omniture

Sinopec Rintis Keluarkan Laporan 2019 Industri Tenaga China

Sinopec Group
2019-03-26 16:24 640

RIYADH, Arab Saudi, 26 Mac 2019 /PRNewswire/ -- China Petroleum & Chemical Corporation (Sinopec), syarikat penapis utama Asia, mengeluarkan "Laporan Pembangunan Industri Tenaga dan Petrokimia China 2019" (Laporan) di Riyadh, Arab Saudi hari ini, menjadi syarikat Cina pertama yang menerbitkan laporan-laporan penyelidikan ke luar negara yang meliputi seluruh rantaian nilai petrokimia.

Pada majlis pelancaran ini, ditaja bersama oleh International Energy Forum (IEF), pakar-pakar daripada Institut Penyelidikan Ekonomi & Pembangunan Sinopec mengkaji dengan teliti industri petrokimia China, berkongsi pandangan tentang pelbagai topik termasuk empat dekad pembangunan industri tenaga China, hala tuju masa depan sektor ini, trend dalam pasaran minyak antarabangsa serta transformasi ekosistem tenaga.

"Arab Saudi ialah pengeluar minyak global utama dan salah satu pengeksport minyak yang terbesar manakala China merupakan pengimport minyak mentah yang terbesar di dunia," kata Sun Xiansheng, Setiausaha Agung IEF, yang mempengerusikan majlis. "Penerbitan laporan ini akan membantu menggalakkan pertukaran antara China dan Arab Saudi dalam sektor tenaga dan akan turut memberi kesan yang meluas berhubung jalinan kerjasama yang lebih erat dan usaha penyelidikan bersama antara kedua-dua negara."

Zhu Xinglong, kaunselor ke kedutaan Cina di Arab Saudi berkata: "Pertumbuhan ekonomi China yang pesat telah mendapat manfaat daripada dasar buka pintu dan inovasi dalam industri tenaga China selain bantuan daripada rakan-rakan dalam sektor tenaga global, khususnya sokongan dan kerjasama daripada komuniti tenaga Arab Saudi."

"Laporan ini akan membolehkan rakan-rakan dan utusan-utusan khas dari semua lapisan masyarakat di Arab Saudi mendapat pemahaman yang lebih menyeluruh, objektif dan sistematik tentang keadaan dan trend semasa dalam industri tenaga dan petrokimia China, lalu membuka jalan untuk jalinan kerjasama selanjutnya yang lebih meluas antara China dan Arab Saudi dalam bidang ini."

Majlis ini turut dihadiri oleh Zhao Liuqing dari kedutaan Cina di Arab Saudi dan duta-duta dari hampir 20 negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Denmark, Perancis, Singapura, Afrika Selatan, Itali, Romania dan Korea Selatan.

Lebih 60 hadirin termasuk wakil-wakil dari Kementerian Tenaga, Industri dan Sumber Mineral Arab Saudi, Saudi Basic Industries Corp (SABIC), Prince Sultan University, Riyadh Newspaper dan agensi-agensi kerajaan tempatan yang lain, firma-firma tenaga, universiti-universiti serta rakan media mengambil bahagian dalam acara ini.

Laporan kajian tahunan Sinopec merupakan yang pertama oleh sebuah syarikat Cina yang merangkumkan seluruh rantaian nilai industri termasuk ekonomi, tenaga, penapisan dan petrokimia.

Dibahagikan kepada tiga modul iaitu ekonomi, industri dan topik hangat, laporan berkenaan mencakupi sektor-sektor tenaga huluan, penapisan minyak semasa dan petrokimia hiliran serta membincangkan tentang enam rantaian industri serta lebih 40 produk.

Menganalisis dengan teliti industri tenaga dan petrokimia China pada tahun 2018 dan meramalkan masa depan sektor tersebut bagi tahun 2019, laporan berkenaan, yang disokong oleh data industri utama, memperjelas pemahaman mendalam tentang industri tenaga China daripada syarikat-syarikat minyak Fortune 500 serta kumpulan pemikir yang cemerlang dari dalam dan luar negara.

Laporan Sinopec bukan sahaja memenuhi keperluan industri bagi tujuan pengeluaran, operasi, penyelidikan dan perancangan, tetapi akan turut membantu meningkatkan pengaruh dan dominasi China dalam industri tenaga dan petrokimia global.

Latar Belakang Sinopec

China Petroleum & Chemical Corporation (Sinopec Corp.) ialah syarikat yang disenaraikan dalam bursa saham domestik dan antarabangsa yang berpangkalan di Beijing. Syarikat ini, diperbadankan pada tahun 2000, ialah konglomerat penapisan minyak, gas dan petrokimia yang terbesar di dunia dengan operasi huluan, semasa dan hiliran bersepadu, perniagaan utama minyak dan petrokimia yang mantap. Sinopec komited terhadap misinya untuk "Memperkasa Kehidupan Lebih Baik" dan wawasan untuk membina syarikat tenaga dan kimia yang terkemuka di dunia yang dapat menangani keperluan semua individu.

 

Source: Sinopec Group
Keywords: Oil/Energy Utilities Survey, Polls & Research