WASHINGTON, 23 Mac 2019 /PRNewswire/ -- iPinYou, platform programatik yang terkemuka di China, baru-baru ini bekerjasama dengan Weibo untuk menyepadukan data pengguna Cina mereka dan inventori media ke dalam platform programatik iPinYou. Penyepaduan ini dapat membantu jenama-jenama menavigasi dan menafsirkan lanskap media China yang rumit dan memaksimumkan kecekapan pengiklanan. Grace Huang, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif iPinYou berkata, "iPinYou amat menghargai penyepaduan bersama Weibo DMP. Platform ini, dengan sifatnya yang berorientasi sosial dan mengehoskan maklumat, membolehkan iPinYou untuk menawarkan pelanggan dengan penyelesaian pengiklanan yang lebih bersepadu untuk meningkatkan kecekapan pemasaran."
Media sosial di China berkembang pesat menerusi lanskap berbeza berbanding dalam masyarakat barat. Baidu, Alibaba dan Tencent (BAT) mendominasi hampir setiap aspek internet Cina, dengan perniagaan terasnya bermula dengan carian web kepada media sosial. Oligopoli media digital BAT mendasari perjalanan pengguna yang unik di China, yang menuntut penyelesaian pembelian media yang lebih sofistikated untuk jenama-jenama antarabangsa.
Media sosial mempunyai kelebihan-kelebihan unik yang dapat membantu jenama-jenama menghubungkan audiens baharu. Pengguna internet Cina amat terhubung dan terlibat dalam komuniti sosial maya dan iPinYou bekerjasama dengan Weibo untuk membantu jenama-jenama berhubung dengan audiens ini. Platform pengurusan data (DMP) mereka membolehkan pengiklan-pengiklan terus menyasarkan audiens berdasarkan tingkah laku media sosial pengguna termasuk penglibatan berasaskan akaun, pengikut jenama dan tagar. Iklan-iklan yang beroperasi pada platform ini dihantar dalam format-format unik, seperti iklan '9 square' mereka dan dibenamkan dengan pautan mendalam untuk membawa semula pengguna ke aplikasi syarikat.
Menyasarkan semula prospek audiens baharu adalah amat penting untuk pengiklan bagi meningkatkan kecekapan pemasaran dan menjana ROI yang positif. iPinYou membantu satu pelanggan e-dagang antarabangsa menyasarkan pembeli untuk membawa mereka semula ke aplikasi mudah alihnya bagi menyelesaikan pembelian. Kempen ini dapat menjana 3.5 kali lebih pulangan daripada perbelanjaan iklan berbanding kempen pemasaran semula portal tradisional. iPinYou bekerjasama dengan pengiklan untuk mengenal pasti isyarat-isyarat penting melibatkan minat dan hasrat pengguna dengan lebih baik melalui penyepaduan API atau penjejakan pihak ketiga yang membolehkan 'postback' aktiviti aplikasi mudah alih dan juga menyediakan pandangan data kepada pelanggan. Penyelesaian data dan media bersepadu seperti ini membantu jenama-jenama berhubung dan menukarkan audiens yang tepat merentas berbilang saluran dan membantu pemasar untuk mencapai matlamat pemasaran mereka.
Dengan memanfaatkan platform programatik holistik dan keupayaan media sosial bersepadu iPinYou, pemasar-pemasar boleh memaksimumkan pulangan daripada nilai dolar pengiklanan mereka dan meningkatkan kecekapan pemasaran keseluruhan dengan jayanya.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi iPinYou di international@ipinyou.com