omniture

Modul PV 27MW Suntech beroperasi penuh dalam projek fotovolta berskala besar pertama Shell dibina oleh Biosar

Legasi, tradisi dan inovasi: Suatu Simfoni Tenaga
Suntech
2019-03-20 00:36 948

ROTTERDAM, Belanda, 20 Mac 2019 /PRNewswire/ -- Moerdijk ialah salah satu tapak pengeluaran petrokimia yang terbesar di Eropah manakala Taman Solar Moerdijk ialah salah satu taman solar yang terbesar di Belanda. Modul-modul di tapak ini dipasang oleh salah satu kontraktor EPC solar terkemuka, Biosar Energy (UK) Limited, iaitu anggota AKTOR Group. Menerusi lebih 12 tahun jalinan kerjasama yang membuahkan hasil dengan Suntech, Biosar merekayasa, memperoleh, membina dan mengendalikan loji-loji kuasa PV GW, termasuk beberapa penanda aras dalam industri, seperti loji di Moerdijk. Taman Solar Moerdijk direka bentuk dengan 76,000 modul solar sel separuh monohabluran yang berkecekapan tinggi yang dibawakan oleh Suntech. Modul-modul solar teknologi utama Suntech tiba di Pelabuhan Rotterdam pada September lalu dan kini menjana kira-kira 27 megawatt kapasiti puncak untuk Taman Solar Moerdijk Shell, bersamaan dengan penggunaan tenaga oleh 9,000 isi rumah Belanda. Dilaporkan bahawa semua modul solar di Taman Solar ini menunjukkan prestasi cemerlang dalam pengoptimuman litar dan pengurangan kehilangan dalaman, yang dikaitkan dengan usaha berterusan ke arah kualiti cemerlang oleh syarikat yang menuntut agar semua modul yang dikeluarkan perlu menjalani pelbagai ujian yang ketat bagi memastikan prestasi mantap dan selamat di tapak.

Taman Solar Moerdijk dibekalkan oleh Suntech
Taman Solar Moerdijk dibekalkan oleh Suntech

Sebagai jenama utama dalam tenaga boleh diperbaharui, Suntech dipilih oleh Shell (SNE) dan Biosar Energy (UK) Limited, kedua-duanya merupakan peneraju industri dalam bidang masing-masing. Berpandukan falsafah pengurusan "bertumpu pelanggan", Suntech mengguna pakai pengurusan yang lebih baik untuk berkhidmat dengan lebih baik kepada pelanggannya. Di samping bertindak balas pantas terhadap keperluan pelanggan berhubung bahagian pembuatan dengan pelaksanaan langkah-langkah yang pesat, Suntech amat terkenal dengan khidmat pelanggan dan keandalannya. Dengan tumpuan utamanya terhadap kepuasan pelanggan, Suntech mewujudkan penghubung komunikasi antara pelanggan dan syarikat, menubuhkan pusat-pusat khidmat pelanggan di seluruh dunia untuk merapatkan mereka.

Suatu simfoni baharu dalam rangkaian komersial Suntech, Solar Civilization, iaitu peralihan tenaga yang mengalihkan tumpuannya kepada persekitaran hidup yang lestari, dibuktikan oleh jalinan kerjasama, seperti kerjasama untuk loji kuasa PV Moerdijk Shell. Bermula dengan kedudukan utamanya dalam industri tenaga global, Shell aktif mempromosi transformasi tenaga dan menunjukkan contoh bagaimana syarikat-syarikat tenaga tradisional dapat mempromosi tenaga solar bagi menangani isu karbon dioksida dalam pengeluaran perindustrian.

Suntech ialah jenama fotovolta modul solar pertama yang dipilih oleh Biosar dan Shell sebagai pembekal yang boleh dipercayai. Suntech yakin bahawa jalinan kerjasama yang lancar antara Shell, Biosar dan Suntech menyediakan asas demi pencapaian selanjutnya. Di Moerdijk, tenaga tradisional dan tenaga baharu beroperasi bersama-sama seakan-akan suatu simfoni tenaga dimainkan. Legasi ini boleh diteruskan melalui pertumbuhan dan inovasi selanjutnya.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190318/2406030-1

Source: Suntech
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities