SHANGHAI, 15 Mac 2019 /PRNewswire/ -- Haier, pengeluar perkakas rumah yang terbesar di dunia, memperkenalkan bilik dobi pintar pertama dunia di Ekspo Dunia Perkakas & Barangan Elektronik 2019 (AWE 2019) di Shanghai, China. Penyelesaian sehenti ini menggabungkan fungsi mencuci, mengering dengan udara dan melipat menerusi produk dan teknologi pintar yang terkini daripada Haier.
Haier telah mempelopori "Internet Komunikasi Pakaian" (IoC), penyelesaian mendobi berangkaian yang menghubungkan mesin basuh pintar, rak dobi dan mesin melipat. Pertama, mesin basuh menyelesaikan kitaran membasuh selepas menganalisis bahan pakaian, kualiti air dan jenis detergen. Kemudian, mesin melipat pintar, dipasang pad arak dobi pintar, mengesan sekiranya pakaian sudah kering. Ia kemudiannya menghantar peringatan melalui aplikasi U+ Haier bagi mencadangkan agar pengguna memulakan fungsi melipat automatik. Perkakas ini kemudiannya menganalisis jenis pakaian dan melipatnya dengan cara yang sesuai. Tahap kemajuan boleh disemak melalui aplikasi pada bila-bila masa.
"Selain untuk menaik taraf teknologi dalam perkakas mendobi kami, kami ingin mencipta senario bilik dobi pintar yang dapat membantu pelanggan-pelanggan menyusun tugasan dengan cara yang belum pernah dilihat sebelum ini. Perkakas dalam rangkaian ini kini berinteraksi dengan satu sama lain untuk memantau tahap kemajuan mencuci dan mengering dengan cekap, seraya menyediakan pengalaman mendobi yang lancar dan mudah," kata En. Li Yang, Naib Presiden dan Pengurus Besar Mesin Basuh Haier.
Haier telah membina ekosistem dan platform IoC pertama dunia yang kini berfungsi dengan lebih 4,800 sumber pakaian untuk menyepadukan mesin basuh, almari pintar, cermin berpakaian, mesin menyeterika dan banyak lagi untuk menawarkan pelanggan dengan penyelesaian pintar yang meliputi cucian, penjagaan fabrik, simpanan, pemadanan dan membeli belah.
DI AWE 2019, Haier mendemonstrasikan penyelesaian komprehensifnya dalam bentuk almari pintar dan bilik dobi pintar. Senario-senario tersuai ini termasuk sorotan utama yang berikut:
Tatkala Internet Pelbagai Benda (IoT) berkembang maju dengan pesatnya, strategi isi rumah pintar global Haier bertujuan untuk membina ekologi jenama yang bertumpu pada gaya hidup dan senario bilik dobi pintar di bawah IoC menjadi komponen signifikan yang menunjukkan tahap kemajuan syarikat dalam menubuhkan ekosistem dobi pintar.
"Sebagai platform terbuka, IoC Haier berusaha untuk beroperasi dengan semua jenis sumber untuk meluaskan lagi senario dan menyediakan lebih banyak penyelesaian pintar kepada pelanggan kami," kata Li.
Latar Belakang Haier
Haier Home Appliance ialah jenama perkakas rumah No. 1 di dunia, dengan 10.5% bahagian pasaran global. Jenama-jenamanya termasuk Haier, Casarte dan Leader di China, GE Appliances di AS, Fisher & Paykel di New Zealand, AQUA di Jepun dan Candy di Itali. Untuk maklumat lanjut, kunjungi: http://www.haier.net/en
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190314/2403481-1