omniture

Jawatankuasa Sunhak Peace Prize terima pencalonan Sunhak Peace Prize ke-4 mulai Mac hingga Mei 2019

The Sunhak Peace Prize Committee
2019-03-21 08:00 2283

  • Panggilan Pencalonan untuk Sunhak Peace Prize kali ke-4  
  • Tempoh Penyerahan: Mac hingga Mei 2019

SEOUL, Korea Selatan, 21 Mac 2019 /PRNewswire/ -- Sunhak Peace Prize menganugerahi individu-individu atau organisasi-organisasi ternama yang memberi sumbangan penting kepada keamanan dan kebajikan generasi-generasi masa depan di serata dunia. Hadiah ini menekankan tiga aspek utama dalam penilaian terhadap calon-calonnya: Pembangunan Insan Lestari, Penyelesaian Konflik dan Pemuliharaan Ekologi. Penerima-penerima hadiah dipilih dua kali setahun oleh sebuah jawatankuasa antarabangsa dan menerima anugerah berjumlah satu juta dolar.

Dr. Hak Ja Han Moon mengasaskan Sunhak Peace Prize untuk meneruskan legasi dan visi Rev. Dr. Sun Myung Moon yang menubuhkan Persekutuan Keluarga untuk Kedamaian dan Penyatuan Dunia dan mendedikasikan hayat beliau untuk menggalakkan keamanan dunia, berusaha membina dunia yang mana semua umat manusia dapat hidup bersama-sama dengan harmoni. Anugerah sulung disampaikan pada tahun 2015. Upacara Penganugerahan kali ke-4 akan berlangsung pada tahun 2020, bagi memperingati ulang tahun kelahiran keseratus pengasasnya, Rev. Dr. Sun Myung Moon.

Kelayakan:

  • Individu atau organisasi yang menyumbang kepada aspek-aspek pembangunan lestari, penyelesaian konflik atau pemuliharaan ekologi
  • Individu atau organisasi yang secara positifnya memperbaiki kehidupan orang ramai dari pelbagai negara, bangsa, agama dan budaya demi keamanan

Para pencalon perlu melengkapkan borang pencalonan calon dan bahan sokongan, memperincikan pencapaian calon dan menghantar borang kepada Sekretariat Sunhak Peace Prize sebelum 31 Mei.

Jawatankuasa hadiah ini akan memutuskan Penerima Sunhak Peace Prize akhir pada bulan Oktober 2019 dan mengumumkan Penerima hadiah tidak lama kemudian. Upacara Penganugerahan akan diadakan pada Februari 2020 di Korea Selatan. Borang pencalonan boleh dimuat turun daripada laman sesawang rasmi (sunhakpeaceprize.org).

Sunhak Peace Prize pertama pada tahun 2015 dianugerahkan kepada En. Anote Tong, mantan Presiden Kiribati dan Dr. Modadugu Vijay Gupta, yang meningkatkan produktiviti perikanan melalui pembangunan kaedah-kaedah akuakultur.

Anugerah kedua pada tahun 2017, yang menumpu pada krisis pelarian dunia, dianugerahkan kepada pakar bedah Itali Dr. Gino Strada dan Dr. Sakina Yacoobi.

Sunhak Peace Prize terkini bagi tahun 2019 menumpu pada aspek keamanan dan pembangunan di Afrika. Penerima-penerima hadiah ialah Dr. Adesina, Presiden African Development Bank dan Waris Dirie, pengasas Yayasan Desert Flower.

Hubungi:

Sekretariat Jawatankuasa Sunhak Peace Prize
sunhakpeaceprize@gmail.com
TEL: +82-2-3278-5158, FAKS: +82-02-3278-5198

Source: The Sunhak Peace Prize Committee
Keywords: Workforce Management/Human Resources Awards Not for profit Future Events