keselamatan, penjagaan pakaian, hiburan, kesihatan dan maklumat dalam empat (4) senario kehidupan – ruang tamu pintar, dapur pintar, bilik mandi pintar dan bilik tidur pintar – dengan penyesuaian berdasarkan keperluan pengguna yang berubah-ubah (N) untuk ekosistem kediaman pintar yang komprehensif dan intuitif.

"Industri perkakasan menginovasi dengan pesat. Haier percaya bahawa penyelesaian kediaman pintar harus menggabungkan keupayaan teknologi terkini dengan tingkah laku pelanggan untuk memberikan kualiti hidup yang bernilai dan lebih baik," kata Wang Ye, Naib Presiden dan Pengurus Besar Kediaman Pintar untuk Haier Home Appliance Industry Group.

Di AWE 2019, tujuh jenama Haier -- Casarte, Leader, Haier, AQUA, GE Appliances, Fisher & Paykel (FPA) dan CANDY – memperkenalkan produk-produk baharu yang rintis termasuk mesin basuh gabungan Casarte, peti sejuk pintar dengan kawalan suhu pintar, penyaman udara pintar yang menggunakan peredaran luar dan bukannya peredaran dalaman tradisional demi udara yang lebih segar dan penyejuk beku pintar FPA yang memanfaatkan penyejukan udara untuk penyejukbekuan tanpa fros. Produk-produk ini akan disalinghubungkan dalam satu ekosistem dengan Penyelesaian yang dinaik taraf.

"AWE 2019 menonjolkan penguasaan saintifik dan teknologi Haier dalam perkakas. Dengan menginovasi menerusi sistem penyelidikan dan pembangunan terbuka 10+N global kami dan menghubungkan kesemua ini bersama-sama melalui Penyelesaian, Haier telahpun mengubah pengalaman kediaman pintar," kata Wang Ye.

Kejayaan Penyelesaian ini merupakan hasil daripada model "rendanheyi" rintis Haier. Melalui pendekatan keusahawanan terbuka dan analisis terhadap keperluan pengguna dalam segmen kediaman moden, Haier mencipta inovasi teknologi kediaman merentas tujuh jenamanya bagi memberikan pengalaman kediaman yang holistik untuk pelanggan dan menjadi peneraju global dalam era IoT.

Latar Belakang Haier

Haier Home Appliance ialah jenama perkakas rumah No. 1 di dunia, dengan 10.5% bahagian pasaran global. Jenama-jenamanya termasuk Haier, Casarte dan Leader di China, GE Appliances di AS, Fisher & Paykel di New Zealand dan AQUA di Jepun. Pada masa kini, Haier Home Appliance mengalami transformasi daripada pengeluar tradisional kepada platform keusahawanan terbuka tatkala ia membina ekosistem kediaman pintar yang benar-benar bersifat global. Dengan berbuat demikian, Haier terus meningkatkan nilai pengguna untuk produk dan perkhidmatannya, menyediakan pengalaman kediaman pintar yang saling terhubung untuk pelanggan di mana-mana jua.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi: http://www.haier.net/en/

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190314/2403486-1

Source: Haier Home Appliances
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer Software Computer/Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail New products/services Trade show news