omniture

BMW Motorrad Brunei Alu-alukan Penunggang-penunggang GS Adventure Borneo Rally 2019

ADV Yard Singapore
2019-03-19 20:31 732
  • BMW GS, ikon antara 'enduro' pengembaraan berkapasiti besar mengikuti perjalanan lebih 3,000km seluruh Sarawak, Brunei dan Sabah 
  • 22 penunggang motosikal dari Semenanjung Malaysia, Jerman, Belgium dan Taiwan berlepas dari Kuching, Sarawak pada hari Rabu tiba di Bandar Seri Begawan 
  • ADV Yard Singapore berjaya gabungkan pemadanan minat dengan minat pelanggan untuk tingkatkan jenama

BANDAR SERI BEGAWAN, Brunei, 19 Mac 2019 /PRNewswire/ -- QAF Auto Sdn Bhd BMW Motorrad Brunei mengalu-alukan para penunggang motosikal dan penjelajah siri BMW GS di bilik pameran Beribi -- satu laluan hentian sebagai sebahagian daripada jelajah Borneo Adventure selama 10 hari yang meliputi lebih 3,000km mengelilingi Sabah, Brunei dan Sarawak. Kumpulan ini dipimpin oleh marsyal Trofi BMW GS dan penunggang motosikal Faizal Sukree, yang juga merupakan Pemandu Pelancong BMW Motorrad Antarabangsa serta pengajar yang diperakui.

22 riders from Peninsula Malaysia, Germany, Belgium and Taiwan at BMW Motorrad Brunei.
22 riders from Peninsula Malaysia, Germany, Belgium and Taiwan at BMW Motorrad Brunei.

 

GS Adventure Borneo Rally 2019 flagged off by Mr. Sivakumar Krishnan, General Manager, BMW Motorrad Brunei
GS Adventure Borneo Rally 2019 flagged off by Mr. Sivakumar Krishnan, General Manager, BMW Motorrad Brunei

 

Group led by Faizal Sukree (third from left), BMW Certified Instructor and Tourguide.
Group led by Faizal Sukree (third from left), BMW Certified Instructor and Tourguide.

"Motosikal BMW GS/GSA kekal menjadi ikon antara 'enduro' pengembaraan berkapasiti besar dan merupakan pilihan utama para pengembara dunia untuk jelajah jarak jauh, meskipun ke kawasan paling terpencil dan kawasan dengan rupa bumi yang sukar. Menunggang motosikal di seluruh Borneo membolehkan penunggang mengalami gabungan sempurna antara teknologi, ergonomik dan prestasi yang dapat ditawarkan oleh motosikal ini. Di QAF Auto, kami akan menjadikan kehidupan sebagai tunggangan melalui insiatif dan kolaborasi serta menawarkan sokongan penuh kami terhadap acara-acara sebegini," ulas Sivakumar Krishnan, Pengurus Besar, QAF Auto Sdn Bhd.

Kumpulan ini terdiri daripada 22 penunggang motosikal dari Semenanjung Malaysia, Jerman, Belgium dan Taiwan yang berlepas dari Kuching, Sarawak pada hari Rabu dan tiba di Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam sebelum meneruskan pengembaraan mereka ke Sabah. Jelajah ini dianjurkan oleh FS Adventures yang berpangkalan di Malaysia manakala pengendalian tempatan di Brunei disokong oleh ADV Yard Singapore yang berjaya memadankan minat FS Adventures dan BMW Motorrad Brunei -- perkhidmatan yang unik daripada ADV Yard. Jelajah tunggangan selama 10 hari itu akan berakhir pada 23 Mac di Kota Kinabalu, Sabah.

"Indahnya acara dan jelajah sebegini kerana kami dapat menyelami pelbagai budaya, gaya hidup sambil turut diiringi oleh teman perjalanan yang unggul untuk ekspedisi dan eksplorasi jarak jauh, GS. Semasa menjelajah, penunggang-penunggang ini berkongsi minat mereka terhadap aktiviti menunggang motor tanpa mengira asal usul mereka dan bahasa yang dituturkan - menjadikannya sebagai salah sebuah keluarga besar BMW Motorrad yang bermakna. Ini turut mengukuhkan kedudukan GC selaku jentera definitif pengembaraan jarak jauh," tambah Shan Tong, Pengurus BMW Motorrad.

BMW Motorrad Brunei mula membuka pintunya tahun lalu, dengan lebih tujuh motosikal terkini bermula dengan motosikal kembara popular dan motosikal pemotoran kepada model-model gaya kafe. Barisan motosikal kembara ini adalah untuk memenuhi peningkatan permintaan terhadap penyelesaian utama untuk pengembara dunia, peminat 'enduro' pengembaraan dan penunggang perjalanan dengan minat terhadap aksi lasak.

Model-model yang tersedia:

a)      BMW R1200 GS Adventure
b)      BMW F750 GS
c)      BMW G310 GS
d)      BMW S1000 RR
e)      BMW R NINE T
f)       BMW R NINE T URBAN GS
g)      BMW G310R

QAF Auto Sdn Bhd

QAF Auto Sdn Bhd ialah pengimport dan pengedar eksklusif automobil BMW di Brunei sejak tahun 1996. Dimiliki sepenuhnya oleh QAF Brunei, QAF Auto memberi sumbangan penting untuk mengukuhkan kedudukan BMW sebagai jenama automotif premium yang utama di Brunei. Beberapa pencapaian penting oleh QAF Auto termasuk dilantik sebagai rakan kongsi pengangkutan rasmi untuk APEC 2000 Brunei Darussalam, Sambutan Hari Keputeraan Sultan ke-64 pada tahun 2010, Pameran Pertahanan Antarabangsa Brunei (BRIDEX) 2009, 2011 dan 2013, Sidang Kemuncak ASEAN ke-23 2013 dan Ulang Tahun ke-50 Naik Takhta Sultan.  

ADV Yard Singapore

ADV Yard Singapore ditubuhkan pada tahun 2017 - sebuah organisasi tempatan yang mendapat pendedahan serantau dan antarabangsa melalui acara dan jelajah tunggangan. Perkhidmatan ADV Yard termasuk pembekalan aksesori motosikal, lampu tambahan selain khidmat servis motosikal. Ia merupakan perkhidmatan sehenti untuk keperluan motosikal tambahan selain sebagai sokongan jelajah untuk jelajah-jelajah menunggang motosikal ke luar negara dan ke dalam negara. ADV Yard ialah pengedar untuk banyak aksesori motosikal asing termasuk Clearwater Lights Buatan AS, Booster Plug serta merupakan pengedar untuk jenama-jenama popular seperti Wunderlich dan Touretech. ADV Yard bekerjasama dengan amat erat bersama rakan-rakan kongsi antarabangsa untuk semua jelajah motosikal selain acara-acara menunggang motosikal.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190318/2405730-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190318/2405730-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190318/2405730-1-c

Source: ADV Yard Singapore
Keywords: Auto Sporting Events Sports Transportation