omniture

Viettel bawakan teknologi eSIM ke Laos, dalam proses ubah lanskap telekomunikasi global

Viettel Group
2019-04-04 20:56 1493

VIENTIANE, Laos, 4 April 2019 /PRNewswire/ -- Unitel -- Jenama Viettel di Laos, secara rasminya menjadi pengendali rangkaian mudah alih pertama negara untuk melancarkan teknologi eSIM. eSIM ialah kad sim yang dibina dalam telefon yang membolehkan pengguna menukar syarikat telekomunikasi menggunakan tetapan telefon mereka dan bukannya memasukkan sim baharu.

Ini bukan sahaja memberi kemudahan kepada pengguna bahkan eSIM juga dapat menyingkirkan penggunaan kad sim fizikal yang diperbuat daripada bahan-bahan pepejal yang berkemungkinan akan meningkatkan jumlah sampah dalam alam sekitar.

Tatkala dunia berkembang maju dalam teknologi dan kesedaran terhadap alam sekitar, produk-produk seperti eSIM menjadi lebih popular. Dengan menyediakan teknologi eSIM di Laos, Unitel membantu negara menduduki tempat ketujuh antara 10 Negara Anggota ASEAN dari segi penyediaan teknologi telekomunikasi yang terkini. Biarpun perkhidmatan ini baru sahaja dilancarkan pada awal Mac, Unitel bermatlamat untuk menggalakkan sekurang-kurangnya 10,000 pelanggannya untuk menukar kad sim fizikal mereka kepada eSIM menjelang penghujung tahun 2020.

Laos ialah pasaran keempat di Asia Tenggara yang dibekalkan perkhidmatan ini secara rasminya oleh Viettel. Syarikat telekomunikasi Vietnam ini juga merupakan pengendali rangkaian mudah alih pertama yang menyediakan teknologi eSIM ini di Myanmar, Vietnam dan juga Kemboja.

Penyediaan teknologi eSIM hanyalah satu permulaan bagi matlamat Viettel untuk mengubah lanskap telekomunikasi global secara digital. Syarikat gergasi telekomunikasi ini menyasarkan untuk menjadi pelopor dalam teknologi Internet Pelbagai Benda yang membekalkan sambungan "pintar" ke serata dunia.

"Viettel mempunyai platform dan infrastruktur yang tersedia dengan baik dan melakukan transformasi digital dalam bidang-bidangnya seperti telekomunikasi dan teknologi maklumat. Ini termasuk aplikasi teknologi terkini di dunia demi kehidupan yang lebih mudah," kata En. Tao Duc Thang, Timbalan Ketua Pengarah Viettel Group.

Metfone

Satu lagi jenama Viettel di Laos, Metfone, menjadi pengendali rangkaian mudah alih pertama dalam pasaran untuk melancarkan teknologi tambah nilai yang pantas melalui pengimbasan kod QR. Dengan menggunakan dua aplikasi Metfone termasuk My Metfone dan dompet digital eMoney (dibangunkan dan dikendalikan oleh Metfone) untuk mengimbas kod QR, pengguna boleh menambah nilai dengan lebih pantas serta lebih mudah dan teknologi ini boleh menggantikan fungsi tambah nilai melalui kad gores sepenuhnya.

Source: Viettel Group
Keywords: Computer/Electronics Electronic Components Telecommunications Telecommunications Carriers and Services New products/services