omniture

Venture Global LNG Umum Peluasan kepada 60 MTPA, Luaskan Perjanjian Sistem Proses LNG dengan BHGE

Venture Global LNG, Inc.
2019-03-15 21:44 1210

ARLINGTON, Virginia, 15 Mac 2019 /PRNewswire/ -- Venture Global LNG, Inc. mengumumkan bahawa ia akan meluaskan skop perniagaan pembangunan LNG kepada 60 juta tan setahun (MTPA) pengeluaran berdasarkan permintaan pelanggan. Syarikat meningkatkan saiz perjanjian bekalan peralatan proses tahun 2016 dengan Baker Hughes, sebuah syarikat GE kepada 60 MTPA, yang melaluinya BHGE akan menyediakan penyelesaian teknologi yang komprehensif untuk kemudahan eksport LNG Venture Global menurut terma-terma yang dipersetujui dan jaminan prestasi tertakrif. Perjanjian ini memberi bekalan yang dijamin melibatkan rangkaian pencecairan modular yang amat cekap dan andal berserta peralatan penjanaan kuasa dan pengedaran elektrik yang akan diseragamkan dalam seluruh Calcasieu Pass, Plaquemines LNG dan projek-projek peluasan syarikat.

Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Bob Pender dan Mike Sabel bersama-sama menyatakan, "Dengan komitmen 60 MTPA yang diperluas daripada BHGE ini, kami dapat mengembangkan perniagaan kami bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk LNG berkos rendah kami daripada pelanggan-pelanggan antarabangsa kami. Dengan adanya Calcasieu Pass berkontrak penuh dan dengan menantikan siapnya Plaquemines LNG, kami dengan sukacitanya mengumumkan peluasan ini bagi memenuhi kehendak pelanggan tambahan. Kami percaya model pencecairan modular berskala sederhana kami merupakan masa depan bagi pengeluaran LNG berkos rendah."

Projek Calcasieu Pass10 MTPA menerima kesemua kebenaran persekutuan manakala kontraktor EPC projek, Kiewit, bergerak aktif mengikut kebenaran FERC dan merancang untuk memulakan aktiviti-aktiviti di tapak sepenuhnya tidak lama lagi. Di bawah perjanjian selama 20 tahun dengan Shell, BP, Edison S.p.A., Galp, Repsol dan PGNiG, Calcasieu Pass akan mula menyediakan gas asli AS kepada pasaran global pada tahun 2022. Projek 20 MTPA Plaquemines LNG dijangka menerima kebenaran FERC akhir pada bulan Ogos dan memulakan kerja-kerja pembinaan pada tahun 2019.

Latar Belakang Venture Global LNG

Venture Global LNG ialah penyedia LNG berkos rendah untuk jangka panjang yang akan dibekalkan daripada lembangan gas asli Amerika Utara yang kaya dengan sumber. Sistem proses pencecairan Venture Global LNG menggunakan suit produk yang amat cekap dan andal yang dibekalkan oleh BHGE. Venture Global LNG membangunkan kemudahan Venture Global Calcasieu Pass 10 MTPA (di tapak berkeluasan kira-kira 1,000 ekar yang terletak di persimpangan Laluan Kapal Calcasieu dengan Teluk Mexico), kemudahan Venture Global Plaquemines LNG 20 MTPA (di tapak berkeluasan kira-kira 630 ekar di Plaquemines Parish, Louisiana, 30 batu di selatan New Orleans, Sungai Mississippi) dan projek-projek tambahan yang bakal diumumkan. Venture Global telah mengumpul modal sebanyak $855 juta setakat ini bagi menyokong pembangunan projek-projeknya. Maklumat lanjut boleh didapati di www.venturegloballng.com.

 

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/825434/VENTURE_GLOBAL_LNG_INC___Logo.jpg  

 

 

Source: Venture Global LNG, Inc.
Keywords: Oil/Energy Utilities Corporate Expansion