omniture

Schindler Perkukuh Kehadiran di Kawasan Jawa Tengah Indonesia

Schindler Group
2019-03-30 03:55 1368

PT Berca Schindler Lifts perluas dan rasmikan cawangan canggih di Yogyakarta.

HONG KONG, 30 Mac 2019 /PRNewswire/ -- Pada 26 Mac 2019, PT Berca Schindler Lifts (BSL) secara rasminya mengumumkan pengukuhan kedudukannya dengan meluaskan jejaknya ke kawasan Jawa Tengah. Terletak di Yogyakarta, cawangan keempat telahpun dibuka dan mengesahkan komitmen selama hampir 20 tahun menyediakan pelanggan Indonesia dengan penyelesaian pengangkutan vertikal. Tambahan pula, ini terus menyokong cita-cita BSL dalam usaha menjadi penyedia lif dan eskalator yang terkemuka di rantau ini.

Upacara gong bersama wakil-wakil PT BSL dan salah satu rakan kongsi paling lamanya, PT Putera Mataram Mitra Sejahtera -- bagi menandakan pembukaan Cawangan Yogyakarta Schindler. Dari kiri ke kanan: Thibaut Le Chatelier -- Presiden Pengarah BSL, Ricky Aditya -- Pengurus Cawangan Yogyakarta, Surya Ananta - Pengurus Besar PT Putera Mataram Mitra Sejahtera, Joseph Hasnan -- Pengarah Pemasangan Baharu Projek Besar dan Perniagaan BSL
Upacara gong bersama wakil-wakil PT BSL dan salah satu rakan kongsi paling lamanya, PT Putera Mataram Mitra Sejahtera -- bagi menandakan pembukaan Cawangan Yogyakarta Schindler. Dari kiri ke kanan: Thibaut Le Chatelier -- Presiden Pengarah BSL, Ricky Aditya -- Pengurus Cawangan Yogyakarta, Surya Ananta - Pengurus Besar PT Putera Mataram Mitra Sejahtera, Joseph Hasnan -- Pengarah Pemasangan Baharu Projek Besar dan Perniagaan BSL

Semasa upacara pelancaran, Thibaut Le Chatelier, Presiden Pengarah BSL, menjelaskan tentang peranan penting Schindler dalam pembangunan infrastruktur dan hartanah Indonesia yang pantas berkembang. Bermula dengan lif komersial kepada lif rumah, Schindler menawarkan pelbagai pilihan penyelesaian mobiliti vertikal. Sebagai salah satu pasaran utama di Indonesia, Yogyakarta amat dikenali sebagai destinasi untuk pelancong dan tumpuan kepada kumpulan pelajar yang besar. Dengan banyaknya pembangunan baharu yang bakal menyusul, penting agar orang ramai mendapat penyelesaian yang selamat dan cekap untuk bergerak dengan mudah dalam seluruh bangunan-bangunan ini.

Wakil-wakil PT BSL mendemonstrasikan simulasi peralatan keselamatan
Wakil-wakil PT BSL mendemonstrasikan simulasi peralatan keselamatan

Cawangan Yogyakarta menjadi lambang komitmen jangka panjang Schindler di Indonesia.  BSL akan membawakan piawaian perkhidmatan yang sama cemerlang kepada cawangan ini sama seperti terhadap tiga cawangan yang lain. Bagi memastikan produk dan perkhidmatan penyelenggaraan Schindler selamat dan andal -- BSL berdedikasi terhadap pembangunan insan melalui pusat latihan komprehensifnya, The Knowledge Center. Ditubuhkan pada tahun 2017, The Knowledge Center dilengkapi dengan 3 syaf latihan, 9 bilik latihan dan beberapa simulator latihan. Demi melanjutkan keupayaan perkhidmatan penyelenggaraannya, Schindler mendepani penyelesaian teknologi digital dan inovatif yang menghubungkan produk kami, pengguna, juruteknik dan pusat panggilan demi pengalaman penumpang yang lebih baik.

"Kami benar-benar yakin bahawa kami telah memilih rakan kongsi yang tepat. Schindler bukan hanya menyediakan produk-produk yang amat canggih, tetapi juga perkhidmatan yang andal untuk projek-projek kami," kata Surya Ananta, Pengurus Besar, PT Putera Mataram Mitra Sejahtera.

Latar Belakang Schindler

Ditubuhkan di Switzerland pada tahun 1874, Schindler Group ialah penyedia global utama untuk lif, eskalator dan perkhidmatan berkaitan. Penyelesaian mobiliti Schindler menggerakkan lebih satu bilion orang setiap hari di seluruh dunia. Di sebalik kejayaan syarikat berdirinya lebih 64,000 kakitangan di lebih 100 negara.

Latar Belakang PT Berca Schindler Lifts

PT. Berca Schindler Lifts (BSL) ditubuhkan pada tahun 2000 sebagai satu usaha sama antara Central Cipta Murdaya Group dan Jardine Schindler Group – penyedia mobiliti global yang terkemuka untuk lif, eskalator dan perkhidmatan berkaitan. Ibu pejabat BSL terletak di Jakarta dengan cawangan-cawangannya berada di Medan, Bali, Surabaya dan Yogyakarta.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190328/2417325-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190328/2417325-1-b
Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20141111/8521406714LOGO

 

Source: Schindler Group
Keywords: Construction/Building Transportation Corporate Expansion New products/services