omniture

Haier Kedudukan Pertama dalam Pasaran Penyaman Udara Magnetik Global 2018

Haier Home Appliances
2019-04-01 10:29 731

QINGDAO, China, 1 April 2019 /PRNewswire/ -- Qingdao Haier Home Appliance, berada pada kedudukan pertama dalam pasaran penyaman udara pusat magnetik global dengan 13.5% bahagian pasaran, menurut Laporan Industri Penyaman Udara Pusat Magnetik Global 2018.

Haier Ranks First In 2018 Magnetic Air Conditioner Global Market.
Haier Ranks First In 2018 Magnetic Air Conditioner Global Market.

Laporan itu dikeluarkan pada Sidang Kemuncak Penyaman Udara Pusat 2019 yang diadakan di Guiyang, di barat daya Wilayah Guizhou, China. Menurut laporan itu, Haier juga berada di hadapan dalam pasaran China, dengan jualan tahunan penyaman udara pusat magnetik meningkat 80% berbanding tahun sebelumnya.

Pada sidang kemuncak itu, Haier mempamerkan kejayaannya dalam bidang penyaman udara yang merangkumi dekad yang lalu. Pada tahun 2006, ia membangunkan penyaman udara pusat magnetik pertama China, menandakan permulaan era "bebas minyak" bagi industri penyaman udara pusat. Ia kemudiannya mencipta penyaman udara pam haba sumber air pertama di dunia pada tahun 2009, dan penyaman udara pusat magnetik penyejuk udara pertama di China pada tahun 2011. Dengan pelancaran terbaharu dua produk yang pertama di dunia – penyaman udara pusat magnetik IoT dan penyaman udara pusat magnetik pam haba penyejukan udara - Haier menunjukkan bahawa ia telah mewakili piawaian tertinggi industri sejak 13 tahun yang lalu.

"Haier Air Conditioning komited untuk menyediakan pengalaman hidup dan pengalaman kerja yang lebih bersih dan lebih selesa," kata Wang Li, Naib Presiden Haier Home Appliance Industry Group dan Pengurus Besar Haier Air Conditioning, "Kami sangat memfokuskan penggunaan teknologi 5G dalam industri perkakas rumah, bersama dengan penemuan berteknologi tinggi yang lain, dengan harapan dapat menyediakan persekitaran hidup yang lebih mesra alam dan lebih sihat untuk pengguna kami."

Rahsia di sebalik kejayaan Haier terletak pada visi berpandangan ke hadapan jenama ini. Haier menawarkan penggunaan teknik IoT dalam sistem penyaman udara; dengan menghubungkan penyaman udara ke IoT menggunakan teknologi 5G terkini, ia telah berjaya merealisasikan interaksi masa nyata antara reka bentuk, pembuatan, pengeluaran, pengangkutan dan pemasangan, membawakan penyelesaian pintar untuk kitaran pengeluaran ekologi. Sistem penyaman udara pusat magnetik Haier amat dialu-alukan dalam industri perkilangan, hotel dan hospital.

Latar Belakang Haier

Haier Home Appliance ialah jenama perkakas rumah No.1 di dunia, dengan 10.5% bahagian pasaran global. Jenamanya termasuk Haier, Casarte, dan Leader di China, GE Appliances di AS, Fisher & Paykel di New Zealand, dan AQUA di Jepun. Pada masa ini, Haier Home Appliance berubah daripada pengeluar tradisional kepada platform keusahawanan terbuka tatkala ia membina ekosistem rumah pintar yang benar-benar global. Dengan berbuat demikian, Haier terus meningkatkan nilai pengguna produk dan perkhidmatannya, memberikan pengalaman rumah pintar yang saling terhubung untuk pelanggan di serata tempat. Untuk maklumat lanjut, lawati: http://www.haier.net/en/

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190329/2418679-1

Source: Haier Home Appliances
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Household/Consumer/Cosmetics HVAC