omniture

Risen Energy: Pengsekuritian Aset-aset Solar Dilihat sebagai Trend Baharu dalam Pembiayaan Tenaga Solar

Risen Energy Co., Ltd
2019-03-29 07:51 1363

NINGBO, China, 29 Mac 2019 /PRNewswire/ -- Pada 25 Mac 2019, pengarah pelaburan dan pembiayaan luar negara Risen Energy Co., Ltd. Zhang Jieling menghadiri Sidang Kemuncak BNEF tahunan di New York dan membentangkan rancangan baharu oleh syarikat untuk pembiayaan tenaga solar pada tahun 2019.

Risen Energy: Pengsekuritian Aset-aset Solar Dilihat sebagai Trend Baharu dalam Pembiayaan Tenaga Solar
Risen Energy: Pengsekuritian Aset-aset Solar Dilihat sebagai Trend Baharu dalam Pembiayaan Tenaga Solar

Cik Zhang berkata, "Tatkala pengsekuritian aset-aset solar dalam proses menjadi tumpuan khas seterusnya dalam pembiayaan projek solar, Risen Energy kini bergiat aktif merancang pengsekuritian dan dijangka memulakan seluruh proses pada suku keempat tahun ini. Kecekapan utama Risen Energy termasuk lebih sedekad pengalaman seluruh dunia sebagai pengeluar kuasa bebas, pasukan luar negara dengan daya saing antarabangsa, pengalaman profesional dalam pembangunan projek, pembiayaan projek, pelaburan serta EPC dan lebih penting, hubungan yang kukuh dan andal dengan institusi-institusi kewangan seluruh dunia."

Apabila mengulas tentang faedah-faedah sekuriti disokong aset (ABS), Cik Zhang berkata, "Pengumpulan aset-aset ke dalam sekuriti membolehkan pengeluar mengeluarkan aset-aset tertentu daripada kunci kira-kira mereka dan turut mengasingkan pelabur daripada risiko operasi kumpulan. Selain itu, ABS menyediakan pelabur, yang terdedah hanya kepada aset-aset standard, dengan akses kepada rangkaian lebih luas peluang-peluang berkaitan industri dan perniagaan. Pasaran-pasaran modal ini menawarkan dana-dana jangka lebih panjang dan kos lebih rendah. Kos pembiayaan lebih rendah dikaitkan dengan ABS mempercepatkan pengurangan kos leveraj dalam mengumpul dana menggunakan aset-aset tenaga dan meningkatkan daya saing kuasa PV apabila dibandingkan dengan jenis-jenis tenaga yang lain."

Cik Zhang turut berkongsi perancangan masa depan Risen Energy dan tarikannya terhadap pasaran modal, "Risen Energy akan meluaskan projek-projek solarnya di Australia, Amerika Latin, Timur Tengah dan Afrika, selain memperkenalkan penyelesaian simpanan tenaga kami ke dalam pasaran-pasaran yang mana grid adalah agak lemah, membantu syarikat meningkatkan daya saing perindustrian dan antarabangsanya dalam seluruh rantaian nilai tenaga solar. Kami percaya penambahan simpanan tenaga akan menarik perhatian pasaran modal, dan diperhatikan bahawa kebanyakan pelabur telah melihat bahawa penambahan sistem PV dengan penyelesaian simpanan tenaga semakin menjadi salah satu trend utama dalam industri. Kami berharap agar dapat meluaskan hubungan kami dengan institusi-institusi kewangan yang bertujuan untuk mewujudkan leveraj yang berkesan untuk pelaburan kami dengan dana berkos lebih rendah."

Risen Energy akan menjadi salah satu pengeluar modul solar pertama yang memberi idea untuk menawarkan sekuriti yang disokong aset solar dalam amalan perniagaannya.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190328/2414160-1

Source: Risen Energy Co., Ltd
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities