omniture

WeDo Technologies Umum Keputusan Tahun Fiskal 2018

WeDo Technologies
2019-04-02 20:00 768

WASHINGTON, 2 April 2019 /PRNewswire/ -- WeDo Technologies - peneraju seluruh dunia bagi jaminan pendapatan dan pengurusan penipuan, terus mengukuhkan kepimpinan pasarannya dalam penyelesaian perisian pengurusan risiko susulan Tahun Fiskal 2018 yang membuahkan hasil, yang melibatkan pemerolehan pelanggan baharu, peluasan portfolio produknya dan peningkatan jejaknya di seluruh dunia dan ke dalam vertikal baharu.

Sorotan Utama Kewangan Tahun Fiskal 2018 termasuk: 

  • Pendapatan berulang sebagai peratusan daripada jumlah pendapatan kekal stabil pada ~50%
  • Pesanan meningkat kepada lebih €60 juta – termasuk 14% pertumbuhan dalam perkhidmatan terurus
  • Tunggakan pesanan mencecah €42.8 juta – pertumbuhan 9% berbanding tahun 2017
  • Pertumbuhan EBITA berbanding tahun sebelumnya yang kukuh

Sorotan Utama Operasi Tahun Fiskal 2018 termasuk:

  • Jejak pelanggan yang meningkat dengan 12 pelanggan baharu di Eropah, MEA, Amerika Utara, APAC dan Amerika Selatan
  • Terus memperluas kehadirannya dalam industri telekomunikasi sekaligus mengembangkan jejak globalnya dalam segmen tenaga, peruncitan, perbankan, insurans dan penjagaan kesihatan
  • Melancarkan RAID 8.0 berserta modul produk baharu yang menampilkan keupayaan AI, pembelajaran mesin dan analitik termaju
  • Melaksanakan pemasangan langsung baharu RAID.Cloud, penyelesaian SaaS natif-awan
  • Mengumumkan perjanjian dengan Amazon Web Services
  • Diiktiraf oleh Gartner sebagai Vendor Tumpuan dalam Laporan Pengurusan Penipuan CSPnya 
  • Dianugerahkan dengan Anugerah Kepimpinan Pasaran untuk Jaminan Kewangan oleh Frost & Sullivan

Rui Paiva, Ketua Pegawai Eksekutif WeDo Technologies, mengulas:

"Tahun 2018 merupakan tahun yang menonjol di WeDo secara keseluruhannya. Tumpuan kami untuk melabur dalam portfolio produk kami dan mendorong inovasi diterima baik oleh penyedia perkhidmatan komunikasi, tenaga, peruncitan, perbankan, insurans dan penjagaan kesihatan yang terkemuka di dunia.

"Saya berasa gembira khususnya kerana dapat melihat peningkatan momentum yang dialami oleh penyelesaian SaaS RAID.Cloud kami dalam pasaran memandangkan ia menunjukkan peningkatan penerimaan tawaran berasaskan awan oleh CSP. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pelanggan dan rakan kongsi kami yang meletakkan kepercayaan mereka kepada kami setiap hari untuk menunaikan janji kami. Selain itu, kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan WeDo di seluruh dunia yang memainkan peranan penting dalam memastikan kejayaan pelanggan dan memperkukuh kedudukan kepimpinan pasaran kami."

Penyelesaian pengurusan risiko WeDo, mencakupi pengurusan penipuan, jaminan pendapatan dan jaminan perniagaan, memberikan set instrumen yang komprehensif untuk menyokong strategi-strategi transformasi digital CSP tatkala mereka bersiap sedia untuk 5G dan IoT. Selain menyediakan keupayaan pembelajaran mesin dan AI, platform Pengurusan Risiko RAID merupakan platform di premis / berasaskan awan yang menyediakan CSP dan penyedia perkhidmatan yang mantap dan terkemuka dengan kebolehskalaan dan kefleksibelan yang tiada tandingan.

Latar Belakang WeDo Technologies  

Ditubuhkan pada tahun 2001, WeDo Technologies ialah peneraju pasaran bagi penyelesaian perisian Jaminan Pendapatan dan Pengurusan Penipuan untuk organisasi-organisasi Telekomunikasi, Media dan Teknologi seluruh dunia.

WeDo Technologies menyediakan perisian Pengurusan Risiko dan Pengurusan Perniagaan serta perundingan pakar dan analitik merentas lebih 105 negara, melalui jaringan melibatkan lebih 600 ahli profesional berkemahiran tinggi yang berada di Eropah, AS, Amerika Latin, Afrika, Timur Tengah dan Asia Pasifik.  

Penyelesaian pengurusan risiko WeDo Technologies menganalisis kuantiti data besar yang membolehkannya memantau dan mengawal proses bagi menjamin perlindungan pendapatan serta pengurangan risiko manakala penyelesaian pengurusan perniagaan membolehkan pengautomatan dan pengoptimuman pelbagai proses perniagaan seperti pampasan insentif, pengumpulan dan pengurusan perayauan.

Dengan lebih 200 pelanggan, termasuk beberapa pelanggan daripada organisasi-organisasi cip biru yang terkemuka di dunia, WeDo Technologies telah lama diiktiraf sebagai penginovasi tetap dalam menjamin kejayaan pelanggannya sepanjang perjalanan transformasi yang berterusan.

WeDo Technologies. Ketahui Apa Yang Tidak Diketahui.

www.wedotechnologies.com 

Hubungi

QUEXOR GROUP INC.
Barbara Henris
bhenris@quexor.com 
Tel. Bimbit: +1-(703)-470-9446

WeDo Technologies
Sara Machado - Ketua Komunikasi Pemasaran
sara.machado@wedotechnologies.com
Tel. +351-210-111-400 

Source: WeDo Technologies
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Accounting news, issues Corporate Expansion Data Analytics