SHANGHAI, 15 Mac 2019 /PRNewswire/ -- Haier Home Appliance (Haier), jenama perkakas rumah global yang terkemuka, bersama-sama jenama penjagaan kulit berkualiti tinggi Itali Uniters, memperkenalkan mesin gabungan cucian + penjagaan baharu daripada sub-jenamanya Casarte di Ekspo Dunia Perkakas & Barangan Elektronik 2019 (AWE 2019) di Shanghai, China.
Casarte dan Uniters memperlihatkan bagaimana mesin dua dram dapat mencuci secara lembut dompet mewah, lalu menyediakan pengguna dengan penyelesaian pencucian dan perlindungan khusus untuk pakaian dan barangan mewah mereka. Casarte akan melancarkan produk tersebut dengan percubaan pengeluaran awal sebanyak 1,000 mesin.
"Meskipun konsep mesin basuh tidak banyak berubah selama bertahun-tahun, teknologi di sebaliknya sentiasa bertambah baik," kata Eric Ding, Pengurus Besar Pasaran China Jabatan Penjagaan Fabrik Haier. "Cucian senyap, sejuk dan hangat, menjimatkan tenaga – ini semua merupakan inovasi dengan penambahbaikan besar untuk mesin basuh. Haier terus menerobos sempadan reka bentuk dan teknologi serta mesin gabungan cucian + penjagaan Casarte utama ini memperlihatkan komitmen kami untuk meningkatkan pengalaman pengguna keseluruhan."
Apabila item-item diletakkan di dalam mesin, sistem kawalan berasaskan QNX dan perkakas MCU mengaktifkan, mengesan jenis item dan berat muatan secara automatik selain menganalisis aliran air. Menghubungkan dengan sistem data raya berasaskan awan, pemproses MCU pusat berprestasi tinggi kemudiannya menghitung titik data dan memilih secara pintar kitaran cucian secara optimum, menjimatkan air dan tenaga dalam proses berkenaan. Ini juga terpakai untuk pengeringan.
Mesin gabungan cucian + penjagaan Casarte dilengkapi dengan cahaya UV-mendalam untuk pembasmian kuman dalam air, membolehkan pengguna menjimatkan disinfektan dan memanjangkan hayat pakaian. Sementara itu, pam haba frekuensi berubah-ubah, kipas dan klik satu-butang mengekalkan aliran dan suhu udara yang tekal, lalu melindungi setiap gentian. Sensor inframerah 3D gred-tentera memantau suhu melalui 256 titik dan sehingga 8 kali sesaat bagi memastikan agar pakaian kering dengan sekata tanpa pemanasan lampau. Ia turut menyediakan pencucian udara dan pengeringan semerbak, manakala dua dramnya dapat digunakan secara berasingan dan serentak.
Bagi memenuhi keperluan pengguna global, Casarte mempunyai enam pusat penyelidikan & pembangunan (R&D), 14, pusat reka bentuk, lebih 300 pereka dan rakan kongsi yang terbaik dalam kelasnya di seluruh dunia. Untuk menyediakan inovasi berterusan kepada pengguna, Casarte memupuk ekosistem global yang bersifat terbuka dan dinamik yang membolehkannya mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju dalam industri mesin basuh berkualiti tinggi.
Latar Belakang Haier
Haier Home Appliance ialah jenama perkakas rumah No. 1 di dunia, dengan 10.5% bahagian pasaran global. Jenama-jenamanya termasuk Haier, Casarte dan Leader di China, GE Appliances di AS, Fisher & Paykel di New Zealand dan AQUA di Jepun. Pada masa kini, Haier Home Appliance mengalami transformasi daripada pengeluar tradisional kepada platform keusahawanan terbuka tatkala ia membina ekosistem kediaman pintar yang benar-benar bersifat global. Dengan berbuat demikian, Haier terus meningkatkan nilai pengguna untuk produk dan perkhidmatannya, menyediakan pengalaman kediaman pintar yang saling terhubung untuk pelanggan di mana-mana jua. Untuk maklumat lanjut, kunjungi: http://www.haier.net/en/