omniture

Popsical ingin mengenalkan pengalaman karaoke futuristik ke lebih banyak kediaman dengan outlet khusus pertama di Malaysia

Popsical Karaoke Sdn. Bhd.
2019-03-22 22:10 1263

KUALA LUMPUR, Malaysia, 22 Mac 2019 /PRNewswire/ -- POPSICAL, jenama di sebalik sistem karaoke pintar dan yang paling kecil telah membuka outlet khusus di Malaysia di tingkat tiga (# T013E) Mid Valley Megamall, di mana ia berhasrat untuk memperkenalkan pengalaman nyanyian di rumah yang terbaik untuk mereka yang gemar menyanyi.

(Dari kiri) Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Eksekutif Faruq Marican, penyanyi Andi Bernadee, Zee Avi dan Baby Shima, Pengasas & Ketua Pegawai Teknologi Fadhli Rahim dan Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Operasi Umar Abdul Hamid Marican bergambar di hadapan outlet POPSICAL baharu di Mid Valley Megamall.
(Dari kiri) Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Eksekutif Faruq Marican, penyanyi Andi Bernadee, Zee Avi dan Baby Shima, Pengasas & Ketua Pegawai Teknologi Fadhli Rahim dan Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Operasi Umar Abdul Hamid Marican bergambar di hadapan outlet POPSICAL baharu di Mid Valley Megamall.

Ditubuhkan oleh Popsical Karaoke Sdn. Bhd., mereka yang gemar menyanyi kini boleh mendendangkan suara mereka dengan menguji dan membeli produknya dari outlet ini.

Outlet ini adalah yang pertama di antara yang lain yang dirancangkan untuk dibuka di seluruh Malaysia tatkala ia memulakan pelan pengembangan serantaunya di Asia Tenggara dan kawasan lain.

Sambutan Pembukaan Umum Outlet Sabtu ini 23 Mac 2019

Popsical akan mengadakan sambutan pembukaan rasmi outlet ini pada Sabtu ini, 23 Mac 2019 dari jam 11 pagi hingga 9 malam dan para pelanggan akan diberikan tawaran istimewa sehingga RM500 diskaun daripada harga biasa peralatan karaoke Popsical Remix, sesi ramah tamah dengan selebriti seperti Amyra Rosli dan Ben Ladin dan menerima beg hadiah edisi terhad.

Mereka yang tidak dapat kunjungi outlet ini juga boleh menikmati Popsical Remix dengan harga istimewa RM999 (U.P. RM1499) dengan menggunakan kod promosi POP23 ketika membeli di www.popsical.com.  

Latar Belakang Popsical

Popsical diasaskan pada tahun 2016 oleh tiga peminat karaoke yang bertekad untuk memperbaiki pengalaman karaoke. Popsical merupakan generasi akan datang Karaoke - sistem berasaskan awan yang mempunyai semua ciri-ciri set karaoke tradisional dan banyak lagi.

sistem karaoke tradisional biasanya bersaiz besar, mahal, dan mengehadkan pilihan lagu anda kepada CD yang tersedia atau lagu yang disimpan secara dalaman. Popsical membawa perkakasan terbaik dan perisian antara muka pengguna yang lancar untuk menyampaikan pengalaman karaoke yang hebat, dan apa yang anda perlukan adalah sambungan internet untuk menyemak imbas pustaka karaoke yang semakin berkembang yang terdiri daripada lebih daripada 200,000 lagu dalam 14 bahasa yang berbeza. Popsical Remix juga dilengkapi dengan kesan modulasi suara dan kesan pengoptimuman nada yang akan memastikan pengalaman menyanyi terbaik untuk semua.

Artikel penuh tersedia di: https://my.popsical.com/blogs/news/smart-karaoke-popsical-has-opened-its-flagship-store-in-mid-valley-megamall-to-introduce-the-future-of-karaoke-to-Malaysia  

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi/lawati:

Shahreza Shahrir 
No.hubungan: +6019-414-7088 
Emel: shahreza@popsical.com  
Laman Sesawang: www.popsical.com  
Halaman Facebook: www.facebook.com/popsicalkaraokemy  

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190321/2410228-1

Source: Popsical Karaoke Sdn. Bhd.
Related Links:
Keywords: Entertainment Music New products/services