omniture

Suning.com dedah pertumbuhan berbanding tahun sebelumnya sebanyak 30.35% pada tahun 2018

Suning Holdings Group
2019-04-01 09:35 991

NANJING, China, 1 April 2019 /PRNewswire/ -- Suning.com (002024.SZ), peruncit pintar dalam talian ke luar talian (O2O) terbesar di China, mengumumkan pendapatan operasi RMB 244.96 bilion (36.479 bilion USD) meningkat 30.35% berbanding tahun sebelumnya; jumlah jualan RMB 336 bilion (50.16 bilion USD), meningkat sebanyak 38.39%, dan keuntungan bersih yang boleh diagihkan kepada pemegang saham ekuiti syarikat ialah RMB 13.328 bilion (1.984 bilion USD).

Pertumbuhan yang Kukuh dalam Perniagaan Dalam Talian dan Luar Talian

Pada tahun 2018, Suning mengumumkan strategi pembangunan runcit pintarnya, yang meyasarkan untuk mempercepatkan pengembangan perniagaannya dalam talian dan luar talian. Angka kewangan mewakili prestasi terbaik untuk syarikat China pada tahun lepas dan mendedahkan hasil yang luar biasa strategi runcit pintarnya.

Syarikat memiliki 11,064 kedai-kedai fizikal di luar talian di tanah besar China, Hong Kong dan Jepun, yang meliputi senario penggunaan pelbagai termasuk Suning Retail Store Franchise Cloud, SuFresh (supermarket makanan segar) dan Suning Convenience Stores dan Redbaby (kedai bekalan ibu dan anak) .

Prestasi perniagaan dalam talian Suning.com terus meningkat. Pada tahun 2018, hasil jualan menyaksikan pertumbuhan kukuh sebanyak 64.45%, jauh melebihi purata industri, dengan jumlah jualan sebanyak RMB 208.354 bilion. Bilangan pengguna keahlian berdaftar mencapai 407 juta.

Pada tahun 2018, menerusi perkongsian strategik dengan RT-Mart, Lotus Market, Auchan, keupayaan pengurusan komoditi Suning yang khusus terus kukuh dan kecekapan rantaian bekalan telah bertambah baik. Setakat akhir tahun 2018, jualan perkakas rumah Suning menduduki tempat pertama di pasaran perkakas rumah negara (China), menyumbang 22.1% daripada bahagian pasaran.

Perkukuh Logistik, Keupayaan Perkhidmatan Kewangan dan Teknologi

Suning telah membuat pelaburan kukuh dalam pembinaan infrastruktur runcit seperti logistik, kewangan, dan teknologi, untuk meningkatkan perkhidmatan, produk dan mengukuhkan daya saing pasarannya.

Suning Logistics dan Tian Tian Express mempunyai jumlah simpanan sebanyak 9.5 juta meter persegi, meningkat 38.48% berbanding tahun sebelumnya; rangkaian logistik meliputi 351 bandar peringkat wilayah dan 2,858 daerah dan wilayah.

Suning Financial Services menyaksikan peningkatan 55% berbanding tahun sebelumnya dalam jumlah urus niaga, dan jumlah aset Suning Bank meningkat sebanyak 116% berbanding dengan awal tahun ini. Pada Disember 2018, Suning Financial Services melancarkan pusingan C peningkatan modal dan pengembangan saham, dengan penilaian selepas pelaburan RMB 56 bilion (kira-kira 8.34 bilion USD).

Pada 2018, perbelanjaan R&D Suning.com meningkat sebanyak 80.81% berbanding tahun sebelumnya, dan bilangan jurutera teknologi meningkat sebanyak 52.57%. Pada awal tahun 2019, syarikat telah menubuhkan Suning Technology Group, untuk meningkatkan penyelidikan dan pembangunan teknologi runcit demi memberikan strategi runcit pintar yang lebih baik.

Latar Belakang Suning

Ditubuhkan pada tahun 1990, Suning mesalah satu syarikat komersial utama di China dengan dua syarikat awam di China dan Jepun. Pada tahun 2018, Suning Holdings menduduki tempat kedua di kalangan 500 syarikat milik bukan kerajaan terkemuka di China dengan pendapatan tahunan sebanyak 80.85 bilion USD (557.9 bilion RMB). Dengan misi "Memimpin Ekosistem merentasi Industri dengan Mewujudkan Kualiti Hidup Elit untuk Semua", Suning telah memperkuat dan memperluas perniagaan utamanya melalui lapan industri vertikal: Suning.com, Logistik, Perkhidmatan Kewangan, Teknologi, Harta Tanah, Sukan, Media & Hiburan, dan Pelaburan. Suning.com disenaraikan di 2018 Fortune Global 500. Untuk mendapatkan maklumat lanjut lihat www.suningholdings.com

Source: Suning Holdings Group
Related Stocks:
Shenzhen:002024
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Retail Earnings