omniture

SECUMAIL: Teknologi pencegahan terhadap penggodaman mel penyamaran agensi-agensi kerajaan terkini jadi Tumpuan

Born2Global Centre
2019-04-06 06:06 1280

BANDAR RAYA HO CHI MINH, Vietnam, 6 April 2019 /PRNewswire/ -- Serangan penggodaman emel seluruh Asia yang menyamar datangnya daripada agensi kerajaan Vietnam dan penutupan dokumen pengguna atau rampasan maklumat mengakibatkan kerosakan besar pada bulan Mac, namun sebuah syarikat menjadi tumpuan kerana dapat mencegah pengguna mereka daripada terjejas akibat serangan ini.

Syarikat tersebut ialah VNETWORK Joint Stock Company, sebuah perusahaan Vietnam yang mengkhusus dalam penyelesaian Keselamatan IT yang mengedarkan SECU MAIL, dibangunkan oleh Kiwontech, syarikat anggota Born2Global Centre.

AI bersepadu SECUMAIL lindungi pengguna secara menyeluruh
AI bersepadu SECUMAIL lindungi pengguna secara menyeluruh

Menggunakan emel berniat jahat yang menyamar sebagai agensi kerajaan merupakan salah satu cara serangan penggodam yang paling kerap digunakan, namun begitu, insiden ini menggunakan kod berniat jahat dalam pola baharu yang mengakibatkan kerosakan yang besar.

SECUMAIL ialah sistem keselamatan emel yang boleh mencegah penipuan perdagangan dengan memeriksa alamat penerima dan menyekat secara berkesan serangan pintar yang berterusan. Ia juga boleh membezakan antara pengirim emel normal daripada pengirim yang mencurigakan dan teknologi keselamatan emelnya memberikan amaran terperinci tentang apa yang mungkin berlaku sekiranya emel yang mencurigakan dibuka. Maklumat sulit dalam emel keluar juga boleh disulitkan dan sekatan ke atas akses kepada emel boleh ditetapkan bagi mencegah kebocoran maklumat. Teknologi ini telahpun diperkenalkan oleh media berita Vietnam.

Tahun lalu, penyebaran berterusan perisian tebusan melalui emel menjadi topik hangat di seluruh dunia. Kerosakan masih dilakukan, meskipun semakin banyak perusahaan menggunakan perkhidmatan keselamatan emel. Ini menjelaskan minat yang tinggi terhadap teknologi keselamatan emel generasi seterusnya.

"Emel memancing data yang mudah tidak lagi seteruk sebelum ini, namun kod berniat jahat pintar yang boleh menghasilkan dan memadamkan fail tidak dapat disekat oleh sistem-sistem anti-virus biasa sekiranya kod berkenaan tidak pernah digunakan sebelum ini," kata Nguyen Van Tao, Ketua Pegawai Eksekutif VNETWORK. Beliau menambah, "Pengguna-pengguna memerlukan teknologi yang boleh memeriksa kod berniat jahat untuk kandungan berniat jahat dengan meneliti setiap kemungkinan dan pengguna-pengguna SECU MAIL berupaya untuk mengelakkan kerosakan."

Ditubuhkan pada tahun 1994, Kiwontech menawarkan perkhidmatan IT premium yang boleh disesuaikan - bermula dengan keselamatan emel didayakan AI kepada Projek ERP dan SI. Kiwontech menyediakan penyelesaian IT menyeluruh kepada negara-negara seperti Vietnam dan Singapura.

Untuk maklumat lebih terperinci tentang SECU MAIL, kunjungi https://vnetwork.vn/products/secumail.

Hubungan Media

Jina Lee 
Born2Global Centre, jlee@born2global.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190402/2421625-1

 

Source: Born2Global Centre
Keywords: Computer Software Computer/Electronics New products/services